Sunday, October 28, 2012

BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012



yessss! masa yang dinantikan sudah tiba. 27 October 2012 semestinyaaa
BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012!
BIGBANG first live concert in Malaysia!

yup. tarikh tersebut adalah sehari selepas raya haji. maksudnya raya kedua la. hari Khamis lepas kelas tu aku ambik flight ke Kuala Lumpur dan mendarat pada pukul 9 malam di LCCT dengan kesukaran pesawat untuk mendarat disebabkan hujan lebat beserta angin kuat yang agak dasat. alhamdulillah selamat sampai. masa ketibaan aku di LCCT lebih kurang sama masa BIGBANG tiba di KLIA pada 25 October 2012 tersebut. sayang sekali VIP yang menanti mereka di sana tidak dapat bertemu mereka kerana mereka menggunakan laluan VIP. hanya dapat jumpa bebudak Hightech, Crazy dan staf yang lain. 

BIGBANG stay di Double Tree by Hilton Hotel. oleh kerana hari raya adalah hari untuk menziarahi, so hari Jumaat tu memang takde la nak pegi hotel tu ke atau ke Stadium Merdeka mendapatkan tiket 2NE1. lagipun biarkan la BIGBANG berehat dulu sebelum beraksi pada hari Sabtu itu.

27 October 2012 - BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 at Stadium Merdeka. dengar cerita pada pukul 7.00 pagi lagi dah beratur dah para VIP yang mahu mendapatkan tempat paling hadapan. fuuh. gila semangat beb. aku takde la pegi awal sangat. tapi sampai sampai je parking dah agak penuh dah. alhamdulillah dapat la jugak parking walaupun mahal. huhu. pelbagai gerai yang menjual goodies dan merchandise di sekitar stadium. YG pun ada bukak booth menjual official merchandise untuk BIGBANG seperti lightstick, tshirt dan macam macam lagi. aku mendapatkan LED merah dan biru untuk red and blue mission nanti. segala free gift yang diberi, aku ambik saje la kan. hee. dan akhirnya setelah Hafiz sampai, kami pun beratur untuk memasuki stadium. crowded dan sardinnya depan stadium tu takyah cakap la. fuuh.

muka dah tak sabar nak masuk stadium. VIP!
kitorang masuk ke CAT5. agak jauh dari stage tapi boleh la nampak jugak. sebelum konsert mula, hujan agak lebat di stadium sehingga semua orang memakai raincoat. tepat sebelum konsert bermula, huja pun berhenti. stage basah dan agak licin walaupun setelah dimop oleh krew mereka. semua VIP kesian kerana ketidakselesaan BIGBANG untuk perform nanti. tapi macam mana pun, konsert tetap bermula. dan di sini lah satu-satunya konsert BIGBANG yang dibuat di open stadium. extra lagi, ketika basah selepas hujan! nampak tak betapa bestnya Malaysia? hehe. 

kebasahan di dalam hujan sebelum konsert bermula
konsert bermula dengan lagu Still Alive dan kelima-lima ahli BIGBANG di dalam kapsul. fuuhh. gempak gila opening. takyah cakap la. hanya VIP di situ je yang dapat faham macam mana perasaan tu. stadium memang dibanjiri oleh lautan yellow crown. semua VIP menyalakan yellow crown lightstick. kepada korang yang tak tahu apa itu red mission dan blue mission. Red Mission - lampu merah dinyalakan ketika lagu Fantastic Baby dinyanyikan. Blue Mission - lampu biru dinyalakan ketika lagu Blue. dan mission ini berjaya dilakukan pada konsert BIGBANG di Malaysia. perghh. 

BIGBANG in Malaysia!
yellow oceans - blue mission - red mission
antara moments yang best bagi aku adalah masa konsert solo. Seungri dengan gimik yang macam askar membawa lagu Strong Baby dan What Can I Do. GD dan TOP dengan lagu Knock Out dan High High. GD boleh pegi slide atas stage sambil nyanyi. memang terbaek ah. Taeyang bawak lagu yang memang aku nak - Look At Only Me dan Wedding Dress! walaupun tergelincir dan hampir jatuh kerana licin tapi beliau tetap cool. haha. Daesung pula dengan lagu Wings. memang energetik gila! seriously. vokal beliau takyah cakap la. mantap habes. memang semua VIP bersorak kuat la. memang terbaek diorang ni. 

GD&TOP - Knock Out and High High
Seungri - Strong Baby & What Can I Do
the best part - Haru Haru
takkan ku lupa part paling terbaek - Haru Haru. GD ajak semua VIP menyanyi sekali. terharu kot. lepas lagu tu semua VIP menyanyikan lagu Happy Birthday kepada TOP. boleh nampak mata TOP berair dan dia mengucapkan "Terima Kasheeh Malaysia". Seungri ajar menari Fantastic Baby sambil Taeyang mengira "Satu, dua, tiga". Seungri cakap “Thanks for staying here even though its rain, even rain can’t stop us”. Taeyang cakap "Aku cinta padamu". Seungri tiba-tiba cakap, "Malaysia macho!" HAHA. Daesung pulak cakap, "Malaysia bagus!". 


masa encore! lawak bila GD tanya lagu apa yang VIP nak untuk encore. ramai jerit "Crayon!" dan GD balas, "hah? Pencil?" sambil tersenyum. tiba-tiba Seungri cakap, "Malaysia, do you still remember how to dance Fantastic Baby?" dan music bermula. epic gila! masa nak pergi dah tu, GD cakap, “I have a show everyday everynight,but today tonight will be the most concert that I will remember in the rest of my life.” dan dia senyap seketika, kemudian menutup mata dan tunduk kepada VIP sambil mengucapkan terima kasih. TOP cakap, "I will remember every faces here." Taeyang cakap, "“I love you from the bottom of my heart forever!" konsert diakhiri dengan tarian cute daripada TOP, Taeyang bukak baju dan Daesung mengucapkan, "Selamat Tidur!".

selepas konsert. muka puas hati dan excited gilaa. 
dan jangan tanya kenapa VIP setia kepada BIGBANG. diorang buat yang persembahan terbaek kepada semua VIP. semua VIP berpuas hati dengan persembahan diorang dan segalanya rasa berbaloi. memang betul apa yang orang ramai kata - persembahan BIGBANG live adalah persembahan yang GEMPAK! itu memang takkan boleh dinafikan. harapnya diorang akan datang lagi ke Malaysia. thanks, BIGBANG. thanks, VIP. :)

antara merchandise yang aku ada untuk konsert BIGBANG di Malaysia
kredit kepada gambar-gambar mereka di facebook dan video-video fancam di Youtube. kalau nak tengok gambar semasa konsert, sila la search di facebook ye. banyak sangat VIP dah upload. hee. harap harap diorang buat CD la konsert BIGBANG kat Malaysia ni. harapnya memori ini tidak akan hilang. terima kasih. :)


I am VIP. Only VIP. and proud to be. :)

yours truly,

6 comments:

Nurusaurus said...

jellynyaaaa aku harap diorg buat concert kat Vancouver.

Akif said...

haha. ada la kot nanti.

Bahiyah Khalid said...

Waaah jelesnyaa...

hamizah adam said...

aaaaaa ~ jealous nyeeeeeee ~ nak jugak goodies diorang ! BANYAK GILA ! berapa semua ? tiket yang berapa ringgit punya ? waa ! sumpah jealous ! baru now je dapat baca blog akif ni. aduyai ~ patu haritu mintak kirim kat akif. hehehe ~

hamizah adam said...

*patut

Akif said...

tu laa. hari tu tak nak pesan awal awal. hehe. :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars