Tuesday, January 8, 2013

Final Is Over!




FINAL EXAM IS OVER!

Alhamdulillah. at last habis jugak sem satu sebagai seorang first year student. rasa macam kejap gila kot. serius kejap gila. aku rasa macam takde belajar sangat pun sem ni. aktiviti lagi la takde pape. kenapa eh? hmm hmm. tapi takpe la. yang penting stress study semua tu dah habis untuk sem ni. jumpa sem depan pulak la.

Calculus & Linear Algebra :
ingatkan belajar macam Calculus biasa je macam kat UIA dulu. tapi ni dah sampai Taylor Series ni apekehal. macam banyak gilak nak kena cover. naseb la aku tak further math dah. asalkan pass je subject ni. malas dah nak hadap. serik serik. 

Electricity & Mechanics :
benda yang sama belajar masa SPM dulu sampai la habis asasi UIA cuma lebih detail lagi jela. tapi mak ehh soalan dia. fuuh. mencabar minda betul. erm erm. tak tau la boleh score ke tak. pasrah jela. huhu.

dah dah. yang penting dah habes exam. tak nak pikir dah. dah buat yang terbaik kan. sekarang tawakkal jela. insyaAllah pape result pun aku redha. so sekarang jom plan apa nak buat masa cuti sem ni.

main volleyball sampai lebam! 
tu pun kalau ada orang yang turun court la masa cuti ni. tapi macam takde je. mesti budak budak ni balik kan. hmm hmm. takpe. macam nak start main squash dengan swimming balik. stamina stamina. okay jugak tu. 

habiskan segala drama yang ada!
wahh. macam boleh je. dah la banyak gila. aku pulak bukan jenis mengadap laptop 24 jam. tak nak ah jadi tunggul depan laptop. tapi at least kena habiskan jugak la dalam 4 drama cuti ni. wahh. kemain target.

habiskan segala novel / buku yang ada!
well, ada la dua tiga buku yang aku nak baca tapi tak terbaca lagi setakat ni. dan yang nak beli tapi tak terbeli lagi. cuti ni kena cari, kena habiskan jugak. semangat semangat. yess.

main game sampai pengsan!
macam nak start main Pokemon balik. tapi takde Pokemon yang baru. kalau nak ulang balik pun macam best. tak tau la. kalau nak main Dota aku tak power pun. dah la takde sape yang nak ajar. lagipun budak budak yang aku kenal kat sini pun takde ramai pun yang main Dota. hmm hmm. tengok la nanti.

haaa. tu jela perancanga setakat ni. gila tak produktif kan? ish ish. macam mana nak kawen ni. perangai macam budak-budak lagi. memang tak matang. dah la tak menyumbang langsung kepada masyarakat. huhu. alaa. cuti sebulan je kot. planning macam cuti berbulan bulan. apa daa. dah la tak menarik. tak kesah la. asalkan target tercapai. hee.

p/s : selamat meneruskan perjuangan buat mereka yang belum habes final. FIGHTINGm!

yours truly,
 

7 comments:

syafiqah syahirah said...

YOU SHOULDN'T UPDATE ALL YOUR PLANS TIME AKU BELUM HABIS PAPER LAGI! HAHA *GARANG*

Bahiyah Khalid チキン said...

bangun makan tidur, maka habislah cuti sem ko.. percayalah cakap senior ni...

Akif said...

ika - yang hg oegi baca sapa suruh? hahaha

bahiyah - eleleh ~ we're in penang, remember? :P

Bahiyah Khalid チキン said...

kenapenye dengan penang? aku duk buat kilang lemak jugak..

Akif said...

alaa. aku ok je. hg jela kot camtu. haha

Bahiyah Khalid チキン said...

apa yang hang buat sgt tu? haha

Akif said...

ada la. mana boleh bagitau. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars