Saturday, March 16, 2013

USM : Paintball


salam semua

16 Mac 2013 - Desasiswa Indah Kembara menganjurkan paintball tournament bertempat di Gen X Paintball di Seberang Perai. sebanyak 12 team yang telah menyertai tournament ini. 6 dari kampus induk. 6 lagi dari kampus kejuruteraan. thanks Ika sebab tunjuk poster paintball kat aku. terus rasa nak main paintball sebab dah lama tak main. penah main sekali je pun masa Rafest dulu. first time main, terus menang. hee.

team kami - sedia bertembung!
oleh sebab rindu nak main lagi. so terus aku cari team. tarik je Naqib dengan Zazmie masuk. lepas tu tarik Zul dengan Halim sekali dalam team kitorang. cukup 5 pun ok la. Halim dengan aku je yang penah main sebelum ni. 3 lagi memang first time la. tournament ni bukan main curi bendera tapi main bunuh. team yang lebih player menang. haa gituu. so nak taknak kena saling membunuh la. tak bestnya sebab diorang main grouping. bukan main liga. so takde la kumpul points. sebab kena menang je. juara kumpulan baru boleh pegi semi final. susah sikit la camtu. tapi kitorang redah je la.

Semi-Final : tangkap gambar dulu sebelum lawan.
alhamdulillah team kitorang dapat pegi final. dengan segala strategi yang disusun dan komunikasi yang baik, kitorang kira dapat clean sheet untuk semua game kecuali final. masa final jela dua orang mati. so kitorang kalah 3-4 kepada pihak lawan. takpe la. dah bukan rezeki. nak buat camne. naib johan pun ok la kan. hee. 

2nd place & 3rd place. team semua perempuan woo.
tahniah kepada IK yang anjurkan tournament macam ni. best je. lagipun setiap team yang masuk akan dapat hadiah jugak walaupun tak menang. semua pun boleh main enjoy enjoy. makan dengan transportation pun bagus je. murah jugak la semua sekali tu dan semestinya memang berbaloi. harapnya tahun depan korang buat la lagi ye. kitorang nak ambik emas pulak. hehe. 

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars