Friday, May 10, 2013

Bikers Kental


salam semua. saje je aku nak update blog sebab takut berhabuk sangat je nanti. tak ke?


hari tu tetiba Syahmi tarik aku dengan Naqib jadi committee untuk event dia. kitorang macam biasa la. tarak hal punya. event tu ialah Tayangan Amal Perdana Bikers Kental di Dewan Tuanku Syed Putra, USM. memang filem ni belum pernah ditayang di mana mana pawagam la. first time ni beb. artis yang dapat datang hanya Zul Arffin je. Zizan, Awie dan yang lain tak boleh datang sebab tarikh tayangan terpaksa ditukar atas sebab yang tak dapat dielakkan. takpela. nak buat camne.


petang tu sebelum tayangan la best. kitorang bertugas untuk perarakan motor-motor besar di sekeliling USM. pukul 6 petang dah berkumpul. mak aih motor diorang. fuuh. memang gempak la. so kitorang berkonvoi satu USM sambil membunyikan hon. saje je nak promote filem tu. malam tu baru tayangan bermula.


Timbalan Naib Canselor USM pun datang tengok jugak. filem ni best kot. lawak jugak la. jalan cerita pun takde la slow sangat. serius. jadi kepada korang yang rasa boring ke, pegi la tengok cerita ni nanti. lepas tengok mesti rasa nak bawak motor besar jugak. gituu. pape pun, semoga berjaya filem Bikers Kental untuk tayangan di pawagam nanti. yosh! 

jangan tanya la pasal gambar ni. tu motor baru gua tu. sekian. 

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars