Sunday, October 6, 2013

USM ConvEx'13


assalamualaikum. selamat sejahtera semua.
Ya Allah. lamanyaaaaaaaaaa tak update blog. mintak maaf semua. memang sebab busy yang amat la tak dapat nak update blog. bukan sebab malas ke apa. betul ni. hehe. busy sebab apa? sebab kitorang kena handle satu event ni - Ekspo Konvokesyen USM ke-48.


last year aku penah join sebagai penyelaras. tengok-tengok this year jadi MT pulak. maka banyak la kerja yang perlu dilakukan. kitorang bergerak sebelum puasa lagi. sampai la event iaitu 18 - 22 September 2013. memang kitorang antara sekretariat mula mula tak kenal sangat pun. lepas tu ada la ice-breaking, then bermula la sesi perkenalan. sampai la ke Cameron Highland untuk Makmal Pengurusan Strategik. memang dari situ kitorang dah start rapat. laaaaagi rapat bila kitorang ikut join macam-macam program sukarelawan bersama. memang jadi rapat betul. dah macam keluarga. nak nak diorang sempat lagi buat surprise party untuk aku walaupun semua tengah busy gila. terharuuuuuuuuuu :') 


masa event, memang macam macam aktiviti yang berlaku sepanjang minggu ConvEx. artis yang datang pun ramai. Heliza, Forteen, Johan Raja Lawak, Anwar Hadi dengan Mejar Dr Faiz Khaleed. best la. setiap masa ada je aktiviti yang best. alhamdulillah sepanjang minggu ConvEx ni cuaca sangat la baik. tak hujan langsung pun. cuaca best je. kuasa Allah yang tu. alhamdulillah :D

untuk menjayakan event besar yang macam ni, emmang perlukan kesabaran dan ketabahan yang kuat. alhamdulillah aku dapat bekerjasama dengan team yang mantap. memang team ConvEx'13 adalah salah satu team yang best aku pernah kerja. walaupun ada la jugak selisih faham, terasa hati semua tu, biasa jela. hehe. dan yang paling penting adalah setiausaha aku, Bahirah Khalid. aku rasa tanpa dia memang aku dah lama tumbang dah. dia jaga semua kerja, makan minum dan kesihatan aku. nasib baik la Allah bagi peneman yang setia untuk sentiasa ada tolong aku. aku bersyukur sangat. 


bagi aku, ConvEx tahun ni berbeza dengan tahun lepas. macam macam perbezaan la yang aku dapat tengok. antara sekretariat sendiri pun makin rapat. lagi best la. lagi meriah. tu apa yang aku nampak. takpe. kita tunggu post mortem nanti. hehe. tahun depan nak join lagi ke tak eh? hmm hmm. fikir dulu la. hee.

ConvEx'13: Kesukarelawan Sebagai Gaya Hidup :)
till we meet again

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars