Friday, August 24, 2012

Raya 2012


salam semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MAAF ZAHIR & BATIN

alhamdulillah akhirnya kita dapat menyempurnakan puasa pada bulan Ramadhan pada tahun ini. puasa penuh tak semua? terawih penuh? Al-Quran boleh khatam? tahajjud buat? alhamdulillah. semoga segala amal ibadat kita diterima Allah dengan rahmat dan pahala yang berlipat kali ganda. amin. :)

raya kali ni rasanya plan last minit jugak la. tiba-tiba decide untuk pulang beraya di kampung halaman, Terengganu. jadi persiapan di rumah takde la grand sangat macam tahun-tahun lepas. lepas solat sunat aidilfitri, kitorang bersiap dan bertolak ke Terengganu. sebab tak nak terlibat dalam kesesakan lalu lintas punya pasal. alhamdulillah memang tak banyak kereta pun pada hari raya pertama. dalam 6 jam je dah sampai. tak best sangat sebab spend half day beraya atas kereta. tapi siapa cakap tak boleh beraya tengah highway. dengan perhentian Gerik, tuan kedai makan buat open house, maka dapat la kitorang makan free di situ. nasi kerabu dan laksam lagi. fuuh.

tiba di Besut, Terengganu, kitorang duduk di homestay sebab rumah yang ada dah lama tak datang, so kena basuh sebelum duduk. malas la pulak. nak duduk dalam 3 malam je. so tido homestay jela senang. serius dah lama tak balik sini. Cik Ngah pun balik jugak ke kampung bersama anak cucunya. kitorang pergi ziarah kubur datuk dan saudara mara yang lain di sana. ziarah rumah sepupu sepapat sebelah ayah aku yang memang dah lama tak jumpa. aku pun tak ingat sangat dah. besar jugak rupanya keluarga aku kat sana. 



paling best kat kampung adalah boleh merasai suasana yang tak mungkin ada di bandar. kalau dulu kecik-kecik aku selalu kejar anak ayam. tak kesah jatuh ke apa sebab kat sana pasir pantai, tak sakit. anak kambing pun aku ambik bawak naik atas rumah buat macam anak kucing. dah lama aku tak rasa semua tu. pantai pulak dekat. pantai Bukit Kluang ada. kitorang pegi main bola kat pantai tu tengok sangat penuh la orang bermandi manda di sana. orang bandar balik kampung beraya jugak la tu rasanya. anak-anak nak mandi laut la katakan. itu la keistimewaan kampung kat sini. 

raya keempat kami bertolak balik, sementara tu ingat nak singgah di Ipoh. dapat panggilan daripada Cik Ngah memaklumkan bahawa Ayah Chik sakit. jadi kitorang teruskan perjalanan ke rumah Yam di Ipoh. berjumpa lagi sepupu sepapat, saudara mara di sini. singgah kejap je la. petang tu ingat nak terus balik Penang tapi at last decide untuk terus ke Kuala Lumpur ziarah Ayah Chik di HUKM. beliau sakit dan kini di dalam wad menjalani rawatan, kepada anda yang sedang membaca, tolong doakan beliau ye. semoga Allah membalas kebaikan anda insyaAllah. :)

sempat jugak singgah di rumah Pak Lang beraya. kami duduk dua malam sahaja di KL dan kemudian kembali pulang ke Pulau Pinang. alhamdulillah takde sangat kesesakan lalu lintas dan semuanya berjalan dengan lancar. Penang - Terengganu - Perak - Kuala Lumpur. nampak tak berapa negeri kitorang beraya tahun ni? ahha. sungguh terbaek. dah lama tak travel macam ni. lepas balik Penang, sempat jugak ke Bagan Serai beraya dengan Akip kat sana. mintak maaf la kepada kawan-kawan UIA kerana tidak berkesempatan untuk berkonvoi raya bersama di Kuala Lumpur. mungkin lain kali la kot. huhu.

kepada anda, anda, dan ANDA yang sedang membaca, saya ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN! :)

p/s: dah dah la beraya, puasa 6 pulak. lepas ni dah nak daftar dah. fuuuh ~

yours truly,


1 comment:

Anonymous said...

The Crust: On the box they use the words "upper" crust so lets talk about
that first. Often that's what prospects do when you annoy them with your barketing. Apart in the course of the frequency of fasting, there is 1 important distinction among the approaches.

Also visit my blog post: check this out

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars