Saturday, June 16, 2012

Semester 1


salam semua

alhamdulillah. sekarang dah habis semester 1 kat main campus UIA, Kuantan. 
fuuh. tempat baru, macam-macam benda baru yang kitorang dapat. 
ni serba sikit la apa yang aku dapat masa sem 1 kat UIA ni.

ok. batch kitorang sebenarnya batch yang paling ramai. kau bayangkan satu batch dah lebih kurang 130 orang. batch lain dalam 50 ke 60 orang je. sempoi kan kitorang? kitorang lelaki yang ramai ni ditempatkan di 5 buah bilik la kat IM2 tu. memang bilik pun dekat-dekat je. pape hal info ke ada pape ke memang senang sampai la. kau bayangkan dulu kat CFS tak pernah nampak pun, tapi bila kat sini semua jadi rapat. 

Hostel - aku duduk bilik T8 1.7. datang la bila free. bilik tu dipecahkan ikut compartment. best jugak. ada privacy sikit. roommates : Amirullah, Metoi, Baihaqi, Ejat, Paan, Hanis, Ehsan dengan Ipin. semua memang terbaek. lagu tema bilik kitorang adalah : Najwa Latif - Kosong, Sleeq feat Najwa Latif - Untuk Dia, BIGBANG - Haru Haru. perkataan palik popular : "Lekkk, tetiba camtu pulak ekkk"

Aktiviti - antara aktiviti yang kira wajib la kitorang kat sini adalah futsal, bola, dan swimming. seriously. tempat futsal kat area ni sangat banyak. dan biasanya kitorang akan main kat BIM Futsal. dekat sangat dengan hostel, jalan kaki pun boleh. dan masa main futsal biasanya dijadualkan pada pagi Jumaat pukul 10 setiap minggu. maklum la Jumaat takde kelas. bola pulak setiap petang dekat padang berdekatan. swimming pulak setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. boleh pergi masa petang atau malam. bergantung kepada masa lapang dan ramai orang ke tak. haa. itu la antara aktiviti wajib kitorang kat sini. tapi petang kadang-kadang aku pegi main volleyball jugak kat campus.

Study - ada 7 subjek. biasa kelas pagi je. petang jarang ada kelas. agak heaven dan free. Jumaat takde kelas. yang lain biasa. buku untuk Calculus dengan Number Theory memang aku tak beli. sebab aku tau memang aku takkan guna pun. buku MGT agak menyesal jugak beli. tak guna pun. aish.

Society - mula berkecimpung dengan SCIENCESS lepas midsem la lebih kurang. Faciteam macam susah nak jalan je. setakat ni program yang aku join adalah SICCA, ABC Talk dengan SCIENCESS Ukhuwah Day. semua dalam biro Pub Info. naseb baik dah biasa. fuuh. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, kerja pun setel. 

Weekend - biasanya ke Teluk Chempedak. untuk makan-makan je sambil lepak tepi pantai dan release tension. masa awal, tiap tiap minggu pergi. kadang-kadang akan ada aktiviti midnight movie beramai-ramai. bergantung kepada movie best yang ada. best jugak. ada sekali tu pergi main bowling dan snooker ramai-ramai. memang kebanyakan aktiviti weekend akan dibuat beramai-ramai.

 main bowling dan snooker!

  makan ikan bakar mehhh

Conclusion

- sebenarnya bila dah rapat ni, memang macam-macam perangai la yang kau akan jumpa. mungkin biasa, mungkin pelik, mungkin luar biasa. kadang-kadang sakit hati, sentap, kecewa, happy, excited, enjoy. semua ada. itu la yang menjadi menarik bila ada personaliti yang berbeza.
- bila dah rapat ni pulak, kalau nak buat aktiviti pape, atau nak pegi mana-mana ke, kena ajak semua sekali. kalau tak ajak, nanti ada la yang nak sentap la, terasa la. aiseh. lawak pulak. haha.
- bila dah hidup macam keluarga camni pulak, memang senang segala info nak dapat. segala gosip terkini yang keluar, mesti akan sampai kat semua. so jangan risau la. kalau ada yang ketinggalan jugak memang tak tau la nak cakap apa. 

still the best drink - collection selama satu sem :D

so overall, sem 1 ni best jugak. macam-macam suka duka ada. harap yang terbaik untum sem 2 kalau masih ada rezeki kat sana. insyaAllah. :)

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars