Sunday, September 23, 2012

ConvEx2012


salam semua

mintak maaf sebab dah lama tak update blog. sejak masuk USM ni, kehidupan agak busy sikit. ditambah pula dengan penyertaan aku dalam satu program ni. apa dia? jom aku cerita sikit. 

Ekspo Konvokesyen Universiti Sains Malaysia 2012
ConvEx2012

ada interview pada 10 dan 11 September 2012. mula-mula hati macam berbelah bahagi nak pegi ke tak nak sebab takut busy dengan kerja. then hati mula tawar untuk pergi. tapi Azyan paksa suruh aku pegi jugak, so pegi jela. kena interview bawah Jabatan Publisiti (jabatan yang aku pilih sendiri) oleh Bahiyah dan Praveena. macam-macam soalan diorang tanya dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. dipendekkan cerita aku terpilih dan kerja terus start dalam minggu tu jugak. 

aku berada di bawah Jabatan Publisiti yang diketuai oleh Rooban dan dibantu oleh Danny, Heap Kit, Praveena dan Bahiyah. kami sebagai penyelaras - aku, Shan, Quek, Visha, Shatish dan Darshini. 6 orang je. tugas kami? macam kerja-kerja publisiti yang sebelum ni jugak la. tampal poster di setiap school dalam USM, gantung streamer dan banner di dalam USM dan sekitar Pulau Pinang, admin untuk page ConvEx12 dalam facebook dan juga dalam profile @ConvEx12 dalam twitter, handle flashmob di luar untuk promotion dan lain-lain. yes. memang tugas kitorang banyak sebelum event sebenarnya. 

15 September 2012 - kami mengadakan flashmob di First Avenue. kitorang budak publisiti kena pegi awal dulu untuk set up segala PA system dan tempat sebelum mula. memang ada masalah sikit dengan PA system kat sana tapi alhamdulillah semuanya okay. flashmob pun berjalan dengan lancar. walaupun tempat yang kami dapat tu agak tertutup, tapi ramai jugak orang yang datang. terima kasih! 

bebudak publisiti lepak-lepak lepas flashmob release tension. fuuh. lepas tu, aku dengan Shan ikut Danny pegi gantung banner kat luar. jauh jugak kitorang round. malam baru sampai USM. lepas tu aku terus ke DTSP untuk tengok budak Fajar Harapan perform untuk Variasiswa. walaupun diorang tak menang, diorang tetap yang terbaek!

16 September 2012 - flashmob di Penang Times Square pulak. memang kena bangun awal pagi sebab bertolak awal. tetap ada masalah dengan PA system tapi alhamdulillah dengan kerjasama pihak pengurusan di sana, flashmob kami berjalan dengan lancar. Times Square memang kurang pengunjung. yang datang pun ramai family berbanding remaja. so feel dia kurang sikit la. tapi pape hal pun promotion kami tetap berjaya. terima kasih semua yang sama-sama menjayakan. :)

Kami VIP! BIGBANG forever! :D
Focus ketika buat kerja. Ececeh ~
Team Publisiti - Bahiyah, Praveena, Visha, Shan & Akif

18 September 2012 - ConvEx12 bermula. bangun awal awal pagi untuk majlis perasmian yang dirasmikan oleh Raja Perlis. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. ada persembahan tarian lagi oleh kawan-kawan aku, Naqib dengan Zazmie masa perasmian tu. lepas tu dapat la makan free. gerai-gerai jualan dan pameran telah pun dibuka dan makin ramai pengunjung yang datang. kami sebagai budak Publisiti keep updating dengan apa yang berlangsung ketika ConvEx12 berjalan. oh ya Ben Ashaari pun ada tolong promote ConvEx12 kat blog dia. hehe. 
bersama penari-penari Hoore Hoore
 
FLY fm on the floor, guys!
 
Our theme this year - Against Violence
sepanjang minggu ConvEx12 ni kelas kebanyakan takde. aku pun tak pegi la sebab dah ada surat perlepasan. tapi setiap pagi tetap bangun awal untuk update setiap event yang berjalan ketika ConvEx12. sampai la ke malam. aku berjaya jugak pegi gerai Eyqa untuk beli roti john dan otak-otak. dan janji beliau untuk belanja aku belum lagi terlaksana. haaa. takpe la. lain kali la tu. kan kan? malang sekali sebab 21 sampai 23 September 2012 aku kena pegi PIMPIN Siswa. so takleh la nak join ConvEx12 lagi. 

kalau nak tengok lagi gambar-gambar ketika ConvEx12, click di sini ye. kalau nak tengok video flashmob kitorang pun boleh. click saje di sini. terima kaseh. untuk kem tu akan aku update dalam post seterusnya. pape pun aku tetap lega sebab segala tugas aku untuk ConvEx12   selesai. alhamdulillah. :)


yours truly,



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars