Tuesday, April 23, 2013

SUKAD'13 - End


salam semua. fuuh fuuh. tiup habuk yang dah banyak sangat kat blog ni. alaa alaa. lamanya tak update blog. rasa kesian kat blog dan kat diri sendiri. sebab busy sangat. yeke? ke sebab malas? entah.

ok la. saje nak cakap. lepas SUKAD Fasa 3 habis ingatkan dah boleh relax la sikit. tengok tengok Naqib ajak join team squash Fajar Harapan. memandangkan memang Fajar tak pernah cukup player, so join jela walaupun memang tak pandai main sangat squash ni. sebab tu la ambik ko-k squash sem ni. macam tuu. so takpe la. masuk jela. dah takde orang kan. takkan Fajar taknak hantar team pulak. 

maka dengan itu bermula la latihan squash dengan Naqib, Zazmie dan Amir. sepanjang cuti sem memang tak main volleyball langsung. mengadap court squash tu je setiap petang. penat woo. aku dah la tak biasa main. belajar dari awal balik la. segala stamina kena kumpul balik sebab memang cepat penat pun game ni. memang laju. so dalam dua minggu jugak tak turun court volleyball. tu pun still takde terrer sangat pun main.
Apa apa hal pun breakfast dulu laa

19 April 2013 - petang tu lepas kelas kitorang terus bergerak ke Kampus Kejuruteraa USM di Nibong Tebal. team Fajar stay dekat Desasiswa Utama. malam tu kitorang jalan jalan pusing kampus sambil tengok court squash. not bad jugak la. team kitorang - aku, Naqib, Zazmi, Syukri dan Ali. 5 orang je satu team. esoknya memang nervous jugak nak main sebab tak terrer pun. so takpe. hentam jela. alhamdulillah kitorang menang first game dengan Bakti Permai. malang sekali lepas tu kalah dengan Jaya. game sengit dengan Nurani tapi at last takde rezeki jugak. ramai jugak bebudak MASUM yang main. adeh. takpela. dah buat yang terbaik. cari pengalaman je dulu. tahun depan kitorang lawan balik. hee. 

Team Skuasy Fajar Harapan. Jyeahhh!
malam tu jugak kitorang terus balik ke kampus induk sebab banyak lagi assignment yang tak siap. aiseh. kira nasib baik jugak la takyah stay sampai Ahad. kalau tak penat je. kerja tak siap siap jugak. so lepas habis SUKAD Fasa 4 ni maka habis la SUKAD tahun ni. yeay. akhirnyaa. ok satu badan dah lemah dan sakit. sesape ada tempat spa menarik tolong inform ye. sekian terima kasih. :D

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars