Tuesday, September 11, 2012

Happy Birthday, Diri :)


salam semua


habis je orientasi tu, aku kena balik rumah sebab family aku pegi KL menghadiri kenduri dan family Pak Lang nak datang ke rumah. takde orang pulak. so aku la pegi duduk kat rumah tunggu diorang. ni la tugas aku kalau dah duduk kat USR ni - Universiti Sebelah Rumah. ok jela. Sabtu pagi tu pulak Azyan dengan family ajak pegi Bukit Bendera. melawat la katanya. dah lama tak datang Penang kan. sehari sebelum birthday aku pulak tu. oleh kerana aku duduk sorang kat rumah maka aku pun pegi jela. bosan jugak sementara menunggu Pak Lang datang tu.

tiba di sana, naik kereta kabel sampai atas, menikmati pemandangan yang asyik. eceh ayat. dah lama kot tak datang. last aku datang masa form 3 la. tu pun tak naik kereta kabel. kitorang marathon daki Bukit Bendera sampai atas. tu jela, sekarang lepas renovate ni kereta kabel dah makin laju. bagus bagus. itu lah Penang. mak ayah Azyan pun ikut sekali menikmati udara segar dan nyaman tu. tapi on the way balik ke hotel tu hujan lebat yang amat di Penang. naseb la. lepas makan, baru la diorang bertolak balik. thanks datang Penang, Azyan dan sekeluarga. hadiah birthday la konon. tapi sangat berharga. hehe.

9 September 2012 - alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup dan bernyawa selama 20 tahun. banyak sangat yang dipelajari dari pengalaman sepanjang hidup 20 tahun ni. terima kasih kepada mereka yang wish tak kira la through sms, call, facebook, twitter dan sebagainya. juga kepada anda dan mendoakan. semoga Allah merahmati kalian. 

thanks kepada kawan yang dihargai, Fara Azura. gambar yang simple tapi bermakna. hadiah birthday untuk tahun ni la kan? hehe. thanks a lot. :)

terima kasih tak terhingga juga diucapkan kepada kawan aku sorang yang amat la degil yang bernama Fatihah. tak sangka tiba-tiba dia boleh semangat buat video ni untuk aku malam-malam. terharu di situ. huhu. thanks a lot. :)

kepada Akip yang akan ku jumpa untuk menuntut hadiahku, sila standby kan hadiah mu sebaiknya. jangan buat-buat lupa. juga kepada Hafiz Yazid yang belum lagi menghadiahkan aku Bigbang crown lightstick yang dijanjikan, aku ku tuntut juga daripada kamu. HAHA. kepada kawan-kawan kat UIA yang tak sempat nak buat prank kat aku pada hari pendaftaran sem baru, aku harap dapat bersabar. mungkin tahun lain la korang boleh buat. fuuuh. selamat aku. korang juga aku akan tuntut belanja aku makan kat Ana Ikan Bakar Petai. perghhh. jangan dilupakan juga ye. hehe. 

9 September 1992 - 9 September 2012
ALHAMDULILLAH

yup. birthdayku yang ke 20. ramai yang cakap selamat datang ke alam dewasa. sudah ada angka dua kat depan tu takleh la nak nakal-nakal lagi. aiseh. ni yang buat aku takut ni. macam mana pun, perjuangan mesti diteruskan. macam kak Maslin cakap, "jaga diri, jaga iman. awak pemuda harapan Islam." jangan tengok belakang dah. kena jadi dewasa. semoga Allah permudahkan segalanya. amin. fighting! :D


yours truly,

2 comments:

hamizah adam said...

HBB adik. *HBB bukan typo ye* wish you the best of luck for you this year. next year wish baru pulak. kekeke ~ nanti pergi concert big bang belikan goodies untuk akak. ek ek ? ^_^

Akif said...

haha. HBB maksud dia apa? thanks, kak. hee. Bigbang Bigbang! :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars