Tuesday, December 31, 2013

2013: End


salam semua. dah hujung 2013 nampaknya. kejap je kan?
aku spent most of the time dalam tahun 2013 ni kat Penang je. sebab still study kat USM. first year, second and third sem. hailo banyak lagi rupanya tapi masa berjalan sangat laju. aku rasa baru hari tu je masuk USM sekarang dah sem ketiga. mak ehh. tapi takpe. just nak share dengan korang apa yang aku dapat sepanjang tahun 2013 ni. hmm macam banyak jugak je.

aku belajar kenal orang. maksud aku jenis orang-orang baru yang aku tak pernah jumpa sebelum ni. kau ingat kau senang ke nak jumpa orang Islam yang dye rambut atau couple yang berpegang tangan kat UIA dulu. haa tu la maksud aku. 2013 kat USM dan rasanya aku dah biasa dengan tu. aku keluar dari comfort zone aku yang dulu. macam dulu aku nampak la Islamik kat UIA tu tapi kat USM, it's the real life. the world. semua bangsa ada. semua benda yang sedang berlaku sekarang kat Malaysia aku boleh nampak. tak seindah apa yang aku nampak kat UIA dulu. memang bukan senang nak sesuaikan diri dengan environment macam ni. kena kuat. kalau tak kuat kau sendiri hanyut dan join diorang. it's tough. really.

aku belajar sebenarnya kawan kawan itu adalah mereka yang tak pernah judge kau. tak kisah la kau baik atau jahat, diorang tetap ada untuk kau. yang penting kau je jangan tinggalkan kawan kawan kau. diorang sebenarnya sentiasa ada untuk membantu. diorang tak expect apa apa pun daripada kau. diorang terima je kau seadaya. kau baik ke kau jahat ke asalkan kau tak buat jahat kt diorang, diorang terima kau. aku rasa senang bila ada kawan kawan macam ni. aku tak suka berlakon jadi baik depan orang sebab aku sebenarnya memang tak baik pun. dan sebab aku tak suka hidup dalam expectation orang. jadi aku tahu bila kawan kawan aku ada, aku boleh jadi diri sendiri.

aku belajar kerja dengan pelbagai jenis orang. bukan senang sebenarnya. aku faham sekarang tak semua orang sama. tak semua orang fikir apa yang kita fikir. tak semua orang sanggup korbankan apa yang mereka ada untuk orang lain. tak semua orang boleh kawal emosi dalam keadaan tertekan. tak semua pemimpin layak menjadi pemimpin. tak semua orang yang di atas berada di situ kerana usaha mereka. tak semua orang bawah dapat kredit dengan apa yang mereka telah usahakan. tak semua boleh berfikir secara rasional bila masalah yang banyak datang sekaligus dalam satu masa. dan berapa ramai orang yang bergantung pada Allah dengan apa yang mereka buat atau bila mereka ada masalah? jadi aku sarankan kepada korang, bekerja la dengan satu organisasi dan kau akan belajar apa yang baik dan apa yang buruk. yang penting, buka hati buka minda. kau akan faham apa yang baik apa yang buruk, apa yang patut dan apa yang tak patut kau buat. ni bukan pasal diri kau sebenarnya. kau tak perlu selfish. 

aku belajar sebenarnya perasaan ini boleh dikawal. itu hati kau. memang Allah yang pegang hati kau tapi tak semestinya kau takleh ada usaha untuk jaga hati kau. kau nak suka orang tu, kau stay dan biarkan perasaan tu bercambah. kau taknak suka orang tu, kau move on dan terus lupakan perasaan tu. dua orang kawan takkan pernah boleh menjadi kawan seperti biasa, kawan yang sama bila salah seorang ada perasaan kat seorang yang lain. once kau dah ada perasaan kat kawan kau, kawan kau tak mungkin akan share semua benda dengan kau. kawan kau mesti nak jaga hati kau taknak kau offended atau jealous atau sedih atau kecewa atau pape jela dengan cerita yang kau nak share. contoh kawan kau cakap dia ada suka orang ni. kau yang suka dia apa yang kau akan rasa? bahagia untuk dia seperti seorang kawan patut rasa? nope. tak mungkin. sebab tu kawan kau tu takkan cerita semuanya. kau takkan open untuk semua cerita. kau takkan jadi serapat dulu. tak boleh manja atau mengada macam dulu. sebab korang kawan dan kawan tak mungkin akan menyakiti kawannya yang lain. you just can't. unless you wanna get hurt then go on. 

aku belajar tak semestinya seorang kawan kau akan stay menjadi kawan kau selamanya. sebab tu orang cakap sangat susah mencari kawan yang betul betul kawan. kadang kadang kawan yang fikirkan sangat setia dan sanggup buat apa saje tu lah yang akan khianati kau. semuanya mungkin. dan bila itu terjadi, itu la kehidupan. that's the real life. susah kan nak terima tapi kau kena telan jugak. sebab tu bila kau ada kawan kawan yang sebenar, jangan sia siakan diorang. aku bersyukur Allah bagi aku kawan kawan yang selalu ada belakang aku in case aku jatuh. aku percaya diorang. aku faham macam mana ego boleh menjadikan kau seorang yang sombong sampai sanggup biarkan kawan kau jatuh tanpa kau sedar sebenarnya kawan kau yang letak kau kat tepat kau sekarang. tu la hidup. sebenarnya semua ni bukan pasal diri kita pun. what we give we'll get back. sebab tu jangan kisah untuk berkorban untuk kawan kau sebab semua tu akan datang balik kat kau jugak akhirnya.

banyak lagi sebenarnya yang aku dapat dalam tahun ni. tapi biar lah. ni pun panjang gila je. aku main pakai tulis je ni. takde skrip pun. apa yang terlintas terus aku tulis. takpela. sorry korang kena baca panjang panjang pulak. apa apa pun aku bersyukur Allah ajar aku benda benda macam ni dalam hidup aku sepanjang 2013 ni. aku harap Allah ajar aku banyak lagi benda sepanjang 2014 nanti insyaAllah. semoga Allah redha dengan kita. 

Selamat Tahun Baru 2014 :)


yours truly,


Thursday, December 19, 2013

Love VS Marriage


salam semua. serius dah lama tak update blog. bukan sebab takde idea. 
tapi sebab pemalas kot. entah la. apa nak jadi. busy pun ye jugak.
dah nak dekat final baru la rajin nak update blog. masa ni pulak rajin.
alasan taknak study ke apa? ish ish. takpela saje nak share dengan korang.
harap dapat something yang baru daripada artikel yang aku baca ni :)



Difference in Love and Marriage

A student asks a teacher, “What is love?” The teacher said, “in order to answer your question, go to the wheat field and choose the biggest wheat and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick.” 
The student went to the field, go thru first row, he saw one big wheat, but he wonders… may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one… But may be there is an even bigger one waiting for him. Later, when he finished more than half of the wheat field, he start to realize that the wheat is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regretted. 
So, he ended up went back to the teacher with empty hand. The teacher told him, “this is love… You keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person…” “What is marriage then?” the student asked. The teacher said, “in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick." 
The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher. The teacher told him, “This time you bring back a corn. You look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get… This is marriage.” 


yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars