Sunday, January 18, 2015

Kenapa Single, Bro?


Salam semua. Entah kenapa tetiba rasa nak tulis je walaupun tahu takde sape pun yang baca. Haha. Mungkin sebab terlebih rajin malam ni entah kenapa. So takpela. Hentam saje la ye. 

"Mungkin kau single sampai sekarang pun sebab nak jaga hati orang lain"

Bila dengar ayat ni aku pun mula terfikir. Mungkin betul jugak apa yang orang kata. Hidup single ni tak semestinya sebab takde orang nak atau kau tak laku. Tak semestinya sebab kau tak hensem, tak kaya, tak pandai, takde orang suka kau. Mungkin la sebab kau ni jenis memilih sangat. Atau jenis yang memang tak suka ada pasangan sebab malas nak fikir lagi. Tu terpulang la kan. Tapi ada ke orang single sebab nak jaga hati orang lain?

Based on apa yang aku tahu la kan, benda camni maybe terjadi bila kawan kau sendiri yang suka kau. Kawan kau tu pulak memang rapat dengan kau. Memang dah setiap hari akan jumpa dia. Faham tak? Okay cuba bayangkan. Tetiba kau dapat tau yang kawan sekelas kau yang memang setiap hari akan jumpa, dan setiap hari akan sembang, makan sesama, study sesama semua tu, sebenarnya suka dan simpan perasaan kat kau. Padahal masa tu kau takde rasa suka ke pape pun kat dia. Dan masa tu jugak kau memang single dan malas lagi nak fikir pasal hal perasaan semua ni. Apa yang kau rasa bila kawan sendiri suka kau padahal kau takde pun rasa suka yang special kat dia?


Kau sendiri mungkin taktau nak buatpe. Takkan nak suka balik padahal memang hati kau taknak. Takkan tak layan pulak padahal sebelum ni setiap hari korang okay je spend time sama sama. Kau nak jaga hati dia tapi pada masa yang sama kau takleh terima dia lebih dari kawan dan kau taknak dia kecewa atau sedih. Kawan rapat sendiri kan. Complicated jugak la sebenarnya. So apa yang patut kau buat? Sampai kau sendiri rasa bersalah kalau nak suka sesape pun masa tu. Sebab takut kawan sendiri terasa atau kecewa. Kenapa kau boleh suka orang lain padahal kawan kau yang kau lagi rapat yang suka kau ni, kau taknak pulak. Memang. Sebenarnya tu la kepedihan friendzone. Tapi memang perasaan takleh nak paksa kan. 

Jadi kau decide untuk stay single. Yup - sebab nak jaga hati kawan kau. Taknak dia sedih atau kecewa bila nampak kau dengan orang lain. Jadi mungkin sebab tu la sesetengah orang stay single sampai sekarang. Walaupun sebenarnya ramai je orang suka dia. Tapi dia just tak sanggup tengok kawan sendiri sedih. Mungkin satu hari nanti dia dapat jugak la jumpa orang yang boleh hilangkan perasaan bersalah ni. Orang yang buat dia lebih fikir penting jugak sebenarnya kebahagiaan diri sendiri.

p/s: kak Linda cakap orang yang tulis blog ni kadang kadang sebab diorang rasa sunyi. Dah single mau tak rasa sunyi ke woi? Haha. Ok takde kaitan dengan post di atas. 

yours truly,

2 comments:

cik karmila said...

i feel u bro..memang parah bila nak lalui fasa friendzone ni...lambat laun jodoh sampai jugak kat kita...eehh..kisas erk dulu...

Akif said...

hahaha yela kot. insyaAllah sampai. aah kisas. kenapa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars