Friday, October 19, 2012

2NE1 Global Tour 2012



 RITS buat announcement pulak dah. waktu nak dekat dengan BIGBANG Alive Galaxy Tour jugak la dia nak bagitau pasal ni. aiseh. dan memang best apabila dia cakap pelancaran tiket akan dibuat pada tarikh sebelum konsert BIGBANG iaitu pada 26 October 2012 di Stadium Merdeka. siapa la yang boleh pergi ke Stadium Merdeka hari raya haji ni semata-mata nak beli tiket tu kan. hailo.

2NE1 Global Tour 2012 in Malaysia - bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam. fuuh. agak kecik jugak stadium ni. ramai cakap kalau duduk kat belakang sekali pun still boleh nampak 2NE1 dengan clear. tu yang best tu. dan tiket pulak hanya dibuka kepada 8000 orang sahaja kalau tak silap. so takde la sesak sangat. hmm. kena pikir kena pikir.


nak pegi tak nak? nak ke tak nak? si kembar Bahiyah dengan Bahirah ni dah beriya-iya nak pegi. semangat gila Blackjack dua orang ni. aku pulak yang serba salah. kang takde teman pulak nak ikut diorang kan. hmm. member yang lain pulak entah nak pegi ke tak. Hafiz macam tak je. duit dah habis untuk Bigbang. Ahnaf tak minat sangat. Amiey pun tak tau la. aisehhh. ni yang memeningkan kepala aku ni.

takpe la. tunggu la si kembar tu decide macam mana dulu. memang banyak sangat procedure sebelum buat keputusan. maklum la macam macam faktorg kena ambik kira. huhu. kalau okay, proceed jela. kalau tak, lain kali la kot. aku rasa 2NE1 masih muda dan ini bukan kali terakhir diorang akan datang Malaysia. tapi tetap jugak aku nak tengok kali pertama 2NE1 perform kat Malaysia!

so kawan kawan, member meber, sahabat handai ku sekalian. siapa yang nak join aku? teman la aku weh. tak kan nak pegi sorang sorang je. huhu. jom jom. Blackjack!

yours truly,


2 comments:

Bahiyah Khalid said...

Woih bangga gila bila di-mention..
Lalala.. (*˘︶˘*).。.:*♡

Akif said...

haha. gila laaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars