Sunday, December 16, 2012

Prank : 161212


salam semua

takde takde. aku nak cerita jugak pasal malam ni. tak kesah la korang nak baca ke tak nak. teruskan jela baca kalau rasa boring tu kan. hee.

16 December 2012 - birthday Ferra. Sham dengan Anip ajak buat prank la kat beliau. bukan selalu. setahun sekali saje maa. maka dengan semangatnya perbincangan berlaku di twitter dan chat group di facebook tanpa pengetahuan beliau. tu laa. sape suruh takde twitter. haha. maka kitorang pun bersetuju untuk plan malam ni - aku, Sham, Anip, Zul, Anis dengan Anep. keh keh. *evil grin* sebelum tu aku pegi la beli kek satu. dah alang-alang nak prank kan, baik makan kek sekali. baru la bestt.

ada hantu datang curi kek ~
 bertempat di padang kawad. walaupun abang-abang guard datang mengganggu, tapi kami tetap teruskan. setelah semua orang berkumpul pukul 1 pagi, plan dilaksanakan. lakonan yang paling terbaek daripada Anip sehingga membuatkan air mata Ferra mengalir jatuh. fuuh. Sham mengetuai serangan prank dan akhirnya tadaaaa! padan muka. HAHA. habis kotor Ferra dengan balingan tepung, telur dan strawberry jam yang dah expired. naseb naseb ~ lepas tu kitorang pegi lepak kat kafe IK sambil makan kek. 


macam-macam la kitorang sembang. segala pengalaman dan macam-macam cerita la keluar. kerana tak nak menganggu mereka yang study kat kafe tu *walaupun memang dah menganggu pun*, kitorang pun bersambung lepak kat Khaleel. sambil makan lagi dan sembang sembang lagi. akhirnya lepas Subuh jugak la baru kitorang balik. semangat betul bebudak KOBOTA ni lepak sampai pagi. ish ish. takpe la. asalkan Subuh tak tinggal kan. hee. alaa. gambar banyak ada kat Anis. so ni jela gambar yang aku ada. 

anyway, 
Happy Birthday, Ferra! :D

p/s: dan kami dapat tahu Zul dah baca blog aku dan hafal setiap perkataan yang ada dalam post aku. erkk. kepada Zul yang sedang baca ni, saya tujukan lagu "Terjatuh ~" kepada anda dengan ucapan esok main volleyball spike banyak banyak. hee. 

yours truly,

2 comments:

nuraina mardiah said...

hahhhaha,, pak guard tak halau pulak kau org ye? :D

Akif said...

tak. dia pun sporting jee. kot. haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars