Wednesday, May 1, 2013

PBAKL 2013



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013!
26 April 2013 - 5 Mei 2013

memang setiap tahun aku tunggu event besar-besaran ini. kalau tak pegi macam rugi je. kenapa rugi? sebab masa ni la diorang buat offer dan diskaun untuk setiap pembelian buku-buku. sebab masa ni la banyak buku-buku baru yang akan dilancarkan. sebab masa ni la ramai penulis-penulis buku akan turun untuk bertemu dengan para pembaca. sebab masa ni la nak jumpa buku-buku yang best. boleh kata semua buku ada laa. haa. best tak best tak?

jadi aku dengan semangatnya telah turun ke Kuala Lumpur berseorangan dengan membawa baucer buku dengan secukupnya untuk menyerang PWTC pada 26 April 2013. tak kisah la kalau takde sape nak teman pun. yang penting aku boleh pegi. stay dekat UM dengan Akip. Akip teman aku pegi PWTC hari Sabtu tu. kitorang pegi pagi-pagi lagi dan seperti yang dijangkakan, orang saaaaangat ramai kat situ. kitorang start dengan booth Jemari Seni sebab nak rebut novel baru Hlovate - Anthem. dan kat situ saje dah stuck dalam sejam sebab ramai sangat orang. penat woo. lepas tu kitorang serang pulak booth PTS dan Galeri Ilmu. memang macam-macam buku la yang kitorang beli. banyak jugak buku baru yang ada. best woo. dan yang paling best, kitorang sempat bertemu dengan penulis buku yang best - Hilal Asyraf. nak lagi best, Hilal Asyraf kenal akuu. tak sangka pulak dia boleh kenal. alhamdulillah dapat jugak jumpa beliau depan-depan. hee.

Bersama Hilal Asyraf - semoga ukhuwwah kita berterusan! :D
autograf untuk buku Langit Ilahi, Takdir2, Relasi dan Simfoni Cinta.
lepas tu kitorang pegi ronda-ronda lagi segala booth yang ada. memang menarik la. best jugak kitorang terjumpa abang Razif di booth Sinergi Ilmu, senior masa kat KISAS dulu yang sekarang sudah bergelar penulis. dapat autograf dia wehh. kitorang walaupun menentang masa kat sekolah, tapi benda baik kitorang tetap sokong! gituu. 

Bersama abang Razif - promosi buku baru beliau :P
apa apa hal perut jangan lupa diisi. makan aaaa.
takyah cakap la berapa banyak kitorang habis. nak tengok apa yang kitorang dapat?

Akip tunjuk sikit la buku-buku yang dibeli
semua buku yang kitorang beli. yeayy. alhamdulillah. :D
banyak kan? haa. total semua ada la nak dekat RM600. tu pun nasib baik dapat banyak diskaun. fuuh. memang best la pesta buku kali ni. ini baru la betul betul pesta. terima kasih la sebab bagi baucer yang sangat berguna tu. tak sia-sia aku simpan sebab nak tunggu pesta buku ni. alhamdulillah. hee. harap harap tahun depan boleh pegi lagi. jyeaaahh. :D

“There is no friend as loyal as a book.” ― Ernest Hemingway

yours truly,

2 comments:

AzyanAaziz said...

banyaaakkkkk gileerrr buku. :O ok. jeles amat sangat. -_-

Akif said...

kannn. best wooo. rugi tak pegi. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars