Tuesday, November 20, 2012

Interbatch Games


salam semua

cuti midsem akhirnya sudah berakhir. dan aku rasakan bahawa cuti kali ni walaupun seminggu tapi sangat la penuh. hee. ni sebab pegi Kuantan punya pasal la ni. kenapa? laa tak tahu ke?

International Islamic University Malaysia Kuantan - SCIENCESS mengadakan perlawanan setiap tahun antara batch dan pada tahun ini Interbatch Games diadakan pada 17 dan 18 November 2012. kebetulan pada hari tu aku masih lagi dalam cuti midsem. kalau orang dah offer, mesti la aku tak tolak kan. aku tetap batch 112! haha. ditawarkan untuk mewakili batch 112 dalam pertandingan volleyball dan kami bakal berentap dengan batch yang lain. fuuh. maka dengan itu pada hari Khamis, 15 November 2012 aku telah selamat tiba di Kuantan. sampai je disambut oleh Hafiz, Safwan dan Amiey. sampai bilik aku yang lama pada pukul 8 pagi macam tu. ramai tido lagi. then pada pukul 10 pagi, diorang ajak main futsal. on sajaaa. lagipun dah lama tak main futsal dengan diorang nih. memang bestt.

tengah hari tu rehat jela. 9 jam atas bas penat kot. main futsal pun lagi la penat. so tawaran mereka untuk bermandi air terjun di Berkelah tidak dapat dilaksanakan. huhu. Dania datang IM tengah hari tu. lama gila tak jumpa Dania! last jumpa masa kat CFS bulan berapa entah dulu. sembang sembang sampai la petang. lepas Asar, kitorang bergerak ke sports complex untuk latihan team volleyball yang pertama. setelah membuat warm up semua, maka first six ditentukan - aku, Mohsen, Arip, Ejat, Raffiey dan Qayyum. subs - Amiey dan Putra. alhamdulillah semua masih boleh digging dan serve walaupun tak konsisten. kena mula dari awal balik la. bukan semua pernah main volleyball pun. hentam saja. maka, segala posisi ditetapkan dan strategi dirancang mengikut apa yang sesuai. Qayyum sebagai setter. segala rules yang penting dan cara permainan dimaklumkan kepada semua. lepas dah faham tu, baru kitorang start main. main, main dan main.

malam tu, rehat jap. aktiviti bersama rakan-rakan terchenta - geng M! haha. aku, Hanis, Ahnaf, Ejat dengan Ansary. Safwan, Amiey dengan Ajmal pun ikut. ke mana? Ana Ikan Bakar Petai! lama gila tak makan ikan bakar kat sana. perghhh. aku ingatkan aku sorang je dah lama tak makan. rupa-rupanya diorang ni pun tak makan lagi sem ni. tunggu aku datang Kuantan baru nak makan la konon. ceh ceh. terharu la pulak. haha. malam tu lepas balik IM, memang penat gila maka terus tertido untuk meneruskan hari esok.


esoknya kitorang training lagi. kali ni cuba main dengan team yang dah dibuat. nak bagi chemistry lebih kuat.bukan senang nak wujudkan chemistry dalam sebuah pasukan tu. kitorang pagi tu training dengan team volleyball sisters 112 jugak. diorang memang mantap. ramai player SMAC dulu yang ada dalam team tu. memang boleh agak dah diorang boleh menang. team kitorang pun kelam kabut jugak nak lawan diorang. stop training sebelum Jumaat. lepas Jumaat, datang kampus balik ada meeting batch la apa la. lepas Asar, pegi balik sports complex untuk training. memandangkan ramai sangat team yang turun untuk training, kitorang berpindah ke court KOM untuk training. dan seperti dijangka, team yang selalu aku main dulu ada kat sana. Zamri, Awe and the gang. perghh. lama gila tak jumpa. memang power la training dengan diorang walaupun sekejap. at least biar dapat rentak. malam tu kitorang datang lagi ke sports complex untuk training. fuuh. nampak tak semangatnya? :P


Sabtu - hari yang dinanti telah tiba. majlis perasmian IBG bermula pada pukul 2.00 petang. sampai-sampai je dah nampak dah muka-muka player volleyball yang aku kenal. berjumpa dengan Zulhifi dan Mujahid yang satu team untuk PRESSS dulu. diorang mewakili batch diorang. memang erkkk. diorang kenal aku dan tau la aku budak import yang dibawak masuk. hehe. tak kesah la. asalkan boleh main. pertandingan bermula.

rindu gilaa. lama tak jumpa kakak paling sempoi - kak Maslin! :D
batch 112 memang terbaek - sokongan dan cheers memang gempak! kitorang boleh buat comeback masa first game dan memenangi perlawanan pertama menentang batch mana entah. memang serius aku sendiri pun tak sangka boleh menang. haha. alhamdulillah. malang sekali game kedua, lawan team Hifi dan Mujahid, ada kontroversi sikit dengan referee dan membuatkan team kami down dan tidak berjaya mengejar points. game ketiga, down gila bila provokasi yang dilakukan oleh penyokong pihak lawan yang sampai masuk ke dalam court. hati panas hanya Tuhan saje yang tau. takpe la kalah pun. kitorang pun memang la takde power mana pun. ok la tuu boleh menang satu game. siapa sangka boleh buat comeback dengan cheers yang sangat kuat oleh bebudak 112. thanks la korang. hee.






ambik gambar semangat sebelum perlawanan seterusnya :)
sekali jadi referee terjun daaa

lepas dah kalah tu baru la aku dapat tahu rupanya dah ada orang hantar bantahan kepada urusetia. kalau team kitorang dapat masuk ke semi final pun, aku terpaksa dikeluarkan daripada permainan. gila sedih. huhu. takpe la. tak layak pun masuk semi. boleh main 3 game pun okay la tu. hehe. malam tu kitorang datang nak tengok semi final volleyball. tetiba aku terpaksa menjadi referee untuk perlawanan batch mana entah lawan team Zamri dan Panjang. memang gempak gila la. team diorang kena tinggal mula mula. lepas tu buat comeback yang memang gila gempak. jauh gila kejar. perghh. dan rubber set mencetuskan kontroversi. haha. memang lawak gila. kecoh habes satu sports complex. aku pun sebagai referee terkesima sebentar. kehkeh. alhamdulillah at last semuanya okay. fuuh. malam tu lepak kat gerai Abang Dee. makan makan sambil tengok bola. masa tu baru aku bagitau Zamri dengan Panjang yang aku dah pindah USM, sebab tu lama tak turun main dengan diorang. huhu.


hari Ahad, team 112 akan bertanding lagi. volleyball sisters, basketball, tracks, futsal lelaki dan badminton lelaki. malang sekali bas aku awal pagi tu. so memang tak sempat langsung tengok diorang lawan. thanks Dania sebab sudi hantar aku ke terminal bas. thanks korang semua yang masih menerima aku di sana. nampak tak betapa poyo ayat aku. nampaknya lepas ni aku tak boleh dah la nak join IBG tahun depan. aiseh. takpe la takleh join pun. jadi coach pun bolehh apa. kan kan? haha. semoga berjumpa lagi UIA Kuantan! sampai Pudu jumpa Eyqa yang kebetulan nak balik USM jugak. tapi tak sama bas pulak. takpe laa. sampai sampai Penang je dengar cerita team volleyball sisters menang emas. aku dah agak dah. diorang memang power. dan banyak jugak la team 112 memenangi pingat dalam games hari tu. dan batch 112 berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan untuk IBG kali ini. TAHNIAH! :D

Batch 112 - credit to Syazwan Zainudin
112 FIGHTING!

p/s: siapa tau number jersi aku? :P

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars