Monday, May 20, 2013

TOT-39


salam semua. wehh lama gila tak update blog. mintak maaf blog. walaupun rasa macam takde orang nak baca je tapi still rasa bersalah sebab tak update blog. kenapa eh? busy ke? takde la sangat pun. nak cakap malas tu erm erm yela kot. 


Temasya Olahraga Tahunan ke-39
"Together On Track"

jangan tanya kenapa aku masuk event ni. Ika la paksa aku pegi interview. hampeh punya budak. tak pasal kena jadi sekretariat. join bahagian komputer. naseb baik la okay je. fuuh. banyak kerja ke? takde la sangat. just control website TOT, facebook, results dan sebagainya. sebab event ni termasuk 17 kontinjen dalam USM kot. sebab tu la macam besar jugak. 

kontinjen Fajar Harapan

kontinjen Tekun
kontinjen Indah Kembara

best je event ni. sekretariat yang lain pun best. best je kerja dengan semua orang. event ni pun dalam 3 hari je. takdela lama mana pun. so penat dalam 3 hari tu jela. yang penting semua berjalan dengan lancar. alhamdulillah. oh ya. tahniah kepada semua pemenang untuk setiap acara. kalau korang rasa nak tengok results TOT-39 ni, boleh la klik kat laman web TOT-39. kalau nak tengok gambar-gambar sepanjang TOT-39 boleh la pegi dekat Facebook TOT.


so terima kaseh la kepada makcik tu sebab tarik aku join event ni. boleh la dapat pengalaman lagi. makan pun sedap sedap je. terima kaseh kepada penasihat-penasihat, staf Pusat Sukan USM, sekretariat yang lain, pegawai temasya dan semua peserta. haa semua la senang cerita. terima kaseh atas kerjasama anda dalam menjayakan event ini. :D


lepas ni, Malam Penghargaan TOT-39 pulak. makaaaaannn ~

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars