Saturday, July 26, 2014

USM Sem 4


salam semua. serius lama gila tak update blog. 5 bulan? gilak ah. 
sebab busy? yela kot. satu sem wo tak update blog. penah je teringin nak update.
tapi ada je benda yang menghalang. pastu malas la apa la. macam macam.
alaa macam la ada orang baca lagi blog ni. tak kisah la. just nak summarize apa yang jadi sem 4 aku kat USM ni. banyak jugak la yang jadi. baru satu sem. setahun laaagi la macam macam jadi. tapi ni lebih kurang jela ye. sem 4 aku kat USM begini la gayanya. 

2 Mac 2014 - sejarah tercipta apabila team bola tampar Tekun berjaya merampas pingat emas daripada team Kejut. haha. alhamdulillah. usaha berhasil. such a great team. really. such an honour to play with you guys. thanks. ^^ #TeamTekun #FlyingTitans

22 Mac 2014 - Kejohanan Bola Tampar Persatuan Sains Fizik. entah macam mana la boleh keluar idea gila jadi pengarah tournament ni. tapi boleh jalan pulak tu. pakai hentam jela. kenangan yang best jugak la. thanks semua. #PSF2014

apa pengarah takleh join tournament ke apa? haha. alhamdulillah boleh la dapat perak. kalah dengan Semarak VC dan akan dibalas kemudian. wahaha. main pun pakai codak je teammate tapi ada la jugak rezeki menang. fuuh. #FlyingTitans



24 April 2014 - rutin biasa setiap tahun. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bersama teman yang tetap setia - Akip. borong habis macam macam buku. wakaka.

25 April 2014 - pegi jumpa Tiah siap main Escape Room dan dibelanja IKEA. woi lama gila tak jumpa. gila tak rindu zaman CFS dulu. zaman baru nak kenal dunia nak kenal orang. zaman semua sekepala buat apa benda semua sekali. best la.

asyik enjoy je. nah cerita pasal study pulak. aku rasa ni je yang best pasal study. Dr Shahrom suruh beli sendiri barang barang electronics dan buat satu projek guna sensor yang dia cakap. team aku dapat LDR. maka ini la hasilnya. orait jugak la. video pun best. kehkeh.

11 Mei 2014 - Temasya Olahraga Tahunan USM. tahun kedua join boleh la tau sikit sikit. taktau la nak cakap macam mana. tapi bila kau kerja dengan orang yang kau suka dan kau tau dorang boleh buat kerja, serius kau happy. a great team. nice memory. #TOT14

25 May 2014 - 2NE1 AON World Tour in Malaysia. salah satu wishlist tercapai. tengok 2NE1 perform live depan mata woi. fuuh. memang gempak. tiket dapat last minute pakai suka hati je gamble. haha. kenangan yang takkan dilupakan. 
21 Jun 2014 - Kejohanan Bola Tampar ECVC kat UiTM Penang. ni pun pakai codak je takde training pun. orait jugak la untuk exposure. dan paling best sebab misi balas dendam kat Semarak VC berjaya! wakakaka.

23 Jun 2014 - snorkeling kat Pulau Payar bersama kawan kawan. masa exam pun kisah apa. selagi ada gap, masa tu la nak release tension untuk next paper yang akan datang. haha. tapi best la. tenang je. serius lawa. Subhanallah. 

so tu jela secara keseluruhan sem 4 aku kat sini. macam macam lagi la tapi tak sempat kot nk cerita semua. haha. takpela. kita tengok sem depan macam mana pulak ye. tapi aku rasa sem depan macam banyak je yang berubah. tapi apa yang berubah tu? entah la. perasaan je kot. takpela. jumpa lagi next post ye ^^

yours truly,


3 comments:

ANIS ASILA said...

Assalamualaikum. Hai, ingat lagi tak? Dulu saya rajin jugak komen blog awak heheh kalau still ingat lah. Dah lama tak bukak blog sebenarnya, tetiba i saw your blogpost, la USM Induk jugak ke? Sama lah kita. Tapi saya baru nak masuk second year, masuk lambat sikit, heheh.

Akif said...

ehhh yeke. haha. maksudnya kita sama USM la ni eh? nanti kalau jumpa tegur la ye :D

ANIS ASILA said...

Hai Akif. Heheh. Yup. Sama laaaaa, kecikkan dunia? Heheh. Course apa eh? Nanti kita boleh lah pergi school awak hai hai keeee heheh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars