Friday, September 7, 2012

Welcome to USM



salam semua
alhamdulillah pada 1 September 2012 saya telah mendaftarkan diri ke Universiti Sains Malaysia sebagai mahasiswa baru ambilan 2012/2013.

 saya telah mendapat tempat di Desasiswa Fajar Harapan di tingkat 2 blok lelaki dan mendapat seorang roommate baru bernama Naqib. 2 orang sebilik la sekali. tak pernah saya berdua dalam bilik. kat sekolah menengah pun 4 orang sebilik. tapi takpe. benda baru. pada petang itu kami pelajar baru dikenalkan dengan Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) yang bertugas di Desasiswa Fajar Harapan dan diberi sedikit taklimat. 

penghulu, abang Idham dan penghulunita, kak Lili mengetuai PPSL di desasiswa kami. mereka yang akan menjaga kami sepanjang miggu orientasi dijalankan. gambar sebelah menunjukkan sesi ramah mesra dengan PPSL yang diketuai oleh senior yang sempoi, abang Azhar. syukur jugak sebab kami mendapat PPSL yang memang sporting dan memahami untuk menjaga kami. memang diorang adalah terbaek la.



malam itu, kami teruskan dengan taklimat oleh Timbalan Naib Canselor mengenai Hal Ehwal Pelajar di USM yang bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra bersama pelajar-pelajar dari desasiswa lain.

esoknya, program orientasi diteruskan dengan membuat kad matrik dan sebagainya. tidak terkecuali segala taklimat-taklimat yang dijalankan. fuuhh. apa yang best adalah pada malamnya. ada Majlis Makan Malam Desasiswa Fajar Harapan yang bertemakan Hari Raya.

kami pelajar baru berkenalan dengan penggawa desasiswa kami dan menjamu selera dengan baik sekali. makan free la katakan. makan saje laa. bukan selalu dapat. kami juga disajikan dengan persembahan oleh rakan-rakan kami dari K1 dan K2. memang menghiburkan. persembahan solo abang Lat juga memang terbaek dengan menyanyikan lagu ciptaannya sendiri untuk kami ditemani alunan gitar yang asyik.
ini adalah pelajar K1. maksudnya pelajar aliran sains. syukur sebab aku dengan Naqib sama course - applied physics. pelajar baru Melayu lelaki yang ambik aliran sains di desasiswa ni hanya 7 orang sahaja. kebanyakan yang lain ambik arts. pelajar Cina dan India juga ada je kat sini. pengalaman baru untuk aku lagi sekali sebab aku memang tak pernah belajar dalam suasana masyarakat berlainan bangsa.
 


hari-hari berikutnya diteruskan dengan pendaftaran kokurikulum dan pendaftaran subjek di Pusat Pengajian masing-masing. agak free jugak masa ni sebab kami bebas untuk menguruskan hal masing-masing sambil dibimbing oleh PPSL. tetapi tidak juga dilupakan latihan cheers yang diketuai oleh abang Azhar yang dilakukan untuk memenangi acara Walkrobic - pertandingan sorak antara desasiswa yang akan dijalankan nanti.

akhirnya pada 5 September 2012, Walkrobic bermula. oleh kerana hujan lebat, program yang sepatutnya dijalankan di stadium diteruskan di dalam DTSP. situasi agak mendebarkan kerana kami memang tidak bersedia untuk berlawan di dalam dewan. naib canselor USM, Prof Dto' Dr Omar Osman merasmikan Walkrobic dan program dimulakan dengan acara senamrobik beramai-ramai yang diketuai oleh Sir George.



beliau memang seorang yang best la. semangat betul. semua orang buat senamrobik dengan bergaya. tak dilupakan dengan music Gangnam Style. aku dah agak dah mesti ada punya music nih. aku rasa orientasi kat tempat lain pun ada jugak. setelah itu, acara diteruskan dengan pertandingan sorakan dan laungan moto. Restu yang amat ramai memang menggegarkan DTSP. Saujana dengan puteri-puteri memekik dan menyakitkan telingan semua orang. Tekun dengan prop, towel segala bagai pun gempak jugak. Bakti Permai, Cahaya Gemilang, Aman Damai pun ok saje. Fajar Harapan walaupun sikit tapi masih mampu menggegarkan seluruh dewan. sangat best bila semua orang senyap lepas sorakan kami. perghh. nasib tidak menyebelahi kami, Tekun yang menjadi johan pertandingan sorakan. takpe la. kami dah buat yang terbaek. tapi tak mungkin kami give up. macam abang Azhar cakap, "Variasiswa, Fajar Harapan takkan kasi chance!"


oh lupa pulak nak cakap. 3 September tu ada Majlis Sambutan Siswa dengan kehadiran bahagian pentadbiran USM yang diketuai oleh naib canselor USM sendiri, Prof Dato' Dr Omar Osman untuk acara ikrar pelajar baru. kami telah secara rasminya menjadi mahasiswa USM yang berdaftar setelah acara tersebut. 6 September 2012, pada pukul 11.59 malam, kami telah bebas dari jagaan PPSL. fuuh. terus lepak kat Khaleel sampai pukul 2 pagi. tapi Program Pimpin Siswa yang akan dilaksanakan pada 21 hingga 23 September 2012 di Camp Perik, Kuala Nerang, Kedah. fuuh. tak tahu la apa nasib aku kat sana nanti. layan saje la.

terima kasih kepada PPSL yang bertugas sepanjang minggu orientasi kami di USM. korang memang sempoi. kitorang takde masalah pun dengan pengurusan korang. tahniah. memang orientasi ni akan diingati dan menjadi kenangan. well, 3 years to go. hope everything will be going well. new place, new environment, new experience. let's strive for the best! may Allah bless. :)

yours truly,


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars