Sunday, August 5, 2012

The Moon That Embraces The Sun


salam semua.
yup. aku memang takde kerja lain masa cuti ni. aku nak update blog pun aku dah takde idea. tu pasal la dah lama aku tak update blog. so aku update jela drama apa yang aku dah tengok ni. maaf la ye kalau bosan.

The Moon That Embraces The Sun

tajuk dia agak panjang kan? takpela. layan saje. aku tengok poster drama ni macam boring je sebab cerita ni pasal kerajaan Joseon. cerita dulu-dulu. so macam malas la nak tengok. tapi setelah tanya kawan-kawan yang kaki drama jugak, ramai suggest suruh tengok. so aku pun tengok la.


sebenarnya drama ni agak best jugak bagi aku. memang la drama pasal Joseon dynasty tapi jalan ceritanya menarik. agak slow pada permulaan tapi bila dah masuk konflik tu baru la terasa saspen dan nervous tu. cerita pasal ni yang sebenarnya buatkan kita berfikir dan takde la melayan perasaan je kan. drama ni ada banyak la pasal konspirasi yang dirancang sampai 8 tahun kemudiannya pulak. fuuh. nampak? dengar pun korang dah pening. jalan cerita ni sebenarnya lagi pening. dan itu la yang best bagi orang yang berfikiran macam aku. 

satu advantage lagi sebab drama ni heronya adalah mamat yang hot pada masa kini, Kim Soo Hyun. memang dia tengah top sekarang dan digilai remaja wanita zaman sekarang. dia memang la handsome tapi best sebab tak berlagak dan membawa imej innocent. heroinnya pulak tak kurang hebatnya, Han Ga In. lawa, comel, cantik, baik, pandai. haa. pakej tu. mata nakal lagi. so tu la yang bonusnya drama ni. orang yang tak minat drama Korea pasal Joseon pun boleh tertarik untuk tengok drama ni.


karakter favourite aku dalam ni adalah Un - the sword ghost. gila macho beb. walaupun beliau diam je, tapi beliau bijak dan cekap. taat setia lagi tu. ini la karakter hero yang kita mauu. 


so korang macam mana? bosan? takde benda nak buat? tengok la drama ni. best jugak. recommended la. lain dari yang lain. takde melayan perasaan sangat. dan paling menarik adalah jalan cerita yang sungguh tak disangka. okeh. selamat menonton ~

yours truly,

2 comments:

dayanaazhar:) said...

watched this. memang five star. tp bro, mana u download eh?

Akif said...

kan? hehe. byk tmpt nk download. dekat dramacrazy.net ada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars