Saturday, February 15, 2014

Titans & PJJ


salam semua. saje je nak cerita sebab tengah bosan.
aku rasa cuti sem sebulan kali ni memang best sebab setiap petang boleh je main bola tampar dengan kehadiran pelajar PJJ. best woo. kalau tak kitorang main kat IPG ataupun kat UiTM je sebab kat USM takde orang sangat nak main pun. tiba-tiba je Abang Awie mesej kitorang cakap jom main dengan pelajar PJJ yang lain. rupanya ramai jugak player PJJ yang ada kat USM ni. yesss.



so aku rasa takde la kosong sangat cuti ni. abang-abang dan kakak-kakak PJJ ni memang sporting habes la. walaupun tua sikit daripada kitorang dan boleh kata mostly dah ada family sendiri pun tapi dorang tetap sempoi. layan je kerenah kitorang ni. paling kagum dengan semangat dan passion diorang yang setiap hari turun ke court untuk release tension lepas belajar. jiwa kita sama beb. pastu boleh je masuk main sama-sama, pegi makan sekali, pegi jalan jalan sekali. tetiba rasa macam kitorang dah satu family dah. hubungan kejap je baru kenal tapi rasa rapat. best laaa.

sebelum abang Awie balik, dia kasi puisi sikit kat kitorang. haa try baca.

Sahabat Bola Tampar USM...
(didedikasikan istimewa buat kesemua pemain USM PJJ Volleyball Lovers dan USM Fulltimers Volleyball Team)- Sempena Kursus Intensif PJJ/USM 2014.

Semalam kita bukan kenalan
Semalam kita bukan kawan
Semalam kita bukan teman sepermainan
Semalam kita bukan satu kumpulan
Semalam kita bukan sama jalan
Semalam kita berlainan haluan
Semalam kita berbeza zaman
Hadir ke sini hanya untuk satu tujuan
Demi segenggam ijazah untuk masa depan.

Tetapi kuasa tuhan tiada siapa yang bisa nafikan...
Umpama ajal, maut, jodoh dan pertemuan
Hanya Illahi yang mampu tentukan
Dengan keizinan dan perkenan
Satu sukan jadi sebab jadi alasan
Menyatukan kita satu kumpulan
Jadi teman setia satu permainan
Setiap hari selepas Asar selesai ditunaikan
Kita bersama bergurau sakan
Ketawa dan riang menyeri taman
Mengutuk mengata jadi bahan
Sebagai merapat nilai persahabatan
Sekadar bergurau mengusik kawan
Tiada niat untuk melukakan
Atau menggores hati nan rawan...

Bola itu menjadi saksi persahabatan
Dalam sekelip mata kita berkawan
Setiap petang jadi tak keruan
Tunggu masa untuk berlawan
Lambat turun rasa terkilan
Yang datang lambat kena tunggu giliran
Semakin hari semakin terasa kemeriahan
Gelanggang suram bertukar gambaran
Menjadi ceria penuh sorakkan
Yang menang bertepukkan
Yang kalah melawan
Demi sebuah sukan yang menyatukan kita sepasukan

Hari berganti berganda kemesraan
Ke sana ke mari mencari makan
Setiap hari penuh perancangan
Berjalan jalan cari pengalaman
Membina kenangan mengerat persahabatan
Yang bermula dari sebiji bola sejenis sukan
Terjalin ikatan sesama kawan.

Semoga kenangan yang manis antara kita semua akan kekal di ingatan untuk selamanya. Ia bagaikan sebuah hadiah yang mengiringi perjalanan kita menuju ke menara gading ini bersama. Terima kasih teman. Terima kasih kawan-kawan. Semoga berbahagia semuanya. Amin.

Nukilan,
Cikgu Awie
Cahaya Gemilang USM
Jam 2105
12 Februari 2014

***

haa sekali baca sedih terharu pulak. rindu laaa nak main dengan diorang. semoga abang-abang dan kakak-kakak sihat sentiasa. insyaAllah jumpa lagi ye nanti. boleh buat friendly lagi. hehe. terima kasih atas jasa baik anda semua. halalkan makan minum kitorang. maaf kalau kitorang ada salah silap. semoga kita jumpa lagi insyaAllah :D

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars