Monday, October 15, 2012

PBJ : KOBOTA


dah lama nak cerita pasal ni. asyik busy dan malas je nak update. tapi takpe la. nak cerita jugak sementara ada masa free dan kerajinan untuk mengupdate blog ni. okehh.

satu hari tu, abang Sham dengan abang Anip tetiba ajak main bola jaring. aku tanya untuk apa? diorang kata untuk Pesta Bola Jaring yang akan diadakan weekend tu. weekend nak lawan, baru nak cakap. fuuh. maka dengan itu, pasukan KOBOTA Netballers ditubuhkan. Komuniti Bola Tampar. sepanjang minggu tersebut kitorang training bola jaring je. memang tak main bola tampar pun. training petang dan malam kat stadium bersama team USM Minden perempuan, KRU-nians, Ladybird, Indah Kembara dan banyak lagi la team yang akan masuk pertandingan bola jaring nanti.


secara jujurnya, aku memang tak pernah main bola jaring langsung. tak tahu langsung segala rules yang ada dalam bola jaring. masa tu jugak la baru nak belajar. nasib baik permainan bola jaring sebenarnya simple dan mudah difahami. so okay la. tapi aku tetap tak pandai nak shoot. tangan belum cukup lentik gitu. jadi aku berada di posisi wing defense (WD). agak susah jugak la sebab kena jaga WA lawan. nak nak yang jenis laju gila tu. fuuh. penat jugak sebab naik turun naik turun. training pun memang takde power sangat la kitorang. 

13 - 14 Oktober 2012 - Pesta Bola Jaring bermula. si Eyqa ni pulak jadi committee. tapi takde la pulak suruh aku datang tengok kat stadium ke apa. ceh. sombong naa. takpe takpe. hari Sabtu tu, ada Hari Interaksi Fizik. aku pegi pagi tu kejap je. pastu terus pegi stadium. tengok tengok game kitorang ada satu je hari tu pada pukul 6.20 petang. so dalam pukul 5 baru kitorang kumpul kat stadium ramai ramai. untuk warm-up bagai. Eyqa ni baru nak buat muka terkejut la apa la. cehhh.

first game lawan team Diamond. pergh laju gilak walaupun diorang lembut lembut. memang kena belasah jugak la. tapi takpe. esoknya ada lagi. esok tu aku ada Kursus Kesihatan dan Keselamatan apa entah. tu pun aku pegi kejap je pastu terus pegi stadium. kitorang menang second game dan terus layak ke quarter final. dan alhamdulillah akhirnya kitorang layak ke final. bertemu Diamond lagi sekali.

Quarter Final
KOBOTA vs KRU-NIAN
7 - 1

Semi Final
KOBOTA vs Henchen Handballers
4 - 1

Final
Diamond vs KOBOTA

final main dalam hujan woi. licin gilak. aku tak ingat points berapa untuk final. tapi kitorang kalah la. yang penting result lagi sengit la. takde kena belasah sangat. haha. maka kami berpuas hati dengan naib johan sahaja. ok la tu. tak sangka pun boleh menang. ingatkan nak main saje saje je. hee.

KOBOTA Netballers!


USM Lelaki Naib Johan!

alhamdulillah. dapat la medal dengan RM300 kot kalau tak silap. first time masuk, first time jugak yang menang. ok apaaa. tahun depan kalau ada rezeki, boleh la target emas pulak. siap la team Diamond nanti. jadi semoga kita jumpa lagi pada tahun depan insyaAllah. :D

p/s: kepada Eyqa, anda berhutang dengan saya kerana kemenangan ini. kahkahkah.


yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars