Sunday, November 11, 2012

Happy Midsem Break!


ok. sebab cuti, maka aku free dan aku pun nak update blog. tak nak la kosong je kan. dah dah. jom aku cerita sikit ni. dah lama tak bebel.

9 November 2012

hari Jumaat! hari untuk student balik ke rumah lepas kelas kerana cuti midsem selama seminggu bermula. aku bangun awal pulak. 7.50 pagi dah pegi Tekun ambik si Taqiyuddin ni. sebab dia bawak luggage nak pegi stesen bas terus lepas kelas. so lepas kelas dalam pukul 10 pagi tu kitorang terus pegi stesen bas. bas dia 10.30 pagi pulak. naseb baik sempat. alhamdulillah. then aku teruskan pegi kelas math sampai pukul 12. lepas Jumaat aku balik rumah jap. family aku ajak pulak pegi makan Kenny Rogers. on saja la kan. petang tu balik pulak ke hostel, siap siap pegi main volleyball kat stadium. kali ni Naqib dengan Zazmie pun join. ramai students dah balik kot tapi court volley tetap ada orang main. Anis pun datang. main sampai pancit dan Anis pun mengaku dia pondan. tetiba. haha. 

malam tu dalam pukul 9 malam kitorang hantar Naqib dan kawannya ke stesen bas. nak balik ke Johor malam tu. lepas tu si Eyqa dengan Anis ajak pegi makan Nasi Lemak Liverpool. aku sendiri pun tak pernah pegi. so hentam saja la. Google Map memang tak membantu. ceh. akhirnya jumpa la jugak. kedai tu memang fanatik Liverpool habes la. nasi lemak dia pun boleh tahan sedap. okay la. lepas ni siapa nak pegi boleh la bawak makan kat sana. then balik ke hostel. dalam pukul 1 jugak baru tido sorang sorang.

10 November 2012

pagi pagi lagi dah bangun. pegi ambik kereta Anis yang dia mintak tolong repair kat school bio. diorang ada field trip pulak kat luar. lepas tu balik bilik. entah semangat apa entah yang rasuk aku, aku study sampai la pukul 12 tengah hari. tak breakfast kot. pastu Harris ajak pegi bank nak deposit duit. so pegi la ke Bukit Jambul sambil basuh kereta kat sana. lepas balik hostel aku ambik kereta Anis pulak pegi repair. masalah jugak la kereta dia ni. lama tak check la tu. ish ish. dah setel tu pegi isi minyak sambil beli roti untuk lunch. pukul 2 petang, pegi ambik Azhar dan hantar beliau ke stesen bas. nak balik Nilai la katakan. 

macam macam rosaknya ye
pukul 3 petang terus ke Kompleks Belia dan Sukan untuk bermain volleyball dengan player player UiTM. diorang memang power ah. best jugak main dengan diorang. belum sempat habis main, Eyqa call cakap terkandas kat school bio sebab hujan lebat. baru balik dari field trip. so pegi la ambik diorang, bagi balik kereta kat Anis dan hantar diorang balik Restu. malam tu diorang plan nak pegi Gurney Plaza nak chillax sebelum balik. aku memang pancit dah sehari tu. tapi oleh kerana Lutfi yang drive, aku pun on saja la. 

10/11/12 - orang cakap tarikh yang best ni ada makna tersendiri. pegi tengok Skyfall. double date la sangat kan. lepas tengok Skyfall, masa nak balik tu kereta Anis buat pasal. fuuh. tetiba temperature naik dengan mendadak. tadi tak check pulak ada masalah lain kereta Anis ni. aiseh. memang takde la nak panggil mekanik ke apa pukul 3 pagi kan. so isi air dulu lepas tu jalan slow slow balik USM. bila temperature naik, berhenti jap untuk sejukkan balik. kemudian teruskan balik perjalanan. kitorang sempat supper kat McD Greenlane lagi kerana kelaparan yang amat. masa tu dah pukul 4 lebih dah.
naseb baik la bukak 24 jam. fuuh ~
 memang mengantuk habes la. dah la seharian penat. maka setelah 8 perhentian, kitorang pun akhirnya selamat sampai ke USM dengan selamat ketika azan Subuh berkumandang. alhamdulillah. first time perjalanan Gurney-USM mengambil masa sampai 3 jam. pengalaman baru la. fuuuhhh. 

11 November 2012

tido lepas Subuh kejap je. pukul 8 dah bangun dah. siap siap semua. pukul 9 pagi pegi ambik Eyqa kat Restu dan hantar dia kat stesen bas. semua kawan kawan dah balik ke kampung masing masing. selamat bercuti la ye. aku pulak lepas tu, balik hostel, kemas barang semua dan terus ke Kompleks Belia dan Sukan. main volleyball dengan budak budak UiTM lagi. anggap ni sebagai training la. banyak jugak la yang aku belajar dengan diorang. harap harap boleh la kot guna untuk IBG nanti. pukul 1 petang baru habis. balik rumah dalam keadaan pancit yang amat. lepas makan dan solat, terusk terlentang sampai pukul 6 petang. memang tak sedar pape. memang weekend yang memenatkan tetapi enjoy. 
Kompleks Belia & Sukan - indoor volleyball game
badan masih kepenatan. kena rehat lagi ni untuk Interbatch Games kat UIA Kuantan weekend depan pulak.  jyeah! jadi kepada bebudak UIA, nantikan kedatangan ku. jangan la balik rumah next week. lepak sama sama la jom. bukan selalu aku boleh turun Kuantan ni. hehe. so cuti ni memang akan dihabiskan di Kuantan bersama kawan kawan yang dirindui. insyaAllah. :D

yours truly,

2 comments:

syafiqah syahirah said...

An epic day! Wehoooo :D

Akif said...

haha. excited pulak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars