Saturday, July 26, 2014

USM Sem 4


salam semua. serius lama gila tak update blog. 5 bulan? gilak ah. 
sebab busy? yela kot. satu sem wo tak update blog. penah je teringin nak update.
tapi ada je benda yang menghalang. pastu malas la apa la. macam macam.
alaa macam la ada orang baca lagi blog ni. tak kisah la. just nak summarize apa yang jadi sem 4 aku kat USM ni. banyak jugak la yang jadi. baru satu sem. setahun laaagi la macam macam jadi. tapi ni lebih kurang jela ye. sem 4 aku kat USM begini la gayanya. 

2 Mac 2014 - sejarah tercipta apabila team bola tampar Tekun berjaya merampas pingat emas daripada team Kejut. haha. alhamdulillah. usaha berhasil. such a great team. really. such an honour to play with you guys. thanks. ^^ #TeamTekun #FlyingTitans

22 Mac 2014 - Kejohanan Bola Tampar Persatuan Sains Fizik. entah macam mana la boleh keluar idea gila jadi pengarah tournament ni. tapi boleh jalan pulak tu. pakai hentam jela. kenangan yang best jugak la. thanks semua. #PSF2014

apa pengarah takleh join tournament ke apa? haha. alhamdulillah boleh la dapat perak. kalah dengan Semarak VC dan akan dibalas kemudian. wahaha. main pun pakai codak je teammate tapi ada la jugak rezeki menang. fuuh. #FlyingTitans



24 April 2014 - rutin biasa setiap tahun. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bersama teman yang tetap setia - Akip. borong habis macam macam buku. wakaka.

25 April 2014 - pegi jumpa Tiah siap main Escape Room dan dibelanja IKEA. woi lama gila tak jumpa. gila tak rindu zaman CFS dulu. zaman baru nak kenal dunia nak kenal orang. zaman semua sekepala buat apa benda semua sekali. best la.

asyik enjoy je. nah cerita pasal study pulak. aku rasa ni je yang best pasal study. Dr Shahrom suruh beli sendiri barang barang electronics dan buat satu projek guna sensor yang dia cakap. team aku dapat LDR. maka ini la hasilnya. orait jugak la. video pun best. kehkeh.

11 Mei 2014 - Temasya Olahraga Tahunan USM. tahun kedua join boleh la tau sikit sikit. taktau la nak cakap macam mana. tapi bila kau kerja dengan orang yang kau suka dan kau tau dorang boleh buat kerja, serius kau happy. a great team. nice memory. #TOT14

25 May 2014 - 2NE1 AON World Tour in Malaysia. salah satu wishlist tercapai. tengok 2NE1 perform live depan mata woi. fuuh. memang gempak. tiket dapat last minute pakai suka hati je gamble. haha. kenangan yang takkan dilupakan. 
21 Jun 2014 - Kejohanan Bola Tampar ECVC kat UiTM Penang. ni pun pakai codak je takde training pun. orait jugak la untuk exposure. dan paling best sebab misi balas dendam kat Semarak VC berjaya! wakakaka.

23 Jun 2014 - snorkeling kat Pulau Payar bersama kawan kawan. masa exam pun kisah apa. selagi ada gap, masa tu la nak release tension untuk next paper yang akan datang. haha. tapi best la. tenang je. serius lawa. Subhanallah. 

so tu jela secara keseluruhan sem 4 aku kat sini. macam macam lagi la tapi tak sempat kot nk cerita semua. haha. takpela. kita tengok sem depan macam mana pulak ye. tapi aku rasa sem depan macam banyak je yang berubah. tapi apa yang berubah tu? entah la. perasaan je kot. takpela. jumpa lagi next post ye ^^

yours truly,


Saturday, February 15, 2014

Titans & PJJ


salam semua. saje je nak cerita sebab tengah bosan.
aku rasa cuti sem sebulan kali ni memang best sebab setiap petang boleh je main bola tampar dengan kehadiran pelajar PJJ. best woo. kalau tak kitorang main kat IPG ataupun kat UiTM je sebab kat USM takde orang sangat nak main pun. tiba-tiba je Abang Awie mesej kitorang cakap jom main dengan pelajar PJJ yang lain. rupanya ramai jugak player PJJ yang ada kat USM ni. yesss.



so aku rasa takde la kosong sangat cuti ni. abang-abang dan kakak-kakak PJJ ni memang sporting habes la. walaupun tua sikit daripada kitorang dan boleh kata mostly dah ada family sendiri pun tapi dorang tetap sempoi. layan je kerenah kitorang ni. paling kagum dengan semangat dan passion diorang yang setiap hari turun ke court untuk release tension lepas belajar. jiwa kita sama beb. pastu boleh je masuk main sama-sama, pegi makan sekali, pegi jalan jalan sekali. tetiba rasa macam kitorang dah satu family dah. hubungan kejap je baru kenal tapi rasa rapat. best laaa.

sebelum abang Awie balik, dia kasi puisi sikit kat kitorang. haa try baca.

Sahabat Bola Tampar USM...
(didedikasikan istimewa buat kesemua pemain USM PJJ Volleyball Lovers dan USM Fulltimers Volleyball Team)- Sempena Kursus Intensif PJJ/USM 2014.

Semalam kita bukan kenalan
Semalam kita bukan kawan
Semalam kita bukan teman sepermainan
Semalam kita bukan satu kumpulan
Semalam kita bukan sama jalan
Semalam kita berlainan haluan
Semalam kita berbeza zaman
Hadir ke sini hanya untuk satu tujuan
Demi segenggam ijazah untuk masa depan.

Tetapi kuasa tuhan tiada siapa yang bisa nafikan...
Umpama ajal, maut, jodoh dan pertemuan
Hanya Illahi yang mampu tentukan
Dengan keizinan dan perkenan
Satu sukan jadi sebab jadi alasan
Menyatukan kita satu kumpulan
Jadi teman setia satu permainan
Setiap hari selepas Asar selesai ditunaikan
Kita bersama bergurau sakan
Ketawa dan riang menyeri taman
Mengutuk mengata jadi bahan
Sebagai merapat nilai persahabatan
Sekadar bergurau mengusik kawan
Tiada niat untuk melukakan
Atau menggores hati nan rawan...

Bola itu menjadi saksi persahabatan
Dalam sekelip mata kita berkawan
Setiap petang jadi tak keruan
Tunggu masa untuk berlawan
Lambat turun rasa terkilan
Yang datang lambat kena tunggu giliran
Semakin hari semakin terasa kemeriahan
Gelanggang suram bertukar gambaran
Menjadi ceria penuh sorakkan
Yang menang bertepukkan
Yang kalah melawan
Demi sebuah sukan yang menyatukan kita sepasukan

Hari berganti berganda kemesraan
Ke sana ke mari mencari makan
Setiap hari penuh perancangan
Berjalan jalan cari pengalaman
Membina kenangan mengerat persahabatan
Yang bermula dari sebiji bola sejenis sukan
Terjalin ikatan sesama kawan.

Semoga kenangan yang manis antara kita semua akan kekal di ingatan untuk selamanya. Ia bagaikan sebuah hadiah yang mengiringi perjalanan kita menuju ke menara gading ini bersama. Terima kasih teman. Terima kasih kawan-kawan. Semoga berbahagia semuanya. Amin.

Nukilan,
Cikgu Awie
Cahaya Gemilang USM
Jam 2105
12 Februari 2014

***

haa sekali baca sedih terharu pulak. rindu laaa nak main dengan diorang. semoga abang-abang dan kakak-kakak sihat sentiasa. insyaAllah jumpa lagi ye nanti. boleh buat friendly lagi. hehe. terima kasih atas jasa baik anda semua. halalkan makan minum kitorang. maaf kalau kitorang ada salah silap. semoga kita jumpa lagi insyaAllah :D

yours truly,

Monday, February 10, 2014

Tuhan Lebih Saintifik



salam semua. saje nak kongsi satu buku yang aku baca.
mungkin sebab menarik kot. tema yang dibawa boleh kata best jugak.

"Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan & Sains boleh menjelaskan segala-galanya, rupa-rupanya Sains membawa kepada Tuhan & Tuhan adalah penjelasan segala-galanya."


buku ni menceritakan tentang perbezaan Ateis (tiada agama) dengan agama-agama lain seperti Islam, Kristian & Buddha. banyak persoalan yang ditumbalkan oleh orang-orang Ateis yang kebanyakannya soalan itu mampu dijawab oleh ilmu sains. tetapi ada soalan yang lebih besar yang tidak mampu dijawab oleh sains melainkan dengan kepercayaan dan agama. buku ni best sebab dia banyak buat kita berfikir secara logik dan supaya kita pandang sesuatu perkara dengan lebih luas. menarik ni. orang Islam dan orang bukan Islam pun sesuai baca supaya minda kita terbuka lebih luas.

Antara dialog seorang Ateis dan seorang Islam yang best la bagi aku dalam buku ni:

"Saya perhatikan tuan (ateis) bekerja keras untuk menyebarkan kefahaman tuan. Apa yang akan tuan perolehi dengan tindakan tuan?"

"Saya akan dapat kepuasan pada hati saya. Saya lebih selesaapabila melihat fikiran manusia tidak dicemari dan dikongkong oleh agama"

"Jika tuan gagal dan mereka tidak percayakan kefahaman tuan, apa perasaan tuan?"

"Pastinya saya akan kecewa dan hati saya sakit, apabila manusia terus melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Saya akan terus berusaha untuk terus membersihkan pemikiran manusia"

"Itulah perbezaan antara pihak saya (Islam) dan pihak tuan (Ateis). Satu perbezaan yang ketara"

"Maksud tuan?"

"Bagi kami, tidak ada istilah gagal. Manusia menerima ataupun tidak, kami tetap akan menang. Kami tetap akan diganjarkan pahala oleh tuhan atas setiap usaha yang kami lakukan. Tuan, kalaulah benar tuhan itu ada, kalaulah benar. Apakah tuan sanggup mengambil risiko meredah tinggal di dalam api untuk selama-lamanya?"

haaa. amacam? menarik kan. ni baru sikit. banyak lagi dialog yang best. persoalan persoalan yang sering orang bukan Islam keliru dengan Islam sendiri. memang buku ni sangat disarankan untuk baca. tak bosan pun. bahasa yang digunakan pun senang untuk difahami. hehe.

"Katakan kita sekarang sedang bertaruh. Jika tuan (Ateis) menang, tuan tidak akan dapat apa-apa keuntungan dan saya (Islam) juga tidak rugi apa-apa. Namun jika saya menang, tuan akan diseksa berat seumur hidup dan saya mendapat untuk yang besar. Adakah ini satu pertaruhan yang adil?"

"Tidak. Ia berat sebelah"

"Kita bukan mencari kemenangan, tetapi mencari kebenaran. Jika fahaman Ateis itu benar, saya tidak rugi apa-apa. Tetapi jika fahaman itu salah, tuan tentu tidak sanggup diseksa dalam api kelak"

yours truly,

Monday, February 3, 2014

100 Doraemon


salam semua. saje je nak cakap. 
aku dah pegi 100 Doraemon Secret Gadgets Expo!


haha. best gila. bagi peminat Doraemon dari kecik macam aku la. memang dari dulu lagi aku kumpul semua komik Doraemon. takyah cakap la. Doraemon volume 1-45 tu settle dah. cerita-cerita panjang Doraemon tu pun ada. tak termasuk komik berwarna la apa semua benda tu la. aku dulu baca ulang-ulang la buku tu. best. dan at last aku dapat tengok semua gadget yang pernah ada dalam buku Doraemon tu. takdela semua tapi 100 gadget. kira banyak la tu. haa best woo.

antara gadgets yang dipamerkan. haa lagi best kalau boleh guna betul betul

semua gadget best ah. aku boleh imagine wo kalau boleh guna tu

aku dah mintak sikit dah Memory Bread ni kat Doraemon. next exam confirm score punya ah
aku siap pegi wedding Nobita dengan Shizuka lagi kot. dorang kirim salam semua

100 Doraemon Secret Gadgets Expo - best!

pastu ada lagi la dorang jual cenderamata semua tu. siap ada jual makanan yang menarik macam Dorayaki, Memory Bread dan macam macam lagi. expo ni sampai 23 Mac 2014 dekat Viva Home KL. pegi la kalau korang memang peminat Doraemon. bila lagi nak tengok gadget Doraemon live kan. heee.

yours truly,

Saturday, January 18, 2014

Don't Worry


"akak tengok kamu ni lelaki yang baik. kamu dah ada sesape ke?"
"belum, kak. saya takde sesape pun. kenapa?"
"kamu memang taknak cari ke? ke memang biar parents je cari?"
"saya tak kisah pun, kak. tak terfikir pun. kalau parents saya nak cari pun ok je"
"kalau akak tolong carikan boleh? hehe"
"haha. akak ni. suka hati akak la ye"

"okay. kamu nak perempuan yang macam mana?"
"saya tak kisah pun, kak. mana yang akak nampak baik, baik la tu"
"alaaa takkan takde langsung ciri-ciri yang kamu nak? nak yang tinggi ke rendah ke, putih ke biasa biasa ke, pakai tuduing labuh ke pakai tudung biasa ke. haa takde?"
"haha. kak, I don't have any types. saya tak kisah pun macam mana"
"sebab tu la tak kisah kalau parents carikan pun eh? tapi pelik la. mana ada lelaki yang takde type"
"haha. betul la, kak. saya tak fikir pun ciri ciri yang saya nak. kalau saya nampak dan suka, maksudnya apa yang ada kat dia tu la ciri ciri yang saya nak"

"hmm pelik ni. biasanya lelaki yang takde type ni hanya ada dua sebab je. pertama, kamu dah ada suka kat sesape ke?"
"haha takde la, kak. takde sesape pun"
"okay. kedua, kamu penah heart broken?"
...


keep your faith. she's coming anyway.

yours truly,

Sunday, January 5, 2014

2014 Movies



salam semua. nak share sikit. aku ni sebenarnya seorang kaki wayang. yup suka tengok movie. tak kisah la pape movie pun. tapi kalau kat laptop ni aku suka layan drama atau tv series je. movie ikut mood la. kalau rasa nak tengok, baru la cari movie untuk tengok. tapi biasanya kalau ajak je aku tengok wayang, mesti aku on je. haha. ramai cakap cinema ni macam tempat maksiat la. banyak couple pegi tengok movie sesama, buat benda bukan bukan dalam tu. lantak ah tu. aku pegi tengok wayang untuk enjoy the movie. aku nampak couple buat camtu, aku tendang je dedua. wah gitu. 

cakap je movie apa yang aku tak tengok. kalau kat wayang tu ada movie, semua movie aku tengok sampai dah takde movie lain dah. tak kisah pun movie, english ke, mandarin ke, thai ke. aku layan je. melayu jarang sikit kot sebab biasanya melayu genre movie diorang romance, horror dengan humour je. pastu banyak lawak-lawak bodoh. aiseh terus turn off aku nak tengok movie. tapi kalau betul aku rasa ada movie melayu yang best, atau dah takde movie lain dah memang aku redah tengok jugak. aku tak kisah sangat pun tengok movie dengan sesape. kalau ada yang nak teman, ok je. kalau takde pun takde hal. aku on je walaupun sesorang. haha. 


so bila aku nampak benda ni aku rasa macam wahhhh tahun yang sangat best. macam macam cerita best woi! ahhh tak sabar pulak nak tengok semua. takde la nak cakap dah takde movie best dah sebab setiap masa sepanjang tahun ada je movie yang best. yes yes! haha. so aku kena start berjimat dari sekarang. takleh boros dah. siapa yang nak teman aku pun boleh tapi duit sendiri ah korang. jangan harap aku nak belanja. tapi kalau korang yang nak belanja aku sangat sangat la dialukan. hehe. semoga tahun ni dapat la aku tengok movie yang baik dan dapat la banyak belajar daripada movies tersebut. sape cakap takleh belajar apa apa daripada tengok movie? jangan tengok saje je. ambik pengajaran sekali tau.

btw, Paranormal Activity: The Marked Ones tu boleh cancel dah. dah tengok. wahahaha.

yours truly,

Thursday, January 2, 2014

Happy New Year 2014


Happy New Year 2014!

alhamdulillah dapat lagi hidup satu lagi tahun. semakin tua semakin dekat dengan mati. pape pun lupa pulak nak cerita pasal 2013. haa ni la antaranya. ok je kot. banyak jugak la kalau nak letak semua. ni apa yang ada jela. benda2 ni jugak la yang banyak ajar aku macam macam pasal hidup. sila layan gambar gambar berikut ~


Pertandingan Paintball Indah Kembara - Second Place babyyy
KL International Book Fair - last year jumpa Hilal Asyraf. tahun ni mesti pegi lagi. yosh!
Team skuasy Fajar Harapan - tahun ni tak masuk dah sebab takde player. sobs sobs.

Pasukan kegemaran menang Europa. harap tahun ni menang macam macam lagi. #CFC #KTBFFH
 
Team Tekun bola tampar untuk SUKAD. semi final yang sangat mantap. tahun ni entah la apa akan jadi. hmm hmm.

Temasya Olahraga Tahunan 2013 - first time join event Pusat Sukan. best jugak.

G-Dragon was awesomeeee! harap BIGBANG pulak datang 2014 ni. Jyeahhhh #VIP

Team ConvEx'13 - seluruh cuti sem aku busy ni la. penat tapi meaningful. banyak aku belajar.
tahun ni taktau join lagi ke tak.

Team Netball Flying Titans - Pesta Bola Jaring USM 2013 - semi-finalist baybehhhh!

harap tahun 2014 ni macam macam la kenangan manis ye. kenangan pahit tu tolak tepi ah. bukan ada pape pun. tak penting sangat la kira. hee. okay dah. jom teruskan tahun 2014 ni!

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars