Sunday, January 27, 2013

5 Cara Mengawal Jealous


5 Cara Untuk Mengawal Perasaan Jealous

ok. jeles yang aku maksudkan ada dua. pertama, anda jeles apabila orang yang anda suka lebih mesra dengan orang lain. ini hanyalah perasaan antara crush-admirer. kedua, jeles antara pasangan. pasangan yang berada dalam relationship semestinya akan ada rasa jeles apabila pasangan mesra dengan orang lain. jadi macam mana nak handle? ini ada sedikit tips.

1. Jangan Beritahu.
jangan sesekali bagitau kepada pasangan atau orang yang anda suka bahawa anda sedang jeles. kerana ini akan menjatuhkan sedikit impression kepada diri anda. jika orang yang anda suka itu tahu bahawa anda sedang jeles, dia berkemungkinan akan fikir, "hekeleh. kau siapa nak jeles?". dan ini akan mengurangkan kemungkinan untuk dia suka balik kepada anda. tapi untuk pasangan, jeles adalah perkara biasa. elakkan bagitau dan lebihkan memberi indirect hints kepada pasangan supaya dia lebih sensitif kepada situasi tersebut. tapi kalau dah sampai nak bergaduh tu, lebih baik terus terang dan berbincang jela eh. 

2. Bertindak 
perasaan jeles akan membuatkan anda tidak tenang. jadi ada dua cara yang berbeza untuk lelaki dan perempuan bagi cara ini. bagi lelaki, anda perlu membuat sesuatu kerja. menurut kajian, lelaki tidak boleh membuat dua kerja pada satu masa. dan lelaki lebih cenderung kepada kerja-kerja kemahiran. jadi, pergi la main bola ke, swimming ke atau basuh kereta. ini dapat menenagkan anda. bagi perempuan pulak, anda lebih cenderung kepada bercakap. jadi bercakap la, bercerita la tentang apa sahaja kepada rakan-rakan anda yang sudi mendengar. ini dapat menenangkan anda sedikit dan melupakan perasaan jeles. 

3. Positif
be cool, don't freak out. relaks je bila anda nampak dia mesra dengan orang lain. apa yang anda perlu buat adalah berfikiran positif. orang itu hanyalah kawan, tidak lebih dari itu. diorang hanya berbual tentang perkara yang tidak penting yang pastinya tidak akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan. positif bahawa anda masih mempunyai peluang untuk menarik minat orang yang anda suka. jangan cepat sangat gelabah. orang yang anda suka pasti menganggap anda pelik jika anda sebegitu.

4. Tarik Perhatian
jika anda rasa jeles, cuba tarik perhatian dia dengan cara yang baik. contohnya, buat baik kepada orang yang anda suka atau pasangan anda. belikan dia hadiah, tolong dia dengan apa-apa yang dia perlukan, belanja dia makan dan sebagainya. perkara ini tidak perlu dilakukan selalu pun. cukup la asalkan dia dapat hargai kehadiran anda. tetapi jangan sesekali mengharapkan apa-apa balasan daripada dia. jeles itu tanda sayang. kasih sayang bermaksud memberi. bukan meminta. lagipun, jika anda lihat dia happy, pastinya anda pun akan happy. 

5. Stalking - Elakkan
stalking adalah dibenarkan tetapi bergantung kepada tahap cemburu anda. jika anda kuat cemburu, sila elakkan. elakkan mencari cerita-cerita yang tidak best daripada rakan-rakan orang itu kerana cerita sebegitu akan membuatkan anda jeles. elakkan membuka lama sosial pasangan anda atau orang yang anda suka kerana dari situ anda akan menyaksikan perbualan antara dia dengan orang-orang lain. berkemungkinan besar akan ada perbualan dia dan orang-orang lain yang akan membuatkan anda jeles, jadi anda perlu elakkan. tapi kalau nak bukak jugak, maka bersedia la dengan risiko yang anda ambil itu. jika timbul jugak perasaan jeles, maka sila rujuk perkara-perkara di atas.


yours truly,


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars