Saturday, October 6, 2012

Sebulan di USM


salam semua

maaf kerana lama dah tak update blog ini kerana kesibukan yang melanda sejak dua menjak ini memandangkan sesi pembelajaran berjalan dengan penuh lancar sekali tanpa mengendahkan perkara sampingan yang lain. fuuuh. jom nak cerita sikit nih. dah lebih sebulan dah aku masuk Universiti Sains Malaysia dan aku rasa memang banyak perbezaan dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. dah nampak la macam mana kehidupan kat sini. tu yang nak cerita ni. 

Hostel - kat sini alhamdulillah duduk dua orang sebilik kat Fajar Harapan tu. lebih privasi la. kat UIA dulu duduk ramai-ramai. tapi bagi aku tak best sangat sebab kita kurang berinteraksi dengan budak-budak bilik lain sebab susah nak jumpa, jadual kelas semua tak sama. kena buat lawatan rasmi baru boleh beramah mesra. tapi ok la. parking kereta kat hostel pun ada je. takde sesak sangat.

Kemudahan - kemudahan komuter ataupun bas memang bagi aku sangat terbaik la kat USM ni. setiap masa ada je komuter yang lalu membawa pelajar-pelajar ke destinasi yang di tuju dalam USM. banyak kot. walaupun USM ni kecik je. jauh berbeza dengan UIA yang bas yang satu tu hanya lebih kurang setengah jam sekali je. tu kat dalam kampus. yang balik hostel lagi hampeh. kafe kat sini pun alhamdulillah ada di mana-mana sahaja. setiap desasiswa ada kafe. kat foyer Dewan Kuliah pun ada. senang la nak cari makanan berbanding di UIA yang hanya ada kafe di beberapa kulliyyah sahaja. tapi yang tak bestnya kafe kat sini tutup awal. so kalau nak dinner lewat sikit dalam pukul 9 tu kena la makan kat luar. 

Belajar - ok. sejujurnya aku tak suka sangat cara pembelajaran kat sini. boleh kata semua kelas adalah berbentuk kuliah yang belajar dalam dewan kuliah. kelas tutorial tu lain la. tu dalam 30 orang je satu kelas. bukan tak biasa dengan belajar kat dalam dewan kuliah tapi lecturer selamba je baca slide presentation yang kita sendiri boleh baca untuk mengajar. explanation sukar difahami sebab tiada langsung aktiviti menulis di whiteboard. hanya menunjukkan basic dan detailnya haruslah dibaca sendiri dalam buku teks yang tebal gilak tu. jauh berbeza dengan pembelajaran kuliah di UIA yang kurang menggunakan slide untuk mengajar subjek sains ni. lecturer lebih selesa menulis di whiteboard dengan memberikan contoh-contoh untuk meningkatkan kefahaman pelajar. aku ingat lagi macam mana Dr Mansoor cuba explain satu soalan supaya semua students clear sampai hampir sejam. sebab tu kasih sayang aku kat lecturer UIA lebih sikit. hee. dan yang kurang best ambik Physics berbanding Maths adalah experiment. sekarang aku kena la menghadap lab report yang memeningkan tu kembali. 

Zazmie dang Naqib di Padang Kota Lama

bersama Sekretariat ConvEx 2012 di First Avenue

Kehidupan - alhamdulillah ada kawan-kawan baru kat sini. berbilang kaum beb. maklum la aku dari form 1 duduk dalam suasana sekolah agama. susah nak campur dengan kaum lain. kat sini pun, suasana Islamik tu kurang berbanding di UIA. kalau dulu, ramai kawan-kawan yang akan kejut Subuh sampai la aku bangun, tapi kat sini aku la yang bangun sendiri untuk kejut orang bangun Subuh. agak sedih bila surau memang sangat jarang berlakunya solat berjemaah. ramai yang lebih suka solat di bilik. kalau kat UIA, surau memang tak putus-putus solat jemaah. suasana yang sangat berbeza. aku ada kawan-kawan Sains Fizik walaupun tak semua yang aku kenal. kenal ramai orang dalam event yang pernah aku join dulu. kawan-kawan volleyball yang jumpa setiap petang. setakat ni alhamdulillah semuanya okay. :)

so tu jela yang boleh aku ceritakan sepanjang sebulan lebih aku belajar di tempat baru ni. so korang bebudak UIA, nampak tak perbezaannya? haha. memang lain la. banyak cabaran yang belum pernah aku rasa sebelum ni. semoga Allah tabahkan hati aku dan permudahkan segala urusan aku kat sini. doakan kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat ye. insyaAllah. :D

yours truly,


5 comments:

Anonymous said...

ahlan wasahlan.
selamat mnjadi warga usm.
mmg, suasana beza sgt dgn uia.
jd, tanggungjawab kitalah utk wujudkan biah solehah di kampus kita.
semoga tetap tabah dan kuat!

Akif said...

yup. betul tuu. thanks. :D

adnil linda said...

laen tempat laen perasaannye...

Akif said...

yupp :)

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya nk tnya, mcm mana saudara buat permohonan dari uia ke usm? Boleh ke ? Terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars