Wednesday, November 7, 2012

WUS With Flowers


salam semua

bila la nak jadi rajin untuk update blog ni. asyik busy la hape la. ni masuk USM punya pasal la ni. kat UIA dulu selalu je update. mungkin sebab free terlebih kot. haha. tak kesah la. memandangkan cuti midsem dah start. free la sikit. jom nak cerita sikit.

agak susah jugak bila group untuk subjek Keusahawanan ataupun WUS kena bergabung dengan student dari school lain. susah nak berbincang. dah la tak kenal sangat. group lain progres lancar je. kitorang ni takde bincang pape pun. untuk WUS, semua pelajar diwajibkan untuk berniaga atau membuka gerai jualan selama sehari sebagai tugasan yang akan diberikan markah. fuuh. 2 November 2012 - baru aku dengan Naqib pegi book tarikh untuk bukak gerai. memang full la tarikh untuk hujung November. kitorang terpaksa pilih tarikh yang tinggal iaitu 6 November 2012. 4 hari je lagi weh! nak jual apa pun tak tau lagi. macam mana nak jual pun tak tau. supplier pun takde langsung. research pun takde buat langsung. aaaaaaaaaaaa.

jadi aku contact semua kawan-kawan aku yang ada tanya pasal jualan diorang. Nada offer nak tolong carikan supplier kat seberang. Bahirah suggest check kat kedai bunga yang berdekatan untuk mendapatkan supply. budak group aku yang lain sedang mencari supplier yang lain jugak pada waktu yang sama. dan alhamdulillah, cadangan si Bahirah ni menjadi. ada kedai bunga yang boleh supply barang untuk dijual dan kami akan diberikan komisen nanti. fuuh. Daisuki pun dapat supply baju nanti. alhamdulillah. pada hari yang sama jugak semuanya settle. fuuh. 


6 November 2012 - pukul 7.30 pagi lagi dah terpacak kat depan Dewan Budaya tu. gerai kitorang dapat kat hujung sebab book lewat kan. naseb la.kitorang set up gerai dulu sebelum jualan bermula. auntie bunga tu datang pukul 9.15 pagi dengan barang-barang. akhirnya dalam pukul 10 pagi, jualan kitorang bermula. macam macam la kitorang jual. hentam saja la. kitorang jadi malas nak pegi kelas hari tu. jauh pulak nak ulang alik. biar jela. hari tu jugak la kitorang jadi flower boys. layaaan ~


set up dulu apa yang patut

Naqib pun dah jadi mat bunga daaa
akhirnya pada pukul 5 petang, juala berakhir. fuuh. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. barangan yang tak habes jual dipulangkan kepada supplier. untung pun boleh laa. first time bukak gerai kat sini kan. boleh la. tapi macam malas je nak buat dah. naseb baik dah settle. tak payah nak fikir dah pasal ni masa cuti midsem. memang lega. harapnya untuk tugasan tugasan WUS yang akan datang, menjadi lancar dan mudah. amin amin.

Pijoe pun tolong jadi model gerai kami. HAHA.
terima kasih kepada kawan-kawan yang singgah di gerai kami. bebudak bio - Eyqa, Anis, Lutfi. bebudak fizik iaitu classmates kitorang yang siap tolong promotekan gerai kitorang lagi. haha. kepada lab partner yang baik - Tina. tak sempat nak bagi bunga kat dia, dah ada orang lain yang belikan. takpe la. agak sedih bila si Bahirah dan Bahiyah tak nampak kat gerai. huhu. takpe la. takde rezeki. kepada si gadis misteri yang tersenyum melihat ros segar. kalau awak singgah gerai saya, saya akan cakap, "cik. bunga ni untuk cik. ada orang bagi." tapi mungkin belum ada rezeki. terima kasih kepada rakan rakan yang lain yang support! dan juga kepada pengunjung pengunjung gerai kami, terima kasih! :D


thanks to Bahiyah Khalid who sent this to me early in the morning before the booth opened. I am so motivated that day. :D


yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars