Sunday, January 27, 2013

5 Cara Mengawal Jealous


5 Cara Untuk Mengawal Perasaan Jealous

ok. jeles yang aku maksudkan ada dua. pertama, anda jeles apabila orang yang anda suka lebih mesra dengan orang lain. ini hanyalah perasaan antara crush-admirer. kedua, jeles antara pasangan. pasangan yang berada dalam relationship semestinya akan ada rasa jeles apabila pasangan mesra dengan orang lain. jadi macam mana nak handle? ini ada sedikit tips.

1. Jangan Beritahu.
jangan sesekali bagitau kepada pasangan atau orang yang anda suka bahawa anda sedang jeles. kerana ini akan menjatuhkan sedikit impression kepada diri anda. jika orang yang anda suka itu tahu bahawa anda sedang jeles, dia berkemungkinan akan fikir, "hekeleh. kau siapa nak jeles?". dan ini akan mengurangkan kemungkinan untuk dia suka balik kepada anda. tapi untuk pasangan, jeles adalah perkara biasa. elakkan bagitau dan lebihkan memberi indirect hints kepada pasangan supaya dia lebih sensitif kepada situasi tersebut. tapi kalau dah sampai nak bergaduh tu, lebih baik terus terang dan berbincang jela eh. 

2. Bertindak 
perasaan jeles akan membuatkan anda tidak tenang. jadi ada dua cara yang berbeza untuk lelaki dan perempuan bagi cara ini. bagi lelaki, anda perlu membuat sesuatu kerja. menurut kajian, lelaki tidak boleh membuat dua kerja pada satu masa. dan lelaki lebih cenderung kepada kerja-kerja kemahiran. jadi, pergi la main bola ke, swimming ke atau basuh kereta. ini dapat menenagkan anda. bagi perempuan pulak, anda lebih cenderung kepada bercakap. jadi bercakap la, bercerita la tentang apa sahaja kepada rakan-rakan anda yang sudi mendengar. ini dapat menenangkan anda sedikit dan melupakan perasaan jeles. 

3. Positif
be cool, don't freak out. relaks je bila anda nampak dia mesra dengan orang lain. apa yang anda perlu buat adalah berfikiran positif. orang itu hanyalah kawan, tidak lebih dari itu. diorang hanya berbual tentang perkara yang tidak penting yang pastinya tidak akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan. positif bahawa anda masih mempunyai peluang untuk menarik minat orang yang anda suka. jangan cepat sangat gelabah. orang yang anda suka pasti menganggap anda pelik jika anda sebegitu.

4. Tarik Perhatian
jika anda rasa jeles, cuba tarik perhatian dia dengan cara yang baik. contohnya, buat baik kepada orang yang anda suka atau pasangan anda. belikan dia hadiah, tolong dia dengan apa-apa yang dia perlukan, belanja dia makan dan sebagainya. perkara ini tidak perlu dilakukan selalu pun. cukup la asalkan dia dapat hargai kehadiran anda. tetapi jangan sesekali mengharapkan apa-apa balasan daripada dia. jeles itu tanda sayang. kasih sayang bermaksud memberi. bukan meminta. lagipun, jika anda lihat dia happy, pastinya anda pun akan happy. 

5. Stalking - Elakkan
stalking adalah dibenarkan tetapi bergantung kepada tahap cemburu anda. jika anda kuat cemburu, sila elakkan. elakkan mencari cerita-cerita yang tidak best daripada rakan-rakan orang itu kerana cerita sebegitu akan membuatkan anda jeles. elakkan membuka lama sosial pasangan anda atau orang yang anda suka kerana dari situ anda akan menyaksikan perbualan antara dia dengan orang-orang lain. berkemungkinan besar akan ada perbualan dia dan orang-orang lain yang akan membuatkan anda jeles, jadi anda perlu elakkan. tapi kalau nak bukak jugak, maka bersedia la dengan risiko yang anda ambil itu. jika timbul jugak perasaan jeles, maka sila rujuk perkara-perkara di atas.


yours truly,


How I Met Your Mother





just finished watching this series. not really finished exactly. I started from Season 1 Episode 1 until Season 8 Episode 14 now. Ted, Marshall, Lily, Robin and Barney. these guys are awesome. this series tells about how  they really appreciate their friendship, how they handle their lives, and what relationship is all about. happiness, sadness, horror, disappointment, enjoyment, laughs and love. there are in our lives and maybe we can't just realize them. I learned a lot from this sitcom seriously. it opens my eyes to think what's my future gonna look like and how am I living my life then? I like this series and I'm expecting to learn more from it.

thanks friend for suggesting me this sitcom and now I recommend you readers to also watch this sitcom. it's a great series, seriously. enough said. I'm gonna get myself The Bro Code and The Playbook. thanks, Barney.

oh enough, Ted. just show us your wife already.
legendary!


yours truly,

Thursday, January 24, 2013

Love Girl


salam. dari jauh, mata memandang menyejukkan hati. kesederhanaan yang menarik perhatian. memang tiada langsung info. hanya pernah nampak empat kali je sem ni? macam mana nak ada apa apa perkenalan? kalau awak sedang membaca blog ini, lagu ini untuk awak. 


CN Blue - Love Girl
Translation :

Tell me Tell me, tell me about love, Tell me Tell me, share your love with me
Love me Love me, let me hug you, Kiss me Kiss me, I love only you

I’m like a fool when you smile, you’re like a pretty doll when I look at you
My heart beats so fast. My everyday becomes happy because of you.

I want you oh my love, please look at only me. Even when the world changes, I love only you,
Oh my love, my heart always beats whenever I see you. I’ll cherish only you.

(L.O.V.E GIRL) Hold my hand and Fly (L.O.V.E GIRL) Trust me and Fly high
(L.O.V.E BOY) Yes, we can fly to the sky (L.O.V.E BOY) I want to take you there baby

Tell you Tell you, I’ll tell you about love. Tell you Tell you, I love you.
Love you Love you, hold my hand. Kiss you Kiss you, I love you forever.

Like a music you play for me, like a sweet hum you sing for me,
each minute, each second becomes so precious. I want to hear it everyday, I love, love, love you.

I want you oh my love. Please love only me. Because even when other loves change, I love you.
Oh my love, my small heart that pictured you. I’ll always hug only you.

(L.O.V.E GIRL) Hold my hand and Fly (L.O.V.E GIRL) Trust me and Fly high
(L.O.V.E BOY) Yes, we can fly to the sky (L.O.V.E BOY) I want to take you there baby

I want you oh my love, please look at only me. Even when the world changes, I love only you,
Oh my love, my heart always beats whenever I see you. I’ll cherish only you.

(L.O.V.E GIRL) Take Take Take my hands
(L.O.V.E GIRL) Uh uh Grab Grab Grab my hands
(L.O.V.E BOY) Yeah yeah Yes, we can fly to the sky high high
(L.O.V.E BOY) I want take you there baby

(L.O.V.E GIRL) Take Take Take my hands baby you (you) know What I want u
(L.O.V.E GIRL) Can you hear my beating heart? can you feel my beat
(L.O.V.E BOY) Take Take Take my hands baby you (you) know what I want u
(L.O.V.E BOY) I can’t live without you, only you can make me laugh you make me laugh
L.O.V.E GIRL


p/s: sorry la. tengah bosan maka mengarut yang bukan bukan.


yours truly,



Thursday, January 17, 2013

27th Golden Disk Awards




seperti yang telah diketahui ramai, award yang julung kali diadakan telah berlangsung di Sepang, Kuala Lumpur pada 15 & 16 Januari 2013. GDA. yes. dan aku tak dapat pegi sebab takde duit yang merupakan suatu kesedihan jugak la. lagi sedih bila dapat tahu yang ramai kawan kawan kau dapat pegi. waaa. fine laa fine laa. award ni best sebab ramai artis Korea yang datang Malaysia. tu yang macam grand tu. tapi ok la kot sebab BIGBANG tak semua datang. G-Dragon sorang je yang datang. 2NE1 pun tak datang jugak. takpe la tak pegi pun. kan kan.

Azza antara kawan aku yang pegi GDA. semangat gila bagitau aku walaupun last minute baru dia dapat tiket. dia mesej aku bagitau dah sampai Sepang la apa la. saje je nak bagi jeles. kurenggg. ahh tak kisah. yang aku nak tau, nanti kena ada souvenir untuk aku dari GDA. siap la Azza. hee. thanks a lot, Azza sebab call masa performance diorang. gempak gila! aku dengar suara FT Island dengan CN Blue nyanyi live weh! walaupun tak nampak, tapi boleh rasa la gempaknya tu. CN Blue perform lagu Hey You dan Intuition. tolong dengar sekarang sebab lagu tu memang best. perghhh. bestnya kalau dapat tengok live.





G-Dragon pulak perform solo macam biasa sebab dia sorang je BIGBANG yang datang. call Azza lagi. memang perghhh. tak yah cakap la. dengar crowds jerit pun dah tau memang gempak. ok la jugak Epik High datang. G-Dragon bawak lagu Light It Up dengn Tablo. G-Dragon start dengan lagu One Of A Kind, Light It Up, Crayon dan Heartbreaker. gempak! macam biasa, dia buat stage tu macam dia punya sorang je. perghhh. this is our Kwon leader! 



27th Golden Disk Awards Winners

▲ Disk Daesang
- Super Junior “Sexy Free & Single”

▲ Disk Bonsang
- 4minute
- B1A4
- B2ST
- CNBLUE
- FT ISLAND
- INFINITE
- KARA
- SHINee
- Super Junior

▲ Rookie Award
- EXO-K
- Juniel

▲ Best Dance Performance Award
- Trouble Maker

▲ Best Group Performance Award
- INFINITE

▲ Next Generation Star Award
- BtoB

▲ MSN Southeast Asia Award
- Super Junior “Sexy Free & Single”

▲ Malaysia’s Most Favorite Star Award
- CNBLUE
- KARA

▲ jTBC Best Artist Award
- B2ST

▲ Popularity Award
- SHINee

▲ Golden Disk Producer Award
- Han Sung Ho (FNC Entertainment)


▲ Digital Daesang
- Psy “Gangnam Style”

▲ Digital Bonsang
- 2NE1
- BIG BANG
- f(x)
- G-Dragon
- Huh Gak
- K.Will
- miss A
- Psy
- SECRET
- SISTAR
- T-ara

▲ Rookie Award
- B.A.P
- Ailee
- Lee Hi

▲ CeCi Popularity Award
- G-Dragon

▲ Samsung Galaxy Star Award
- SISTAR

▲ InStyle Fashionista Award
- Lee Hong Ki

▲ MSN International Award
- BIG BANG

▲ Best Hip Hop Star Award
- Epik High

▲ Best Single Album Award
- TEEN TOP



di atas adalah nama-nama pemenang GDA kali ni. perasan nama nama yang di-bold-kan tu? haa. betapa gempaknya budak-budak YG. berapa award diorang sapu. perghhh. malas cakap la kan. G-Dragon saje dah bawak balik 2 award untuk dia dan 2 award lagi mewakili BIGBANG. dan agak pelik sebab G-Dragon tak menang InStyle Fashionista Award tapi Lee Hong Ki yang menang. dan Hong Ki sendiri pun pelik. takpe la takpe la. dah banyak dah award dapat. GDA ni macam 'G-Dragon Awards' je. hee. apa apa pun, tahniah kepada semua pemenang!



G-Dragon rocks the night! Jyeahhh!
YG Family conquer GDA!


sebenarnya nak cerita yang budak-budak YG power especially BIGBANG. tu je. hee. proud being VIP! :D

yours truly,

Tuesday, January 8, 2013

Final Is Over!




FINAL EXAM IS OVER!

Alhamdulillah. at last habis jugak sem satu sebagai seorang first year student. rasa macam kejap gila kot. serius kejap gila. aku rasa macam takde belajar sangat pun sem ni. aktiviti lagi la takde pape. kenapa eh? hmm hmm. tapi takpe la. yang penting stress study semua tu dah habis untuk sem ni. jumpa sem depan pulak la.

Calculus & Linear Algebra :
ingatkan belajar macam Calculus biasa je macam kat UIA dulu. tapi ni dah sampai Taylor Series ni apekehal. macam banyak gilak nak kena cover. naseb la aku tak further math dah. asalkan pass je subject ni. malas dah nak hadap. serik serik. 

Electricity & Mechanics :
benda yang sama belajar masa SPM dulu sampai la habis asasi UIA cuma lebih detail lagi jela. tapi mak ehh soalan dia. fuuh. mencabar minda betul. erm erm. tak tau la boleh score ke tak. pasrah jela. huhu.

dah dah. yang penting dah habes exam. tak nak pikir dah. dah buat yang terbaik kan. sekarang tawakkal jela. insyaAllah pape result pun aku redha. so sekarang jom plan apa nak buat masa cuti sem ni.

main volleyball sampai lebam! 
tu pun kalau ada orang yang turun court la masa cuti ni. tapi macam takde je. mesti budak budak ni balik kan. hmm hmm. takpe. macam nak start main squash dengan swimming balik. stamina stamina. okay jugak tu. 

habiskan segala drama yang ada!
wahh. macam boleh je. dah la banyak gila. aku pulak bukan jenis mengadap laptop 24 jam. tak nak ah jadi tunggul depan laptop. tapi at least kena habiskan jugak la dalam 4 drama cuti ni. wahh. kemain target.

habiskan segala novel / buku yang ada!
well, ada la dua tiga buku yang aku nak baca tapi tak terbaca lagi setakat ni. dan yang nak beli tapi tak terbeli lagi. cuti ni kena cari, kena habiskan jugak. semangat semangat. yess.

main game sampai pengsan!
macam nak start main Pokemon balik. tapi takde Pokemon yang baru. kalau nak ulang balik pun macam best. tak tau la. kalau nak main Dota aku tak power pun. dah la takde sape yang nak ajar. lagipun budak budak yang aku kenal kat sini pun takde ramai pun yang main Dota. hmm hmm. tengok la nanti.

haaa. tu jela perancanga setakat ni. gila tak produktif kan? ish ish. macam mana nak kawen ni. perangai macam budak-budak lagi. memang tak matang. dah la tak menyumbang langsung kepada masyarakat. huhu. alaa. cuti sebulan je kot. planning macam cuti berbulan bulan. apa daa. dah la tak menarik. tak kesah la. asalkan target tercapai. hee.

p/s : selamat meneruskan perjuangan buat mereka yang belum habes final. FIGHTINGm!

yours truly,
 

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013!


salam semua

nak cerita sikit la pasal 2012 sebelum mengucapkan selamat tahun baru ni. kita kasi wrap up sekali tahun 2012. kalau nak compare dekat blog aku ni, tahun 2012 aku hanya ada 65 posts je? tak sampai 100 pun. nampak sangat tahun ni memang busy ataupun aku je yang malas update. ish ish. 

ok. pada awal tahun 2012 bagi aku, bermula dengan agak sedih sikit. biasa la tu. tak semestinya setiap tahun baru dihiasi dengan memori yang indah kan. walaupun perkara tersebut agak memberi kesan kepada aku sepanjang tahun 2012, tapi alhamdulillah sekarang takde pape dah. kot. 


bulan Februari, daftar masuk ke UIA Kuantan. mula busy dengan semester pertama sebagai pelajar degree. mula jumpa dengan kawan-kawan CTS yang lain yang ramai aku tak penah nampak pun kat asasi dulu. pelik pelik. memang satu pengalaman yang terbaik jugak la. budak-budak CTS jadi macam satu family yang besar. sangat rapat. sebab duduk dekat hostel yang sama dan bilik pun dekat-dekat. so senang je pape berita nak sampai. semua aktiviti pun buat sama sama. tu yang best. takde rasa keseorangan atau rasa kesunyian. dan paling best, PGN yang disayangi sampai ke tangan, menemani aku sampai sekarang. alhamdulillah. :)


dilema timbul bila dapat offer dari USM. macam macam kena fikir sebelum aku buat keputusan. tinggalkan bebudak CTS. tinggalkan semua jawatan kat UIA. tinggalkan team volleyball kat UIA. pegi kat tempat asal aku. dekat dengan rumah. kawan-kawan baru. environment baru. memang agak berat hati jugak pada mulanya, tapi takpe la. at last, pindah jugak USM. suasana yang baru dan boleh kata berbeza dengan UIA. tak semua yang ada kat sana ada kat sini. tapi aku jumpa mereka yang best dalam hidup aku kat sini. kawan-kawan baru yang jadi peneman hidup. family baru di court volleyball - Flying Titans. harap aku akan jumpa lagi mereka yang best kat sini. aku pun budak baru lagi kat USM. kena banyak belajar lagi macam mana nak sesuaikan diri kat sini.





kenangan yang best lagi untuk tahun 2012 semestinya : BIGBANG Galaxy Alive Tour! tak mungkin akan aku lupakan. mungkin ini adalah salah satu hajat yang tercapai dalam hidup nak tengok diorang perform live. walaupun tahun ni tak berpeluang nak tengok 2NE1 live, takpela. tahun lain la pulak kot.

pejam celik pejam celik tengok tengok aku dah nak habis satu sem dah kat USM. sekejap je weh 2012 ni walaupun bagi aku baaaanyaaak sangat benda yang jadi. jadi apa yang sama dari tahun lepas sampai sekarang : masih single. entah bila la nak kawen ni. eh tetiba pulak. dah dah. lupakan. study bagi habis dulu.

oh ya. all the best kepada semua yang final! :D

memang kebiasaan aku la tak pegi sambut new year. malas la keluar memalam tengok fireworks. sebenarnya takde fireworks pun takpe asalkan ada orang yang boleh menemani kita. kepada kau wahai kawan, thanks borak dengan aku pada malam tahun baru. hee. harap-harap 2013 ni memberi sesuatu yang lebih baik untuk aku dan semua orang. tak nak la sama je macam 2012. nak jugak kenangan lain, nak jugak perubahan lain. dan semestinya perubahan tu nak yang baik baik la kan. amin amin. 

HAPPY NEW YEAR 2013! 

yours truly,
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars