Sunday, August 12, 2012

BIGBANG, We'll Come!


salam semua

seperti yang telah diketahui oleh umum, BIGBANG akan mengadakan Alive Tour ke beberapa negara di dunia dan Malaysia menjadi salah satu negara tersebut. perghhh! BIGBANG akan datang ke Malaysia untuk

 BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR 2012 
- 27 October 2012 -Stadium Merdeka -

 pengumuman telah dibuat beberapa minggu sebelum tiket dijual kepada VIP Malaysia iaitu pada 28 July 2012. semua VIP sudah merancang bermacam-macam untuk mendapatkan tiket tersebut - hanya terhad kepada 12000 tiket sahaja.

aku dengan Hafiz jugak tidak terlepas walaupun agak sedih sebab Azyan tak boleh join. huhu. kitorang dah plan macam-macam. kitorang kalau nak beli online memang susah jugak la sebab internet dah la slow, belum tentu dapat tembus server yang konpom akan busy pada hari tu. lagipun nak beli online kena guna kad kredit pulak. kitorang yang belum kerja ni mana la nak ada kad kredit sendiri. jadi kemungkinan untuk berjaya beli tiket online adalah sangat tipis. jadi kitorang mintak tolong kawan kepada Tiah untuk tolong kitorang tapi malang sekali tidak meyakinkan. kalau nak beratur sendiri kat kaunter tu kena turun KL la pulak, sangat susah. 

jadi kitorang mengambil inisiatif sendiri untuk mencari alternatif lain. thanks to Elia, kitorang dapat tahu yang ada admins fanpage yang menawarkan diri untuk menempah tiket buat VIP yang mengalami masalah sebegini. setelah berbincang akhirnya kitorang bersetuju untuk membuat pre-order dengan BB①st (Bigbang Malaysian Fan Club). segala urusan order dan bank-in perlu diselesaikan sebelum 15 July 2012. 13 hari sebelum tiket dijual. agak saspen jugak sebenarnya takut scammers dan sebagainya tapi kitorang ambik jela risiko tu dan selesaikannya secepat mungkin. 

28 July 2012 - tiket dijual dan seperti yang dijangkakan, server menjadi sangat busy dan pada masa yang singkat je kebanyakan tiket sudah sold out. belum masuk VIPs yang beratur dari pagi lagi sampai petang untuk membeli tiket di kaunter kat KL tu. berapa puluh ribu entah, tak ingat. tak percaya tengok gambar sebelah ni yang diupload oleh BB①st. ini baru dalam bangunan. belum tunjuk yang beratur panjang gilak kat luar bangunan tu. fuuuhhhh. kitorang yang kat rumah ni pun agak saspen jugak sebenarnya. takut jugak la kalau tengok-tengok tak dapat pulak. huhu.

lepas tiket dijual tu, aku menunggu jugak berita daripada BB①st tentang tiket yang kitorang order. diam je. takde pape berita pun. agak saspen sebenarnya di situ. tapi buat relax dulu la. mungkin diorang tengah susun. then ada la diorang post memaklumkan bahawa mereka sedang menguruskan tiket-tiket yang diorder tu. lega kembali. 



BB①st sebenarnya memang professional. diorang keep updating about the tickets. jadi kitorang yang membuat order ni takde la rasa gelabah ke apa takut diorang lari kan. diorang jugak akan contact kitorang melalui email - personally. tu yang best tu. agak meyakinkan. memang ada jugak masalah yang menjadikan ticket distribution tu agak lambat daripada asalnya. dan diorang explain in details dalam email kepada semua orang yang order. sebab tu kitorang ni rasa macam VIPs ni adalah satu family yang saling membantu untuk sama-sama mendapat apa yang kami sama-sama mahukan. memang takde risau dah la. rasa macam Alive Tour ni nanti adalah gathering besar-besaran untuk kitorang nanti.




gambar ni diupload oleh BB①st yang menunjukkan bahawa kesemua tiket yang diorder oleh VIP telah tiba ke tangan mereka sendiri. memang satu berita yang gembira la buat kitorang. macam fuhhhh, terbaek. kemudian diorang bagi options macam mana nak collect ticket tu. kitorang pilih cara pos jela. takde masa nak turun KL. setiap responds kita akan diberi feedback bahawa mereka menerima responds tersebut. tu yang tak risau apa yang kita reply entah dapat entah tidak kat diorang kan.



kemudian diorang upload gambar yang diorang dah ready untuk pos kepada mereka yang order. dah siap nak hantar kat pos laju dah ni. lagi la rasa lega. diorang memang best la. dan yang paling best adalah sehari lepas diorang post gambar ni, tiket tersebut telah tiba ke rumah aku dengan selamat. ALHAMDULILLAH! gila happy sebab dapat tiket tu dan risiko yang diambil akhirnya berbaloi. admins BB①st memang terbaek! diorang sangat professional dan meyakinkan. you guys really did a great job. thanks a zillion, BB①st! VIP!

kepada mereka yang sekarang baru nak tanya "dah beli tiket ke?" "mana korang dapat tiket tu?" "bila nak beli eh tiket tu?" "BIGBANG nak datang Malaysia ke? nak tiket jugak!" - tolong tolong tolong. jangan la beli tiket tu. biar lah VIP lain yang lebih memerlukan dapat tiket tu. korang lain kali la pulak. -_-"
 yes. tickets for two. so VIPs, see ya this 27th of October 2012! BIGBANG!

yours truly,


3 comments:

one of a kind (a proud vip) said...

untung la... congratzz.. my friend and i pon da plan baekk punye nak p!! siap excited2 time yg buat announcement malaysia terpilih. dah siap pikir nak pegi, nak tido mane, nak balik mcm mane, sekali tarikh kuar punah harapan.. my mom tros ckp ta boleh sbb raye... sedihnye la time tu

miyuza said...

Hi! congrats to you! just wanna ask where did you buy the shirt?

Akif said...

vip - hey. siannya. segala plan tak menjadi. huhu. takpela. harap2 next time diorang datang boleh la pegi pulak eh. :)

miyuza - kat times square ada. hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars