Monday, September 24, 2012

PIMPIN Siswa


salam semua

apa khabar? aku baru je balik dari PIMPIN Siswa selama 3 hari 2 malam. kami dalam Siri 3 iaitu siri yang terakhir pada tahun ini. malang sekali sebab clash dengan ConvEx12. tak sempat nak habiskan event tu, kena pegi kem ni pulak. tak bestnya. huhu. kem ni bertujuan untuk menanam semangat cintakan universiti, ketabahan dan keberanian untuk menempuh hidup di universiti dan banyak lagi la. 

20 September 2012 - malam tu ada taklimat di Dewan Utama Desasiswa. malam tu jugak kitorang mendapat baju free sebanyak 2 helai dan sebuah bag. so malam tu jugak la aku baru packing. esoknya pagi-pagi lagi dah kena bangun. so kena tido awal. eceh.


21 September 2012 - 8.30 pagi kena ada dah kat padang kawad. bas semua dah standby. 9.30 pagi bertolak. aku ditempatkan di Kem Perik, Kuala Nerang, Kedah. memang semua budak baru yang aku tak berapa kenal. layan saje la. destinasi dekat je. sekejap je dah sampai dah. sampai kat sana, solat Jumaat, lunch dan program pun bermula. macam biasa la, pembahagian kumpulan dan perlantikan ketua sebagainya. aku dimasukkan dalam Platun 6. kami seramai 14 orang. satu company 4 platun, satu batalion ada 12 platun seramai 160 orang. petang ringan-ringan je, pasang khemah, senamrobik. malam ada la modul sikit. lepas tu tido. dikejutkan pada pukul 2 pagi untuk merunduk malam. berjalan beramai-ramai ke dalam kebun getah. memang gelap yang amat. apa pun tak nampak. tapi bintang sangat cerah malam tu. kelip-kelip pun banyak. memang cantik suasana pada waktu malam di hutan. Subhanallah.

Chun dan Shafiqa. Kem komanden kat belakang tu.
antara member Platun 6
22 September 2012 - pagi tu lepas breakfast terus kena torture dengan kem komanden. kena denda la konon. maka bergolek-goleklah kami di padang yang penuh dengan tahi lembu. chantek ~ memang tak tukar baju dari semalam lagi. berpeluh-peluh la semuanya. lepas tu ada la games berkumpulan yang boleh tahan. nak latih teamwork kan. then survival cooking. kena sembelih ayam sendiri dan masak beramai-ramai guna kayu api. petang tu, brainstorm untuk persembahkan idea dalam forum dan persembahan malam ni. diteruskan dengan aktiviti lasak seperti merentas titi yang confirm akan jatuh dalam kolam lumpur tu, monkey rack, merangkak dalam lubang biawak, panjat tembok dan sebagainya. tu yang memang enoy. habis kotor satu badan puas. malam tu persembahan. thanks to Ceiline yang bagi idea last minit yang menjayakan persembahan malam tu. malam tu jugak kem komanden buat surprise birthday untuk bebudak September. terima kasih, tuan. :)

kawan-kawan satu platun lagi
23 September 2012 - pagi tu macam biasa je. nyanyi lagu Negaraku dan Menara Ilmu sambil menaikkan bendera dalam hujan renyai. lepas tu, kitorang kena bincangkan dan bentangkan dalam platun idea idea kelestarian. habis tu, sesi penyerahan pangkat dan barang amanah. lepas lunch, baru la sesi konklusi dan penutup. alhamdulillah semua program berjalan lancar dan baik sahaja. pukul 6 petang sampai di USM.

budak skema la pulak. aiseh ~
memang badan rasa penat sangat. sebab hujan panas hujan panas je kat sana, badan pun demam. malam tu pegi tapak konvo untuk tengok konsert penutup. banyak gerai yang dah tutup dah. oleh kerana kepenatan dan badan panas, terpaksa la balik ke bilik untuk berehat. esoknya ada kelas dan tutorial yang perlu dihantar. memang dugaan tapi alhamdulillah semuanya ok dan kembali sihat.

Platun 6 - Chun, Simon, Hao, Kasyfi, Akif, Ama, Iqa, Nani, Eunice, Ceuline, Angela, Fisah & Lee Peng.


thanks Kak Shikin sebagai fasi Platun 6. PIMPIN Siswa ni okay la. tapi tak banyak gambar yang dapat diambil sebab phone memang tak boleh pegang langsung masa kem. so ni jela antara gambar yang ada. best jugak kem ni. tak rugi kalau pergi. aku pun enjoy je. semoga boleh la lagi join kem yang macam ni nanti. :D


yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars