Friday, August 24, 2012

Raya 2012


salam semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MAAF ZAHIR & BATIN

alhamdulillah akhirnya kita dapat menyempurnakan puasa pada bulan Ramadhan pada tahun ini. puasa penuh tak semua? terawih penuh? Al-Quran boleh khatam? tahajjud buat? alhamdulillah. semoga segala amal ibadat kita diterima Allah dengan rahmat dan pahala yang berlipat kali ganda. amin. :)

raya kali ni rasanya plan last minit jugak la. tiba-tiba decide untuk pulang beraya di kampung halaman, Terengganu. jadi persiapan di rumah takde la grand sangat macam tahun-tahun lepas. lepas solat sunat aidilfitri, kitorang bersiap dan bertolak ke Terengganu. sebab tak nak terlibat dalam kesesakan lalu lintas punya pasal. alhamdulillah memang tak banyak kereta pun pada hari raya pertama. dalam 6 jam je dah sampai. tak best sangat sebab spend half day beraya atas kereta. tapi siapa cakap tak boleh beraya tengah highway. dengan perhentian Gerik, tuan kedai makan buat open house, maka dapat la kitorang makan free di situ. nasi kerabu dan laksam lagi. fuuh.

tiba di Besut, Terengganu, kitorang duduk di homestay sebab rumah yang ada dah lama tak datang, so kena basuh sebelum duduk. malas la pulak. nak duduk dalam 3 malam je. so tido homestay jela senang. serius dah lama tak balik sini. Cik Ngah pun balik jugak ke kampung bersama anak cucunya. kitorang pergi ziarah kubur datuk dan saudara mara yang lain di sana. ziarah rumah sepupu sepapat sebelah ayah aku yang memang dah lama tak jumpa. aku pun tak ingat sangat dah. besar jugak rupanya keluarga aku kat sana. 



paling best kat kampung adalah boleh merasai suasana yang tak mungkin ada di bandar. kalau dulu kecik-kecik aku selalu kejar anak ayam. tak kesah jatuh ke apa sebab kat sana pasir pantai, tak sakit. anak kambing pun aku ambik bawak naik atas rumah buat macam anak kucing. dah lama aku tak rasa semua tu. pantai pulak dekat. pantai Bukit Kluang ada. kitorang pegi main bola kat pantai tu tengok sangat penuh la orang bermandi manda di sana. orang bandar balik kampung beraya jugak la tu rasanya. anak-anak nak mandi laut la katakan. itu la keistimewaan kampung kat sini. 

raya keempat kami bertolak balik, sementara tu ingat nak singgah di Ipoh. dapat panggilan daripada Cik Ngah memaklumkan bahawa Ayah Chik sakit. jadi kitorang teruskan perjalanan ke rumah Yam di Ipoh. berjumpa lagi sepupu sepapat, saudara mara di sini. singgah kejap je la. petang tu ingat nak terus balik Penang tapi at last decide untuk terus ke Kuala Lumpur ziarah Ayah Chik di HUKM. beliau sakit dan kini di dalam wad menjalani rawatan, kepada anda yang sedang membaca, tolong doakan beliau ye. semoga Allah membalas kebaikan anda insyaAllah. :)

sempat jugak singgah di rumah Pak Lang beraya. kami duduk dua malam sahaja di KL dan kemudian kembali pulang ke Pulau Pinang. alhamdulillah takde sangat kesesakan lalu lintas dan semuanya berjalan dengan lancar. Penang - Terengganu - Perak - Kuala Lumpur. nampak tak berapa negeri kitorang beraya tahun ni? ahha. sungguh terbaek. dah lama tak travel macam ni. lepas balik Penang, sempat jugak ke Bagan Serai beraya dengan Akip kat sana. mintak maaf la kepada kawan-kawan UIA kerana tidak berkesempatan untuk berkonvoi raya bersama di Kuala Lumpur. mungkin lain kali la kot. huhu.

kepada anda, anda, dan ANDA yang sedang membaca, saya ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN! :)

p/s: dah dah la beraya, puasa 6 pulak. lepas ni dah nak daftar dah. fuuuh ~

yours truly,


Monday, August 20, 2012

BIG



salam semua

ok. seperti tajuk diatas. aku dah habiskan satu lagi drama Korea. dan bagi aku, aku mengambil masa yang agak lama jugak untuk menghabiskan drama yang satu ni.



BIG

tajuk dia simple je, satu perkataan - BESAR. drama ni sebanarnya best berdasakan jalan ceritanya. mengisahkan tentang dua orang yang berlainan umur dan kerjaya yang bertukar roh. maksudnya roh masuk ke jasad yang salah. so macam mana diorang nak hidup dan menjalani hidup yang berbeza. macam mana nak tukarkan balik roh ke jasad yang sebenar. haaa. korang dengar pun dah macam best kan? sepatutnya memang best. betul.

dibintangi oleh pelakon yang hebat jugak la. famous rasanya. Gong Yoo dan Lee Min Jung. hero dan heroin. dibantu oleh pelakon muda, Bae Suzy, Baek Sung Hyun dan ramai lagi. so aku rasa drama ni hebat diperkatakan sebab peminat yang minat pelakon je kot. bukannya minat drama ni sangat pun. plot dia memang best tapi agak tipikal sebab kisah pasal cinta je yang lebih, pengkhianatan dan blablabla. konflik yang ada pun macam agak remeh. hero dan heroin suka sama suka, pastu gadoh sebab hal remeh, pastu baik balik, pastu gadoh balik sebab ego masing-masing, at last rupanya salah faham je, pastu baik balik. t-i-p-i-k-a-l. macam "hekeleh ~ pasal tu pun nak gado ke?" haa. faham tak?
terus terang aku cakap, drama ni akan jadi best kalau lebih banyak konflik. tapi aku tak tahu kenapa drama ni macam tipikal dan aku sendiri boleh agak apa yang akan terjadi lepas ni lepas tu. aiseh. kureng saspen la. memang ini drama baru tahun ni. ramai yang kecoh-kecoh cakap best la apa la tapi bila aku tengok, agak mengecewakan jugak la sebenarnya. ending? fuuuh. malas nak cakap. nak tau tengok sendiri eh.

sedang mencari-cari drama yang best untuk ditonton, siapa ada cadangan? :D

yours truly,

Sunday, August 19, 2012

Happy 6th Anniversary!



HAPPY 6TH ANNIVERSARY, BIGBANG!
2006 - 2012





from the leader, G-Dragon to all VIPs

“Already…no, finally!!! It’s our 6th anniversary. 


Always thankful and sorry, so it makes us want to work harder!

Forever in your debt VIP!

Still Love VIP’s!"



we're proud being VIPs. :)


yours truly,

Sunday, August 12, 2012

BIGBANG, We'll Come!


salam semua

seperti yang telah diketahui oleh umum, BIGBANG akan mengadakan Alive Tour ke beberapa negara di dunia dan Malaysia menjadi salah satu negara tersebut. perghhh! BIGBANG akan datang ke Malaysia untuk

 BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR 2012 
- 27 October 2012 -Stadium Merdeka -

 pengumuman telah dibuat beberapa minggu sebelum tiket dijual kepada VIP Malaysia iaitu pada 28 July 2012. semua VIP sudah merancang bermacam-macam untuk mendapatkan tiket tersebut - hanya terhad kepada 12000 tiket sahaja.

aku dengan Hafiz jugak tidak terlepas walaupun agak sedih sebab Azyan tak boleh join. huhu. kitorang dah plan macam-macam. kitorang kalau nak beli online memang susah jugak la sebab internet dah la slow, belum tentu dapat tembus server yang konpom akan busy pada hari tu. lagipun nak beli online kena guna kad kredit pulak. kitorang yang belum kerja ni mana la nak ada kad kredit sendiri. jadi kemungkinan untuk berjaya beli tiket online adalah sangat tipis. jadi kitorang mintak tolong kawan kepada Tiah untuk tolong kitorang tapi malang sekali tidak meyakinkan. kalau nak beratur sendiri kat kaunter tu kena turun KL la pulak, sangat susah. 

jadi kitorang mengambil inisiatif sendiri untuk mencari alternatif lain. thanks to Elia, kitorang dapat tahu yang ada admins fanpage yang menawarkan diri untuk menempah tiket buat VIP yang mengalami masalah sebegini. setelah berbincang akhirnya kitorang bersetuju untuk membuat pre-order dengan BB①st (Bigbang Malaysian Fan Club). segala urusan order dan bank-in perlu diselesaikan sebelum 15 July 2012. 13 hari sebelum tiket dijual. agak saspen jugak sebenarnya takut scammers dan sebagainya tapi kitorang ambik jela risiko tu dan selesaikannya secepat mungkin. 

28 July 2012 - tiket dijual dan seperti yang dijangkakan, server menjadi sangat busy dan pada masa yang singkat je kebanyakan tiket sudah sold out. belum masuk VIPs yang beratur dari pagi lagi sampai petang untuk membeli tiket di kaunter kat KL tu. berapa puluh ribu entah, tak ingat. tak percaya tengok gambar sebelah ni yang diupload oleh BB①st. ini baru dalam bangunan. belum tunjuk yang beratur panjang gilak kat luar bangunan tu. fuuuhhhh. kitorang yang kat rumah ni pun agak saspen jugak sebenarnya. takut jugak la kalau tengok-tengok tak dapat pulak. huhu.

lepas tiket dijual tu, aku menunggu jugak berita daripada BB①st tentang tiket yang kitorang order. diam je. takde pape berita pun. agak saspen sebenarnya di situ. tapi buat relax dulu la. mungkin diorang tengah susun. then ada la diorang post memaklumkan bahawa mereka sedang menguruskan tiket-tiket yang diorder tu. lega kembali. 



BB①st sebenarnya memang professional. diorang keep updating about the tickets. jadi kitorang yang membuat order ni takde la rasa gelabah ke apa takut diorang lari kan. diorang jugak akan contact kitorang melalui email - personally. tu yang best tu. agak meyakinkan. memang ada jugak masalah yang menjadikan ticket distribution tu agak lambat daripada asalnya. dan diorang explain in details dalam email kepada semua orang yang order. sebab tu kitorang ni rasa macam VIPs ni adalah satu family yang saling membantu untuk sama-sama mendapat apa yang kami sama-sama mahukan. memang takde risau dah la. rasa macam Alive Tour ni nanti adalah gathering besar-besaran untuk kitorang nanti.




gambar ni diupload oleh BB①st yang menunjukkan bahawa kesemua tiket yang diorder oleh VIP telah tiba ke tangan mereka sendiri. memang satu berita yang gembira la buat kitorang. macam fuhhhh, terbaek. kemudian diorang bagi options macam mana nak collect ticket tu. kitorang pilih cara pos jela. takde masa nak turun KL. setiap responds kita akan diberi feedback bahawa mereka menerima responds tersebut. tu yang tak risau apa yang kita reply entah dapat entah tidak kat diorang kan.



kemudian diorang upload gambar yang diorang dah ready untuk pos kepada mereka yang order. dah siap nak hantar kat pos laju dah ni. lagi la rasa lega. diorang memang best la. dan yang paling best adalah sehari lepas diorang post gambar ni, tiket tersebut telah tiba ke rumah aku dengan selamat. ALHAMDULILLAH! gila happy sebab dapat tiket tu dan risiko yang diambil akhirnya berbaloi. admins BB①st memang terbaek! diorang sangat professional dan meyakinkan. you guys really did a great job. thanks a zillion, BB①st! VIP!

kepada mereka yang sekarang baru nak tanya "dah beli tiket ke?" "mana korang dapat tiket tu?" "bila nak beli eh tiket tu?" "BIGBANG nak datang Malaysia ke? nak tiket jugak!" - tolong tolong tolong. jangan la beli tiket tu. biar lah VIP lain yang lebih memerlukan dapat tiket tu. korang lain kali la pulak. -_-"
 yes. tickets for two. so VIPs, see ya this 27th of October 2012! BIGBANG!

yours truly,


Number Theory



salam semua
aku tak tahu kenapa malam ni teringat kat lecturer aku yang sorang ni.
seorang lecturer yang best jugak - Dr Pah Chin Hee. beliau mengajar subjek yang paling mencabar sem tu - Number Theory. bila tengok-tengok balik, aku terjumpa assignment yang aku buat untuk Number Theory nih. soalannya berbunyi begini :


haa. paham kan? so semua budak kelas kitorang pun buat la. yang bestnya assignment ni sebab boleh pilih date sendiri. kami diminta untuk memilih 5 tarikh sendiri sebagai soalan. so ini la tarikh yang aku dah pilih.



haaa. nampak tak betapa bestnya buat assignment Number Theory ni. macam-macam boleh buat. ikut suka hati. aku dapat la tahu hari-hari bersejarah berdasarkan tarikh. hehe. aku ingatkan aku je best buat benda ni. budak-budak lain pun macam-macam tarikh la yang diorang letak. lepas submit assignment ni, Dr Pah upload ni kat group Number Theory. 


nampak tak berapa tarikh yang aku pilih menarik minat beliau? haha. gila bangga. agak tak best la pulak sebab birthday Sandara Park takde dalam senarai dia. Si Amir yang pilih birthday Park Ji Yeon pulak yang dapat. takpe. mungkin Dr Pah minat T-Ara la kot. Jiyeon punya pasal consider lagi la. haha.

itu la yang menariknya assignment Number Theory ni. boleh main main dengan formula. tapi assignment jela yang best. kalau tutorial kau nak buat, satu malam belum tentu habes satu tuto. pening ohh. kalau exam Number Theory memang killer habes. hambek kau tak study lagi. macam mana nak proving segala bagai. fuuuh. tapi tak salahkan Dr Pah pun. sebab aku yang tak focus masa dalam kelas. masa bincang tuto pun asyik dengar lagu je. buku teks pun tak beli. macam mana nak refer. latihan yang ada cuma tutorial saje la. dah la aku bukannya fast learner. ajar dalam lecture, orang lain dah faham, aku masih terkebil-kebil lagi. alahai mathematics ~

























ini antara assignment yang best jugak. ini affine transformation kalau tak silap. kitorang kena encipher message dan kawan kita kena decipher pulak. aku bagi Syazwan trolol yang decipher message aku sebab dia kat sebelah aku. budak-budak lain lagi la macam-macam message diorang buat. ada I Love You la apa la. Dr Pah baca kat depan. haha. haaa. nampak tak message aku?

BIGBANG IS VIP!

anyway, 6 days more to BIGBANG 6th ANIVVERSARY! :D

yours truly,


Sunday, August 5, 2012

The Moon That Embraces The Sun


salam semua.
yup. aku memang takde kerja lain masa cuti ni. aku nak update blog pun aku dah takde idea. tu pasal la dah lama aku tak update blog. so aku update jela drama apa yang aku dah tengok ni. maaf la ye kalau bosan.

The Moon That Embraces The Sun

tajuk dia agak panjang kan? takpela. layan saje. aku tengok poster drama ni macam boring je sebab cerita ni pasal kerajaan Joseon. cerita dulu-dulu. so macam malas la nak tengok. tapi setelah tanya kawan-kawan yang kaki drama jugak, ramai suggest suruh tengok. so aku pun tengok la.


sebenarnya drama ni agak best jugak bagi aku. memang la drama pasal Joseon dynasty tapi jalan ceritanya menarik. agak slow pada permulaan tapi bila dah masuk konflik tu baru la terasa saspen dan nervous tu. cerita pasal ni yang sebenarnya buatkan kita berfikir dan takde la melayan perasaan je kan. drama ni ada banyak la pasal konspirasi yang dirancang sampai 8 tahun kemudiannya pulak. fuuh. nampak? dengar pun korang dah pening. jalan cerita ni sebenarnya lagi pening. dan itu la yang best bagi orang yang berfikiran macam aku. 

satu advantage lagi sebab drama ni heronya adalah mamat yang hot pada masa kini, Kim Soo Hyun. memang dia tengah top sekarang dan digilai remaja wanita zaman sekarang. dia memang la handsome tapi best sebab tak berlagak dan membawa imej innocent. heroinnya pulak tak kurang hebatnya, Han Ga In. lawa, comel, cantik, baik, pandai. haa. pakej tu. mata nakal lagi. so tu la yang bonusnya drama ni. orang yang tak minat drama Korea pasal Joseon pun boleh tertarik untuk tengok drama ni.


karakter favourite aku dalam ni adalah Un - the sword ghost. gila macho beb. walaupun beliau diam je, tapi beliau bijak dan cekap. taat setia lagi tu. ini la karakter hero yang kita mauu. 


so korang macam mana? bosan? takde benda nak buat? tengok la drama ni. best jugak. recommended la. lain dari yang lain. takde melayan perasaan sangat. dan paling menarik adalah jalan cerita yang sungguh tak disangka. okeh. selamat menonton ~

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars