Monday, August 20, 2012

BIG



salam semua

ok. seperti tajuk diatas. aku dah habiskan satu lagi drama Korea. dan bagi aku, aku mengambil masa yang agak lama jugak untuk menghabiskan drama yang satu ni.



BIG

tajuk dia simple je, satu perkataan - BESAR. drama ni sebanarnya best berdasakan jalan ceritanya. mengisahkan tentang dua orang yang berlainan umur dan kerjaya yang bertukar roh. maksudnya roh masuk ke jasad yang salah. so macam mana diorang nak hidup dan menjalani hidup yang berbeza. macam mana nak tukarkan balik roh ke jasad yang sebenar. haaa. korang dengar pun dah macam best kan? sepatutnya memang best. betul.

dibintangi oleh pelakon yang hebat jugak la. famous rasanya. Gong Yoo dan Lee Min Jung. hero dan heroin. dibantu oleh pelakon muda, Bae Suzy, Baek Sung Hyun dan ramai lagi. so aku rasa drama ni hebat diperkatakan sebab peminat yang minat pelakon je kot. bukannya minat drama ni sangat pun. plot dia memang best tapi agak tipikal sebab kisah pasal cinta je yang lebih, pengkhianatan dan blablabla. konflik yang ada pun macam agak remeh. hero dan heroin suka sama suka, pastu gadoh sebab hal remeh, pastu baik balik, pastu gadoh balik sebab ego masing-masing, at last rupanya salah faham je, pastu baik balik. t-i-p-i-k-a-l. macam "hekeleh ~ pasal tu pun nak gado ke?" haa. faham tak?
terus terang aku cakap, drama ni akan jadi best kalau lebih banyak konflik. tapi aku tak tahu kenapa drama ni macam tipikal dan aku sendiri boleh agak apa yang akan terjadi lepas ni lepas tu. aiseh. kureng saspen la. memang ini drama baru tahun ni. ramai yang kecoh-kecoh cakap best la apa la tapi bila aku tengok, agak mengecewakan jugak la sebenarnya. ending? fuuuh. malas nak cakap. nak tau tengok sendiri eh.

sedang mencari-cari drama yang best untuk ditonton, siapa ada cadangan? :D

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars