Monday, July 30, 2012

WGM : YongSeo


salam semua.

ok. baru je lepas habiskan 51 episode satu variety show ni dalam masa 3 hari. sebab ramai je cakap yang variety show ni best. sweet la semua. aku pun nak tengok la apa sangat yang sweet nya. so jom!

We Got Married : Yong Hwa & Seo Hyun

yup. aku tau memang dah lama pun variety ni. tahun lepas dah habis dah. tapi aku baru rasa nak tengok tahun ni. tak boleh? hee. juga lebih dikenali sebagai YongSeo couple atau Goguma couple. ini pasal dua orang pasangan yang dipasangkan dalam program ni. Jung Yong Hwa of CN Blue dan Seo Jeo Hyun of SNSD. bayangkan dua orang yang tidak pernah kenal antara satu sama lain disatukan dalam sebuah perkahwinan. macam orang kata bercinta lepas kawen gitu.


Jung Yong Hwa - leader of CN Blue. memang berkarisma. seorang lelaki yang bagi aku best jugak la. nampak dia dalam drama You're Beautiful dan Heartstrings pun memang cool. lagi gempak dalam music bila dia main gitar dengan begitu mantop. dalam program ni boleh nampak side personal dia yang lain. sungguh dia seorang lelaki yang baik, pandai mengawal keadaan, funny, romantic dan menghormati orang. secara jujurnya, aku jealous dengan beliau. memang takleh nak saingi beliau. 

Seo Hyun - seorang ahli kumpulan SNSD atau Girls Generation. seorang perempuan yang cantik, pure, innocent, pandai, tak cepat melatah, comel, rajin dan sangat determined. banyak ciri-ciri yang aku admire dalam beliau. boleh dikatakan ideal type aku. memang susah nak cari perempuan macam dia sekarang. sangat susah. oleh sebab itu, lagi sekali aku jealous dengan Yong Hwa. huhu.


couple ni sangat la sepadan bagi aku. pandai jaga diri dan pasangan masing-masing. pasangan ni nampak baik bila bersama. selalu bermain tarik tali atau 'pull and push'. play hard to get. tu yang membuatkan diorang nampak sangat sweet. tak terlalu mushy. tiada perkataan yang couple biasa ada seperti 'I Love You', bla bla bla. dan takde sangat pun skinship. menghormati pasangan masing-masing. walaupun ada salah faham, diorang tak cepat marah dan senang dengan berbincang. itu yang buatkan diorang nampak best je.


bagi sesiapa yang tak tengok program ni, mesti tak tahu kan camne diorang ni? tengok la. baru faham. walaupun dalam program, diorang macam betul-betul ada perasaan antara satu sama lain. aku tak pasti la kalau sekarang pun diorang bercinta ke tak. tapi aku rasa okay kot kalau diorang dijodohkan. sangat sepadan. oleh sebab itu, aku harapkan diorang lepas dah habis karier diorang boleh la mendirikan rumah tangga sebenar dengan bahagia. hee. aku memang tak berminat langsung nak tengok couple yang lain dalam program ni sebab bagi aku macam tak sesuai je. 


aku pun nak jugak jalan cinta yang macam ni. dua orang strangers yang tak kenal satu sama lain. mula berkenalan dan mengenali diri masing-masing. setiap aktiviti yang dilakukan menjadikan mereka lebih rapat dan lebih memahami. walaupun ada masalah dalam hubungan, mereka tetap berlapang dada. macam berkahwin dengan orang yang kau tak kenal, dan slowly rasa cinta tu timbul dan mekar dalam hati. haaa. ayat aku. haha. tambahan pula, memang nampak sepadan. aku pun nak macam ni. 

jom layan lagu diorang. Banmal Song ~ :)


mesti semua nak jalan cerita cinta yang sweet kan? tapi Allah dah plan dah jalan percintaan kita. doakan yang terbaik jom. ^^

yours truly,

Sunday, July 22, 2012

Rooftop Prince


salam semua.
memandangkan cuti ni, banyak pulak drama yang dah aku habeskan. jom tengok satu drama yang agak famous jugak pada tahun ni. macam best je. jom jom.

Rooftop Prince

drama ni bagi aku lain dari yang lain. bukan la cerita pasal cinta semata-mata. drama ni cerita pasal seorang raja pada zaman Joseon yang secara tiba-tiba termasuk ke dunia sekarang - zaman moden. terkejut beliau bersama 3 orang bawahannya. memang agak kelam kabut sebab semuanya tiba-tiba bertukar. 


bayangkan orang yang tak pernah hidup zaman sekarang bila datang ke dunia kita, memang lawak la. semua benda nampak pelik di mata diorang. serius lawak diorang 4 orang ni. selamba habes je. raja pulak nak control konon terrer tapi hampeh jugak la. kat dunia sekarang kan. naseb baik la heroin dia yang banyak tolong diorang. banyak la yang lawak. heroin dia pun lawak je.


tapi konflik banyak jugak dalam ni. konflik pada zaman Joseon dan konflik zaman sekarang. walaupun terpisah 300 tahun, mengikut kepercayaan diorang, reincarnation terjadi atau kelahiran semula ke dunia terjadi dan mereka berjumpa semula selepas 300 tahun sebagai orang lain. dan situasinya tetap sama. haa. tak paham kan? tengok sendiri la kalau nak paham. ending dia erm boleh dikatakan tak disangka jugak. so kalau nak tau. tengok la jom. hee.


aku rasa kalau drama kat Malaysia kena buat macam ni jugak la. orang zaman Melaka dulu datang zaman sekarang ke. mesti lawak. HAHA.

yours truly,

Sunday, July 15, 2012

King 2 Hearts


salam semua.
aish. lama tak update ni. apa lagi. jom layan drama macam biasa la.
kali ni drama yang agak best. memang genre yang aku suka.

King 2 Hearts

kenapa aku suka? sebab drama ni tak banyak sangat menyentuh pasal cinta. memang ada tapi bukan macam drama cinta yang lain. drama ni best sebab ada romantik, ada lawak dan ada aksi. itu yang best. tak cliche. ada babak saspen, tekanan yang memerlukan keputusan yang cepat dan tepat. kat situ memang mendebarkan para penonton sambil berfikir apa yang akan terjadi. itu adalah satu tarikan yang sangat best.

drama yang dilakonkan oleh hero, Lee Seung Gi sebagai Lee Jae Ha dan heroin, Ha Ji Won sebagai Kim Hang Ah. Jae Ha ini anak raja yang semestinya merupakan kerabat diraja Korea Selatan. Hang Ah pulak seorang askar Korea Utara yang memang hebat. bayangkan bagaimana jika putera Korea Selatan dikahwinkan dengan askar Korea Utara. bagaimana dua negara bersengketa ini boleh digabungkan oleh satu cinta sepasang kekasih. boleh ke? mustahil? fuuh. mesti la best kan.


ada sedih, ada saspen, ada lawak, ada gembira. itu la kekuatan drama ni. ada la jugak ala-ala IRIS dan Athena tapi aksi takde la sebanyak tu. aku paling suka masa World Officers Competition (WOC), ketika Korea diundi untuk berlawan dengan Amerika pada pusingan pertama. perghh. serius best. korang tengok sendiri la nanti. aku tak nak la spoil kan.


Lee Seung Gi memang seorang pelakon yang best. bagi aku sempoi la. dia takde la jambu, takde la poyo. tak jugak control macho. memang selamba ikut suka dia. lawak jugak. so best jugak. Ha Ji Won. erm erm. tu takyah cakap la. one of my favourite korean actress. memang terbaek! aku rasa dia la yang paling best untuk berlakon drama aksi dan cinta sekali. she's flexible, tough and strong. she's also adorable at the same time. so tu yang nampak comel je dia. serius tak mengecewakan aku dalam drama ni.


kalau anda nak keyakinan dalam drama korea, tengok la drama ni. serius lain dari tipikal drama korea. jalan cerita yang menarik dan tidak senang diteka memang memberi kepuasan kepada penonton. tak percaya? tengok sendiri la nanti. :D


yours truly,



Friday, July 13, 2012

Kekeliruan


salam semua

hari ni ramai budak-budak matrikulasi, STPM, STAM dan sewaktu dengannya check result UPU. yela. nak tahu kat mana pulak nak sambung lepas ni kan. nak masuk universiti pulak, campus life pulak. so ramai la yang tengah check hari ni result masing-masing. 

aku 2 tahun dulu pun check jugak result UPU aku dan alhamdulillah takdir menempatkan aku di Centre for Foundation Studies, International Islamic Universiti Malaysia di Petaling Jaya dalam bidang Physical Science. ingatkan sains fizikal ni boleh la kot ambik engineering ke apa tapi rupa-rupanya kos ni lebih kepada pure science. bukan applied la. kos Engineering diasingkan siap-siap. so go on jela dengan kos ni sebab dengar khabar berita Physical Science akan dipecahkan kepada 3 masa degree nanti iaitu Mathematics, Physics dan Chemistry. aku bila dengar camtu je, memang target Physics.

malang sekali bila ianya adalah khabar angin semata-mata. budak Physical Science masa foundation hanya boleh ambil Mathematics sahaja kerana dua kos lain masih dalam perbincangan. kecewa jugak la mula-mula. aku dari darjah satu sampai habis SPM agak kureng dalam math. mungkin rezeki Allah la kot dalam UPSR, PMR dengan SPM boleh pulak dapat A. exam sekolah takde pulak nak dapat A. huhu.


sekarang aku kat UIA Kuantan, alhamdulillah aku memang takde sangat nak complain pasal environment. kawan-kawan pun semuanya sempoi dan aku sayang. cuma aku tak yakin je boleh tak nak carry Mathematics ni. so ayah aku cadangkan apply USM untuk intake September 2012 sebab kat USM ada je Physics. tapi sebenarnya aku sendiri pun tak tahu la boleh ke tak bawak Physics ni. subjek yang tough jugak. so apply je laa. belum try belum tau.

ayah aku takde la nak guna kabel bagai untuk aku dibolehkan diserap masuk dalam USM ni. aku ikut procedure biasa, apply online macam budak-budak lain, pegi exam Munsyi macam budak-budak lain jugak. ayah aku takde pun nak guna staff privilege sebab aku sendiri pun tak confirm lagi kalau dapat, memang betul-betul nak masuk USM ke tak. mungkin aku akan tolak, mungkin aku terima. 

tapi hari ni aku try check keputusan aku. dan resultnya ...


speechless. Alhamdulillah. aku bersyukur sebab Allah bagi aku pilihan sekarang. cuma aku tak tau nak pilih yang mana. mana yang terbaik untuk aku, masa depan aku. tak tau nak rasa apa sekarang. kena solat istikharah banyak-banyak, doa banyak-banyak. kawan-kawan, tolong doakan sekali eh? :)

"Ya Allah, bimbinglah aku. tempatkanlah aku di tempat yang Kau redha."

yours truly,

Tuesday, July 10, 2012

Love Rain


salam semua

macam biasa. jom review sikit pasal drama yang aku tengok. kali ni Korea balik la.
 macam biasa. jom jom. 

Love Rain

yup. Love Rain. ataupun dalam bahasa Korea, 'Sarangbi'. sebuah drama romance dan melodrama. haa. boleh bayangkan tak? drama macam mana la ni eh. dibintangi oleh pelakon yang tidak asing lagi, Jang Geun Suk sebagai hero semestinya dan heroin dilakonkan oleh Im Yoon Ah. jadi kepada mereka yang minat sangat dengan mamat Geun Suk ni dan Yoona, mesti la wajib tengok drama ni kan.
drama ni menarik, sebab ada 2 zaman. satu zaman 70-an, dan satu lagi zaman sekarang. Jang Geun Suk pulak melakonkan dua watak hero pada zaman yang berbeza. firstly, masa 70-an sebagai Seo In Ha dan zama sekarang sebagai anak Seo In Ha, Seo Joon. begitu jugak heroinnya, 70-an sebagai Kim Yoon Hee dan sebagai anak beliau sendiri, Jung Ha Na pada zaman sekarang. so kena tengok awal-awal la baru faham drama dia macam mana. tapi zaman 70-an tu boring sikit la.

ok. bagi aku drama ni sangat la slow. dah la serius je. slow pada awal cerita, iaitu masa zaman 70-an. jalan cerita tu simple je sebenarnya tapi entah kenapa memang slow sangat bagi aku. tapi okay sikit lepas dah masuk zaman sekarang tu. kat situ laju la sikit cerita dia. ada la jugak lawak-lawak semua tu. tapi bila tengah-tengah balik tu, slow balik. entah kenapa, banyak cakap la pulak. segala puisi, falsafah semua keluar. tu yang bagi aku bosan menunggu tu. tapi layan saje la kan.


tapi overall, drama ni okay la jugak. scenery dia memang mantop! serius tak tipu. nampak Korea ni memang indah je dengan pemandangan yang memang tip top. subhanaAllah. tak percaya korang tengok sendiri. dan kepada mereka yang rasa Jang Geun Suk dan YoonA sweet, boleh la tengok drama ni, sweet ke tak. 

“Love means never having to say you're sorry."

yours truly,


Sunday, July 8, 2012

Aku Terima Nikahnya


salam semua.
sebenanrnya dah lama nak tulis pasal ni tapi tak ada masa lapang dan kerajinan yang kuat untuk bukak blog dan menaip. aku beli buku ni kat UIA. sebab ada kupon free, memang chantek betul la untuk beli buku ni. takde bazir sangat kan. dah lama pun aku habis baca, cerita pasal ni je belum. ok. jom layan.


Edisi Istimewa : Aku Terima Nikahnya
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

eh. tak. aku bukan nak kawen lagi pun. aku bukan macam rakan-rakan aku yang lain yang sudah sedia menjalankan tanggungjawab dan berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan. masih belum layak, belum matang. fikiran masih macam budak-budak. remaja biasa yang berdarah muda. belum boleh serius dalam apa-apa hubungan. friendship boleh la. hehe. kalau lebih, belum lagi kot. kalau tak, kesian isteri aku nanti. belum tentu boleh setia. ok dah merepek-merepek semua ni. jom teruskan.


Aku Terima Nikahnya Edisi Istimewa ni sebenarnya merupakan kompilasi 3 buku motivasi cinta yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang merupakan best-seller; Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta. Ustaz Hasrizal memang tak asing lagi. boleh layari laman web beliau di Saiful Islam. cukup famous dalam kalangan pelajar universiti. pernah jugak PRESSS jemput untuk bagi talk kat CFS dulu yang bertajuk Dari Mata Turun ke Hati. nampak tak? semua yang mahasiswa suka - CINTA. ececeh ~

ini bukan novel. ini lebih kepada buku motivasi. penceritaan tentang pengalaman Ustaz Hasrizal sendiri tentang cinta, perkahwinan dan rumah tangga. perkahwinan bukan hanya cinta semata-mata, bukan selalu manis. perkahwinan adalah permulaan kepada sebuah tanggungjawab baru. sebab tu bila kahwin, cinta bertukar separuh kepada tanggungjawab. perkahwinan bukan seperti yang kita tengok hanya dari luaran. kadang-kadang sekecil-kecil perkara pun boleh menggegarkan rumah tangga. nampak remeh, tapi kesannya sangat besar. 


apakah erti cinta? bagaimana untuk bercinta atau mencari cinta dengan betul? apakah erti perkahwinan? bagaimana untuk menguruskan rumah tangga? apakah masalah-masalah biasa dalam rumah tangga? bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah tersebut mengikut syariat Islam? bagaimana mahu mendidik anak-anak mengikut corak Islam? bagaimana menguruskan kerenah anak-anak? bagaimana untuk mengelakkan perkara yang paling ditakuti - penceraian? semuanya ada dalam buku ini!

jadi, kepada anda yang mahu mendapatkan ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman yang berguna tentang perkahwinan, jom baca buku ni. mungkin boleh menjadi panduan kepada kita yang dah berkahwin atau bakal berkahwin supaya dapat menjalankan tanggungjawab di dalam rumah tangga mengikut syariat Islam, seterusnya bahagia di dunia dan akhirat. insyaAllah.

p/s: disarankan kepada kawan-kawan yang dah berkahwin, Amir dengan Chai untuk baca buku ni. best oh. korang boleh terus praktikkan dah. takyah tunggu-tunggu lagi. :P

Titipan erti sebenar perkahwinan,
Medan memberi yang paling mulia.

yours truly,

Saturday, July 7, 2012

Chai's Wedding - 070712


salam semua

semua orang agak kecoh dengan berita yang tiba-tiba sahaja timbul. tiba-tiba je ada jemputan ke walimatul urus. apekah? takde angin takde ribut tiba-tiba je jemput. aku mula mula ingatkan main main saje tapi lepas ramai pulak yang buat ucapan tahniah kat situ, aku mula mempercayainya.

Nazirul Mubin bin Nasrudin. aku kenal masa form 4 kat KISAS. masing-masing budak baru. ditempatkan di tingkat 1 blok D aspura - Khalid semestinya. masa tu hingusan lagi. lepas dah kenal semua jadi rapat. beliau ni jugak dikenal sebagai Chai kat sekolah kitorang dulu. bagi aku dia seorang yang sempoi. ada masa serius ada masa main main. tapi kalau dah dengan aku, main main jela kerja. kau bayangkan dulu masa form 4 kalau kitorang lapar, dia antara orang harapan untuk keluar fly ke gerai Wak Kanang beli NTD barang sebungkus dua buat kami menghilangkan lapar. tapi bila dah form 5 boleh pulak beliau jadi naqib. haa. nampak tak permainan dia kat situ?

selamat akad nika pada 1 Julai 2012 bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan

bagi aku Chai ni bukan budak nakal sangat macam kitorang dan bukanlah budak pro BADAR sangat macam *ehem uhuk*. dia tengah tengah la. rasanya benda yang tak penting dan tak pasti dia tak masuk campur. seorang yang rasional rasanya. walaupun satu batch attack budak budak LI, Chai boleh je lagi selamba masuk bilik D104 tu dan lepak lepak dengan kitorang. takde nak pulau kitorang macam yang lain. mungkin beliau jugak antara yang menyimpan rahsia kitorang dengan baik. aku pun tak pasti. tu yang aku agak respect la jugak beliau ni.

budak Khalid mana yang tak fikir pasal puzzle kalau cakap pasal Chai. dulu aku dengan Akip ada beli puzzle 1000 pieces tu gambar Naruto. kitorang budak Khalid lelaki form 5 semua lepak bilik D104 tu untuk pasang puzzle ramai ramai. kejap je dah nak siap. lepas dah siap tu semua happy gila. tapi bila tengok balik 4 pieces puzzle je lagi yang tak lengkap.
 
ramai gila suspek yang kitorang syak melarikan cebisan puzzle tersebut. antaranya termasuk la Amar dengan Shuk. tapi diorang sampai habes tak mengaku. yang lain pulak pressure dengan psiko habis habisan untuk pulangkan balik puzzle tu. at last Amar bagi balik 3 pieces. lagi satu memang takde dah. esoknya tu tiba tiba ada kertas kat atas katil aku. yang lain pun terus datang tengok, ada kertas warna pink. bila bukak kertas tu ada pulak cebisan puzzle yang terakhir. siap ada tulisan 'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.' tengah kitorang bincang siapa punya angkara tiba-tiba Chai datang tanya tanya. at last dia cakap, "maafkan jela orang tu." maka semua orang pandang dengan pandangan tajam dan aksi kejar mengejar berlaku la kat first floor Khalid tu. haha. kenangan sehh. baca sini untuk full.

sudah full ~

banyak lagi kenangan aku dengan Chai ni. fly tu biasa la kan. kitorang budak Khalid memang lagi banyak aktiviti dengan beliau. aku dengan Akip pulak memang satu floor kat blok Ali masa nak SPM dulu. kitorang jugak yang tumpang charge handphone kat bilik Chai dan yang lain. kitorang jugak la yang tengok Chai main PSP kat dalam bilik tu lepas study. oooppss. haha. banyak kenangan kot. tak tertulis.

seriously, kat sekolah mamat ni agak merepek la dengan aku. tapi bayangkan umur 20 tahun tiba tiba cakap nak balik Malaysia nak kawen dah. nasib baik isterinya aku tak kenal. bukan budak sekolah kitorang la. aiseh. mana aku tak terkezut. dah la lepas SPM memang lama gila tak jumpa. tapi aku pun tak tau kan gosip kau dengan siapa siapa, memang terkesima sebentar la. memang hebat la kau weh. lelaki kedua yang kawen dalam batch 54. nampak tak kehebatan Khalid di situ? haha. dan semestinya aku jeles dengan korang yang boleh pergi majlis Chai.


apa apa pun aku nak mintak maaf sebab tak dapat nak datang majlis kau kat Kuala Lumpur ni pada 7 Julai 2012. aku ada kat rumah yang agak jauh dan semestinya sebab masalah transport. ditambah lagi dengan ketidakhadiran budak2 LI yang lain. kalau ada transport boleh la jugak jadi wakil LI Crew kat situ. tapi mintak maaf la ye. aku doakan korang jugak semoga berbahagia selalu. insyaAllah.

Selamat Pengantin Baru!
Nazirul Mubin dan Humaira'
semoga anda bercinta sampai ke syurga :)

p/s: gambar dicilok dari facebook jugak. maaf ye kawan kawan. doakan saya kahwin cepat cepat lepas jumpa jodoh. boleh korang datang Penang pulak. :P

yours truly,

Monday, July 2, 2012

Euro 2012 : Spain!


salam semua

okay. semua orang dah tau semalam. juara Euro 2012 telah pun diketahui.
terbukti skuad ini masih belum dapat dikalahkan oleh skuad Eropah yang lain.

Spain

jom tengok sikit diorang punya perjalanan dalam Euro 2012 ni.

Spain 1 - 1 Italy
Spain 4 - 0 Republic of Ireland
Croatia 0 - 1 Spain

dengan 7 mata, Spain maju ke Quarter-Final sebagai juara Group C

Quarter-Final
Spain 2 - 0 France

Semi-Final
Portugal 0 - 0 Spain
(2 - 4 Penalty)

Final
Spain 4 - 0 Italy

haa. nampak tak permainan dia? Spain ni kira second team aku la. first team aku Brazil. memandangkan Brazil takde dalam Euro, aku sokong Spain la pulak. memang boleh dikatakan skuad Spain perfect daripada striker sampai goalkeeper. semua boleh dikatakan power la. ditambah pulak dengan chemistry yang mantap antara diorang, fuuh. memang best. dan antara faktor aku sokong Spain pun sebab Torres. sebab dia seorang yang power tapi humble. sentiasa tenang walaupun dikritik. player Chelsea la katakan. hee. agak tak best sebab tak banyak dia main dalam Euro ni. tapi yang best sebab dia score 3 goals! perggghh.

4 goals in Final:
David Villa, Jordi Alba, Fernando Torres, Juan Mata
(dua orang budak Chelsea beb, dah la jarang main *bangga*)

Fernando Torres Fernando Torres of Spain scores his side's third goal past Gianluigi Buffon of Italy during the UEFA EURO 2012 final match between Spain and Italy at the Olympic Stadium on July 1, 2012 in Kiev, Ukraine.

Torres beat Buffon. waaahh.


Mata scored! two Chelsea players. weee ~

yes. sesungguhnya Spain memang layak menjadi juara dan seterusnya mempertahankan kejuaraan mereka pada Euro 2008 yang lalu. Torres pulak score dalam 2 perlawanan final. memang terbaek. memang Euro kali ni biasa saje, takde surprise sangat. tapi game final tetap adalah paling terbaek. 


CONGRATULATIONS, SPAIN!

jaga jaga Spain, world cup nanti harap harap boleh berjumpa Brazil kat final. baru la buku bertemu ruas. :P

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars