Tuesday, December 31, 2013

2013: End


salam semua. dah hujung 2013 nampaknya. kejap je kan?
aku spent most of the time dalam tahun 2013 ni kat Penang je. sebab still study kat USM. first year, second and third sem. hailo banyak lagi rupanya tapi masa berjalan sangat laju. aku rasa baru hari tu je masuk USM sekarang dah sem ketiga. mak ehh. tapi takpe. just nak share dengan korang apa yang aku dapat sepanjang tahun 2013 ni. hmm macam banyak jugak je.

aku belajar kenal orang. maksud aku jenis orang-orang baru yang aku tak pernah jumpa sebelum ni. kau ingat kau senang ke nak jumpa orang Islam yang dye rambut atau couple yang berpegang tangan kat UIA dulu. haa tu la maksud aku. 2013 kat USM dan rasanya aku dah biasa dengan tu. aku keluar dari comfort zone aku yang dulu. macam dulu aku nampak la Islamik kat UIA tu tapi kat USM, it's the real life. the world. semua bangsa ada. semua benda yang sedang berlaku sekarang kat Malaysia aku boleh nampak. tak seindah apa yang aku nampak kat UIA dulu. memang bukan senang nak sesuaikan diri dengan environment macam ni. kena kuat. kalau tak kuat kau sendiri hanyut dan join diorang. it's tough. really.

aku belajar sebenarnya kawan kawan itu adalah mereka yang tak pernah judge kau. tak kisah la kau baik atau jahat, diorang tetap ada untuk kau. yang penting kau je jangan tinggalkan kawan kawan kau. diorang sebenarnya sentiasa ada untuk membantu. diorang tak expect apa apa pun daripada kau. diorang terima je kau seadaya. kau baik ke kau jahat ke asalkan kau tak buat jahat kt diorang, diorang terima kau. aku rasa senang bila ada kawan kawan macam ni. aku tak suka berlakon jadi baik depan orang sebab aku sebenarnya memang tak baik pun. dan sebab aku tak suka hidup dalam expectation orang. jadi aku tahu bila kawan kawan aku ada, aku boleh jadi diri sendiri.

aku belajar kerja dengan pelbagai jenis orang. bukan senang sebenarnya. aku faham sekarang tak semua orang sama. tak semua orang fikir apa yang kita fikir. tak semua orang sanggup korbankan apa yang mereka ada untuk orang lain. tak semua orang boleh kawal emosi dalam keadaan tertekan. tak semua pemimpin layak menjadi pemimpin. tak semua orang yang di atas berada di situ kerana usaha mereka. tak semua orang bawah dapat kredit dengan apa yang mereka telah usahakan. tak semua boleh berfikir secara rasional bila masalah yang banyak datang sekaligus dalam satu masa. dan berapa ramai orang yang bergantung pada Allah dengan apa yang mereka buat atau bila mereka ada masalah? jadi aku sarankan kepada korang, bekerja la dengan satu organisasi dan kau akan belajar apa yang baik dan apa yang buruk. yang penting, buka hati buka minda. kau akan faham apa yang baik apa yang buruk, apa yang patut dan apa yang tak patut kau buat. ni bukan pasal diri kau sebenarnya. kau tak perlu selfish. 

aku belajar sebenarnya perasaan ini boleh dikawal. itu hati kau. memang Allah yang pegang hati kau tapi tak semestinya kau takleh ada usaha untuk jaga hati kau. kau nak suka orang tu, kau stay dan biarkan perasaan tu bercambah. kau taknak suka orang tu, kau move on dan terus lupakan perasaan tu. dua orang kawan takkan pernah boleh menjadi kawan seperti biasa, kawan yang sama bila salah seorang ada perasaan kat seorang yang lain. once kau dah ada perasaan kat kawan kau, kawan kau tak mungkin akan share semua benda dengan kau. kawan kau mesti nak jaga hati kau taknak kau offended atau jealous atau sedih atau kecewa atau pape jela dengan cerita yang kau nak share. contoh kawan kau cakap dia ada suka orang ni. kau yang suka dia apa yang kau akan rasa? bahagia untuk dia seperti seorang kawan patut rasa? nope. tak mungkin. sebab tu kawan kau tu takkan cerita semuanya. kau takkan open untuk semua cerita. kau takkan jadi serapat dulu. tak boleh manja atau mengada macam dulu. sebab korang kawan dan kawan tak mungkin akan menyakiti kawannya yang lain. you just can't. unless you wanna get hurt then go on. 

aku belajar tak semestinya seorang kawan kau akan stay menjadi kawan kau selamanya. sebab tu orang cakap sangat susah mencari kawan yang betul betul kawan. kadang kadang kawan yang fikirkan sangat setia dan sanggup buat apa saje tu lah yang akan khianati kau. semuanya mungkin. dan bila itu terjadi, itu la kehidupan. that's the real life. susah kan nak terima tapi kau kena telan jugak. sebab tu bila kau ada kawan kawan yang sebenar, jangan sia siakan diorang. aku bersyukur Allah bagi aku kawan kawan yang selalu ada belakang aku in case aku jatuh. aku percaya diorang. aku faham macam mana ego boleh menjadikan kau seorang yang sombong sampai sanggup biarkan kawan kau jatuh tanpa kau sedar sebenarnya kawan kau yang letak kau kat tepat kau sekarang. tu la hidup. sebenarnya semua ni bukan pasal diri kita pun. what we give we'll get back. sebab tu jangan kisah untuk berkorban untuk kawan kau sebab semua tu akan datang balik kat kau jugak akhirnya.

banyak lagi sebenarnya yang aku dapat dalam tahun ni. tapi biar lah. ni pun panjang gila je. aku main pakai tulis je ni. takde skrip pun. apa yang terlintas terus aku tulis. takpela. sorry korang kena baca panjang panjang pulak. apa apa pun aku bersyukur Allah ajar aku benda benda macam ni dalam hidup aku sepanjang 2013 ni. aku harap Allah ajar aku banyak lagi benda sepanjang 2014 nanti insyaAllah. semoga Allah redha dengan kita. 

Selamat Tahun Baru 2014 :)


yours truly,


Thursday, December 19, 2013

Love VS Marriage


salam semua. serius dah lama tak update blog. bukan sebab takde idea. 
tapi sebab pemalas kot. entah la. apa nak jadi. busy pun ye jugak.
dah nak dekat final baru la rajin nak update blog. masa ni pulak rajin.
alasan taknak study ke apa? ish ish. takpela saje nak share dengan korang.
harap dapat something yang baru daripada artikel yang aku baca ni :)



Difference in Love and Marriage

A student asks a teacher, “What is love?” The teacher said, “in order to answer your question, go to the wheat field and choose the biggest wheat and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick.” 
The student went to the field, go thru first row, he saw one big wheat, but he wonders… may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one… But may be there is an even bigger one waiting for him. Later, when he finished more than half of the wheat field, he start to realize that the wheat is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regretted. 
So, he ended up went back to the teacher with empty hand. The teacher told him, “this is love… You keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person…” “What is marriage then?” the student asked. The teacher said, “in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick." 
The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher. The teacher told him, “This time you bring back a corn. You look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get… This is marriage.” 


yours truly,

Sunday, October 6, 2013

USM ConvEx'13


assalamualaikum. selamat sejahtera semua.
Ya Allah. lamanyaaaaaaaaaa tak update blog. mintak maaf semua. memang sebab busy yang amat la tak dapat nak update blog. bukan sebab malas ke apa. betul ni. hehe. busy sebab apa? sebab kitorang kena handle satu event ni - Ekspo Konvokesyen USM ke-48.


last year aku penah join sebagai penyelaras. tengok-tengok this year jadi MT pulak. maka banyak la kerja yang perlu dilakukan. kitorang bergerak sebelum puasa lagi. sampai la event iaitu 18 - 22 September 2013. memang kitorang antara sekretariat mula mula tak kenal sangat pun. lepas tu ada la ice-breaking, then bermula la sesi perkenalan. sampai la ke Cameron Highland untuk Makmal Pengurusan Strategik. memang dari situ kitorang dah start rapat. laaaaagi rapat bila kitorang ikut join macam-macam program sukarelawan bersama. memang jadi rapat betul. dah macam keluarga. nak nak diorang sempat lagi buat surprise party untuk aku walaupun semua tengah busy gila. terharuuuuuuuuuu :') 


masa event, memang macam macam aktiviti yang berlaku sepanjang minggu ConvEx. artis yang datang pun ramai. Heliza, Forteen, Johan Raja Lawak, Anwar Hadi dengan Mejar Dr Faiz Khaleed. best la. setiap masa ada je aktiviti yang best. alhamdulillah sepanjang minggu ConvEx ni cuaca sangat la baik. tak hujan langsung pun. cuaca best je. kuasa Allah yang tu. alhamdulillah :D

untuk menjayakan event besar yang macam ni, emmang perlukan kesabaran dan ketabahan yang kuat. alhamdulillah aku dapat bekerjasama dengan team yang mantap. memang team ConvEx'13 adalah salah satu team yang best aku pernah kerja. walaupun ada la jugak selisih faham, terasa hati semua tu, biasa jela. hehe. dan yang paling penting adalah setiausaha aku, Bahirah Khalid. aku rasa tanpa dia memang aku dah lama tumbang dah. dia jaga semua kerja, makan minum dan kesihatan aku. nasib baik la Allah bagi peneman yang setia untuk sentiasa ada tolong aku. aku bersyukur sangat. 


bagi aku, ConvEx tahun ni berbeza dengan tahun lepas. macam macam perbezaan la yang aku dapat tengok. antara sekretariat sendiri pun makin rapat. lagi best la. lagi meriah. tu apa yang aku nampak. takpe. kita tunggu post mortem nanti. hehe. tahun depan nak join lagi ke tak eh? hmm hmm. fikir dulu la. hee.

ConvEx'13: Kesukarelawan Sebagai Gaya Hidup :)
till we meet again

yours truly,

Saturday, August 10, 2013

Grown Up


salam semua
dah lama sangat tak update blog. yelaa. sebab malas dan sangat busy.
tapi sebab topik ni punya pasal, tergerak sangat nak update jugak.

mula mula Amir start dulu. muslimin pertama batch 54 yang mendirikan rumah tangga.
Amir Halim
lepas tu Chai pulak ikut. muslimin kedua batch 54 yang kahwin. takpe lagi. okay la. takpe takpe.
Nazirul Mubin aka Chai
then tahun ni dengar pulak Shazni yang kawen. ni lagi la tetiba. takde khabar berita tengok tengok dah kawen. takpela. ok la. bagus bagus.
Shazni Mazlan
 dan sekarang latest punya. Mujahid pulak kawen. fuuhhh. kawen masa raya ketiga kot. ni budak Mashoor. sama sama jugak kat UIA dulu. so ni macam erm erm. okayy. 
Mujahid Sulaiman
ni baru budak budak lelaki. kalau bebudak perempuan tu takyah cakap la kan. semuanya sama umur ye. budak budak 1992. so sekarang ni 21 tahun. haa nampak tak kehebatan mereka? selamber je kawen muda muda ni. haha. tapi takpela. diorang memang hebat pun. semoga korang bahagia sampai ke syurga ye :D

hujung Ogos, Faiz Mazlan pulak nak kawen. aku rasa tahun depan aku takkan terkejut dah kalau lagi ramai yang announce akan kawen. hmm apa? aku kawen bila? takyah tanya la. calon pun takde lagi. biasa laa. takde sape yang nak. takyah tunggu aku ye. korang kawen la dulu. hee.

 p/s: gambar gambar semuanya dari facebook :D
barakallah ~

yours truly,


Wednesday, June 26, 2013

Sem 2 - End


salam semua. ok memang lama sangat tak update blog. alaa nak update pun macam la ada orang baca kan. takpela. timekaseh kepada yang baca. aku tulis blog pun sebab sesaje nak cerita apa aku rasa.


ok final exam dah habis. yess. habis dah 5 paper untuk sem kedua kat USM ni. dah dua sem? serius? memang pun. dah habis tempoh jadi first year kat USM ni. next sem dah jadi senior. senior la sikit kan. dan junior bakal menyusul nanti. ehem ehem. junior nampak ~

untuk sem ni aku rasa memang sangat sangat la malas. entah kenapa. memang kalau sem dua mesti jadi malas. macam banyak je kelas yang skip. tu pun naseb baik la still buat tutorial dan assignment. bukan la sebab busy mana pun. tak banyak sangat event yang aku join pun. tapi tu la. sebab kemalasan yang teramat kot. huhu. final exam? jangan cerita. boleh kata semua paper susah. takde confident langsung. mungkinkah ini efeknya? pasrah jela dengan result nanti. huhu.

apa nak buat cuti sem ni? lama jugak. yeay puasa kat rumah cuti sem ni. alaa macam jauh pun rumah tu. cuti ni rasanya sibuk dengan kerja kerja Convex jela nanti. plan lain? nak habiskan segala novel dan buku-buku yang aku beli tu. tak sentuh sentuh pun lagi. movie? tengok la kalau ada masa. harapnya cuti ni ada la something berfaedah yang aku dapat. aminn.

macam mana pun, HAPPY HOLIDAY! :D

yours truly,

Tuesday, June 25, 2013

G-Dragon OOAK in Malaysia!



2013 1st World Tour G-Dragon [One Of A Kind]
in MALAYSIA!

22 June 2013 | 8.00 pm | Nasional Stadium, Bukit Jalil

guest artist: Taeyang of BIGBANG

this is the track list for the concert:
MichiGo
Heartbreaker
One Of A Kind
Light It Up
The Leaders
Butterfly
Missing You
That XX
Eventually
Today
A Boy
TaeYang – Where You At & Break Down
This Love
One Year Station
Obsession
She’s Gone
Crayon + Fantastic Baby
Encore: Breathe, Bad Boy, MichiGo

G-Dragon's singing That XX
with Malaysian VIPs!

the most awesome moment - Crayon + Fantastic Baby!
G-Dragon and Taeyang for Bad Boy during the encore
  great stage. awesome band, nice lighting and sound. pre-recorded Tablo and CL were surprising, as if they're there on the stage too. Taeyang just made it hotter. great songs by a great guy. that night was awesome. keep shining and keep flying. go Kwon leader!
yes, sir. you're one of a kind! :D


yours truly,

Monday, May 20, 2013

TOT-39


salam semua. wehh lama gila tak update blog. mintak maaf blog. walaupun rasa macam takde orang nak baca je tapi still rasa bersalah sebab tak update blog. kenapa eh? busy ke? takde la sangat pun. nak cakap malas tu erm erm yela kot. 


Temasya Olahraga Tahunan ke-39
"Together On Track"

jangan tanya kenapa aku masuk event ni. Ika la paksa aku pegi interview. hampeh punya budak. tak pasal kena jadi sekretariat. join bahagian komputer. naseb baik la okay je. fuuh. banyak kerja ke? takde la sangat. just control website TOT, facebook, results dan sebagainya. sebab event ni termasuk 17 kontinjen dalam USM kot. sebab tu la macam besar jugak. 

kontinjen Fajar Harapan

kontinjen Tekun
kontinjen Indah Kembara

best je event ni. sekretariat yang lain pun best. best je kerja dengan semua orang. event ni pun dalam 3 hari je. takdela lama mana pun. so penat dalam 3 hari tu jela. yang penting semua berjalan dengan lancar. alhamdulillah. oh ya. tahniah kepada semua pemenang untuk setiap acara. kalau korang rasa nak tengok results TOT-39 ni, boleh la klik kat laman web TOT-39. kalau nak tengok gambar-gambar sepanjang TOT-39 boleh la pegi dekat Facebook TOT.


so terima kaseh la kepada makcik tu sebab tarik aku join event ni. boleh la dapat pengalaman lagi. makan pun sedap sedap je. terima kaseh kepada penasihat-penasihat, staf Pusat Sukan USM, sekretariat yang lain, pegawai temasya dan semua peserta. haa semua la senang cerita. terima kaseh atas kerjasama anda dalam menjayakan event ini. :D


lepas ni, Malam Penghargaan TOT-39 pulak. makaaaaannn ~

yours truly,

Friday, May 10, 2013

Bikers Kental


salam semua. saje je aku nak update blog sebab takut berhabuk sangat je nanti. tak ke?


hari tu tetiba Syahmi tarik aku dengan Naqib jadi committee untuk event dia. kitorang macam biasa la. tarak hal punya. event tu ialah Tayangan Amal Perdana Bikers Kental di Dewan Tuanku Syed Putra, USM. memang filem ni belum pernah ditayang di mana mana pawagam la. first time ni beb. artis yang dapat datang hanya Zul Arffin je. Zizan, Awie dan yang lain tak boleh datang sebab tarikh tayangan terpaksa ditukar atas sebab yang tak dapat dielakkan. takpela. nak buat camne.


petang tu sebelum tayangan la best. kitorang bertugas untuk perarakan motor-motor besar di sekeliling USM. pukul 6 petang dah berkumpul. mak aih motor diorang. fuuh. memang gempak la. so kitorang berkonvoi satu USM sambil membunyikan hon. saje je nak promote filem tu. malam tu baru tayangan bermula.


Timbalan Naib Canselor USM pun datang tengok jugak. filem ni best kot. lawak jugak la. jalan cerita pun takde la slow sangat. serius. jadi kepada korang yang rasa boring ke, pegi la tengok cerita ni nanti. lepas tengok mesti rasa nak bawak motor besar jugak. gituu. pape pun, semoga berjaya filem Bikers Kental untuk tayangan di pawagam nanti. yosh! 

jangan tanya la pasal gambar ni. tu motor baru gua tu. sekian. 

yours truly,

Wednesday, May 1, 2013

PBAKL 2013



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013!
26 April 2013 - 5 Mei 2013

memang setiap tahun aku tunggu event besar-besaran ini. kalau tak pegi macam rugi je. kenapa rugi? sebab masa ni la diorang buat offer dan diskaun untuk setiap pembelian buku-buku. sebab masa ni la banyak buku-buku baru yang akan dilancarkan. sebab masa ni la ramai penulis-penulis buku akan turun untuk bertemu dengan para pembaca. sebab masa ni la nak jumpa buku-buku yang best. boleh kata semua buku ada laa. haa. best tak best tak?

jadi aku dengan semangatnya telah turun ke Kuala Lumpur berseorangan dengan membawa baucer buku dengan secukupnya untuk menyerang PWTC pada 26 April 2013. tak kisah la kalau takde sape nak teman pun. yang penting aku boleh pegi. stay dekat UM dengan Akip. Akip teman aku pegi PWTC hari Sabtu tu. kitorang pegi pagi-pagi lagi dan seperti yang dijangkakan, orang saaaaangat ramai kat situ. kitorang start dengan booth Jemari Seni sebab nak rebut novel baru Hlovate - Anthem. dan kat situ saje dah stuck dalam sejam sebab ramai sangat orang. penat woo. lepas tu kitorang serang pulak booth PTS dan Galeri Ilmu. memang macam-macam buku la yang kitorang beli. banyak jugak buku baru yang ada. best woo. dan yang paling best, kitorang sempat bertemu dengan penulis buku yang best - Hilal Asyraf. nak lagi best, Hilal Asyraf kenal akuu. tak sangka pulak dia boleh kenal. alhamdulillah dapat jugak jumpa beliau depan-depan. hee.

Bersama Hilal Asyraf - semoga ukhuwwah kita berterusan! :D
autograf untuk buku Langit Ilahi, Takdir2, Relasi dan Simfoni Cinta.
lepas tu kitorang pegi ronda-ronda lagi segala booth yang ada. memang menarik la. best jugak kitorang terjumpa abang Razif di booth Sinergi Ilmu, senior masa kat KISAS dulu yang sekarang sudah bergelar penulis. dapat autograf dia wehh. kitorang walaupun menentang masa kat sekolah, tapi benda baik kitorang tetap sokong! gituu. 

Bersama abang Razif - promosi buku baru beliau :P
apa apa hal perut jangan lupa diisi. makan aaaa.
takyah cakap la berapa banyak kitorang habis. nak tengok apa yang kitorang dapat?

Akip tunjuk sikit la buku-buku yang dibeli
semua buku yang kitorang beli. yeayy. alhamdulillah. :D
banyak kan? haa. total semua ada la nak dekat RM600. tu pun nasib baik dapat banyak diskaun. fuuh. memang best la pesta buku kali ni. ini baru la betul betul pesta. terima kasih la sebab bagi baucer yang sangat berguna tu. tak sia-sia aku simpan sebab nak tunggu pesta buku ni. alhamdulillah. hee. harap harap tahun depan boleh pegi lagi. jyeaaahh. :D

“There is no friend as loyal as a book.” ― Ernest Hemingway

yours truly,

Tuesday, April 23, 2013

SUKAD'13 - End


salam semua. fuuh fuuh. tiup habuk yang dah banyak sangat kat blog ni. alaa alaa. lamanya tak update blog. rasa kesian kat blog dan kat diri sendiri. sebab busy sangat. yeke? ke sebab malas? entah.

ok la. saje nak cakap. lepas SUKAD Fasa 3 habis ingatkan dah boleh relax la sikit. tengok tengok Naqib ajak join team squash Fajar Harapan. memandangkan memang Fajar tak pernah cukup player, so join jela walaupun memang tak pandai main sangat squash ni. sebab tu la ambik ko-k squash sem ni. macam tuu. so takpe la. masuk jela. dah takde orang kan. takkan Fajar taknak hantar team pulak. 

maka dengan itu bermula la latihan squash dengan Naqib, Zazmie dan Amir. sepanjang cuti sem memang tak main volleyball langsung. mengadap court squash tu je setiap petang. penat woo. aku dah la tak biasa main. belajar dari awal balik la. segala stamina kena kumpul balik sebab memang cepat penat pun game ni. memang laju. so dalam dua minggu jugak tak turun court volleyball. tu pun still takde terrer sangat pun main.
Apa apa hal pun breakfast dulu laa

19 April 2013 - petang tu lepas kelas kitorang terus bergerak ke Kampus Kejuruteraa USM di Nibong Tebal. team Fajar stay dekat Desasiswa Utama. malam tu kitorang jalan jalan pusing kampus sambil tengok court squash. not bad jugak la. team kitorang - aku, Naqib, Zazmi, Syukri dan Ali. 5 orang je satu team. esoknya memang nervous jugak nak main sebab tak terrer pun. so takpe. hentam jela. alhamdulillah kitorang menang first game dengan Bakti Permai. malang sekali lepas tu kalah dengan Jaya. game sengit dengan Nurani tapi at last takde rezeki jugak. ramai jugak bebudak MASUM yang main. adeh. takpela. dah buat yang terbaik. cari pengalaman je dulu. tahun depan kitorang lawan balik. hee. 

Team Skuasy Fajar Harapan. Jyeahhh!
malam tu jugak kitorang terus balik ke kampus induk sebab banyak lagi assignment yang tak siap. aiseh. kira nasib baik jugak la takyah stay sampai Ahad. kalau tak penat je. kerja tak siap siap jugak. so lepas habis SUKAD Fasa 4 ni maka habis la SUKAD tahun ni. yeay. akhirnyaa. ok satu badan dah lemah dan sakit. sesape ada tempat spa menarik tolong inform ye. sekian terima kasih. :D

yours truly,

Thursday, April 11, 2013

G-Dragon World Tour 2013


G-DRAGON 2013 FIRST WORLD TOUR
[ONE OF A KIND]



Date: 22 June 2013
Venue: Stadium Nasional, Bukit Jalil
Time: 8.00 pm

G-Dragon is the one and only, leader of BIGBANG. He is very talented, energetic, with a great charisma and the best taste in fashions. His solo concert 'Shine A Light' was on 29 December 2009 in Seoul with the releasing of his first album titled Heartbreaker. It was really a great concert performed on stage by him alone. This year he will be holding his highly anticipated solo concert around Asia. Here in Malaysia, he will be performing alone on stage in the very great Stadium Nasional, Bukit Jalil, filled with the yellow oceans for sure. Price range might be within RM100+ until RM600+. The date for releasing the ticket will be announced later. click here for more info. 

So VIPs, who's in?

#GDWORLDTOUR

yours truly,

Monday, April 8, 2013

Said No Woman Ever




"takut tak kalau kau ade awek yang x ngam dengan aku? hahahahaha."

HAHAHA. tetiba je hari tu Azyan bagi soalan pelik gila. tapi serius lawak. tapi kitorang pun penah je fikir pasal ni. macam mana kalau pasangan masing-masing takleh terima yang kitorang rapat. entah laa. kalau aku, setakat girlfriend tak suka kawan baik aku, taknak la aku dia. cari girlfriend lain. gituu. tapi nasib baik la setakat ni dua dua still single. so takde la masalah camtu terjadi. harapnya takkan ada masalah sampai bila bila la kan.even sampai dah kawen nanti.

jadi kepada bakal bakal isteri saya, fuyoo macam banyak pulak isteri nanti. haha. ok taknak. nak sorang je. kepada awak, nanti jangan la jeles dengan kawan baik saya ni ye. tiada apa yang perlu dijeleskan. harap awak faham dan kita bahagia bersama. ceyyy. 

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars