Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013!


salam semua

nak cerita sikit la pasal 2012 sebelum mengucapkan selamat tahun baru ni. kita kasi wrap up sekali tahun 2012. kalau nak compare dekat blog aku ni, tahun 2012 aku hanya ada 65 posts je? tak sampai 100 pun. nampak sangat tahun ni memang busy ataupun aku je yang malas update. ish ish. 

ok. pada awal tahun 2012 bagi aku, bermula dengan agak sedih sikit. biasa la tu. tak semestinya setiap tahun baru dihiasi dengan memori yang indah kan. walaupun perkara tersebut agak memberi kesan kepada aku sepanjang tahun 2012, tapi alhamdulillah sekarang takde pape dah. kot. 


bulan Februari, daftar masuk ke UIA Kuantan. mula busy dengan semester pertama sebagai pelajar degree. mula jumpa dengan kawan-kawan CTS yang lain yang ramai aku tak penah nampak pun kat asasi dulu. pelik pelik. memang satu pengalaman yang terbaik jugak la. budak-budak CTS jadi macam satu family yang besar. sangat rapat. sebab duduk dekat hostel yang sama dan bilik pun dekat-dekat. so senang je pape berita nak sampai. semua aktiviti pun buat sama sama. tu yang best. takde rasa keseorangan atau rasa kesunyian. dan paling best, PGN yang disayangi sampai ke tangan, menemani aku sampai sekarang. alhamdulillah. :)


dilema timbul bila dapat offer dari USM. macam macam kena fikir sebelum aku buat keputusan. tinggalkan bebudak CTS. tinggalkan semua jawatan kat UIA. tinggalkan team volleyball kat UIA. pegi kat tempat asal aku. dekat dengan rumah. kawan-kawan baru. environment baru. memang agak berat hati jugak pada mulanya, tapi takpe la. at last, pindah jugak USM. suasana yang baru dan boleh kata berbeza dengan UIA. tak semua yang ada kat sana ada kat sini. tapi aku jumpa mereka yang best dalam hidup aku kat sini. kawan-kawan baru yang jadi peneman hidup. family baru di court volleyball - Flying Titans. harap aku akan jumpa lagi mereka yang best kat sini. aku pun budak baru lagi kat USM. kena banyak belajar lagi macam mana nak sesuaikan diri kat sini.





kenangan yang best lagi untuk tahun 2012 semestinya : BIGBANG Galaxy Alive Tour! tak mungkin akan aku lupakan. mungkin ini adalah salah satu hajat yang tercapai dalam hidup nak tengok diorang perform live. walaupun tahun ni tak berpeluang nak tengok 2NE1 live, takpela. tahun lain la pulak kot.

pejam celik pejam celik tengok tengok aku dah nak habis satu sem dah kat USM. sekejap je weh 2012 ni walaupun bagi aku baaaanyaaak sangat benda yang jadi. jadi apa yang sama dari tahun lepas sampai sekarang : masih single. entah bila la nak kawen ni. eh tetiba pulak. dah dah. lupakan. study bagi habis dulu.

oh ya. all the best kepada semua yang final! :D

memang kebiasaan aku la tak pegi sambut new year. malas la keluar memalam tengok fireworks. sebenarnya takde fireworks pun takpe asalkan ada orang yang boleh menemani kita. kepada kau wahai kawan, thanks borak dengan aku pada malam tahun baru. hee. harap-harap 2013 ni memberi sesuatu yang lebih baik untuk aku dan semua orang. tak nak la sama je macam 2012. nak jugak kenangan lain, nak jugak perubahan lain. dan semestinya perubahan tu nak yang baik baik la kan. amin amin. 

HAPPY NEW YEAR 2013! 

yours truly,
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars