Thursday, June 28, 2012

Ouran High School Host Club


salam semua.
okeh. ni review sikit pasal drama Jepun pulak. asyik Korea je kan.
cerita ni bukan drama cinta sangat la. ada sikit je episod dia.
drama ni pun Fara yang suggest aku tengok so layan jela.
jom kita tengok ~


Ouran High School Host Club

ok. ni sebenarnya drama lawak. drama ke? takde drama sangat pun la. mengisahkan tentang sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah ni yang diberi nama Host Club. tapi serius sekolah ni memang banyak kelab pelik pelik. Host Club la, Newspaper Club la, Wrestling Club la, Black Magic Club la. entah hape hape entah.


Host Club ni pulak terdiri daripada 6 orang lelaki terhangat masa kini iaitu, Suou Tamaki (president), Ootori Kyoya (vice president), Morinozuka Takashi, Haninozuka Mitsukuni, dan pasangan kembar; Hitachiin Hikaru dan Hitachiin Kaoru. tapi oleh kerana sebab yang tak dapat dielak, seorang perempuan yang menyamar sebagai lelaki terpaksa join kelab ini. beliau adalah Fujioka Haruhi. setiap seorang ahli Host Club ni ada charm masing masing yang membuatkan semua perempuan konpom cair la wa cakap lu. dan tugas diorang pun memang mengambil customer perempuan untuk diorang layan. bisnes beb.


banyak la masalah yang terjadi dalam Host Club ni. dan yang bestnya sebab ada la lawak-lawak bodoh yang diorang. reaction yang sememangnya over gila. macam hampehh. adegan yang macam macam. tak logik pun ada jugak. memang lawak la. senang cerita drama ni lebih kurang drama Hana Kimi dengan My Boss My Hero la. amacam? lawak kan?


drama ni ada dalam 11 episod je. satu episod tak sampai sejam pun. 
so kepada mereka yang nak jimat masa boleh la layan drama ni sambil bergelak ketawa. jom jom. :D

yours truly,

3 comments:

hamizah adam said...

baru tengok sikit. sebab terbukak cerita yang best sikit dari ouran high school host club ni. hehe.

Akif said...

haha. yeke? cerita apa tu?

Anonymous said...

haha..mmg bez cte neh....i like :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars