Monday, June 18, 2012

Kitab Terfaktab 2


salam semua.
aku memang tak tahu pun Kitab Terfaktab yang kedua sudah keluar di pasaran.
mungkin sebab agak busy, sampai takde masa nak bukak blog-blog yang best. 
*eceh. padahal kau bukak twitter dengan facebook boleh saje*
lepas kawan aku bagitau, baru la aku tau. terus order la satu nak try baca.

Kitab Terfaktab 2
Nakal Tapi Halal

memang agak curious bila tahu ada Kitab Terfaktab 2 ni. sebab tu aku terus order online daripada blog Terfaktab sendiri. dalam 2 hari je dah sampai rumah. hebat. tapi lepas final baru aku boleh baca. mungkinkah skuad Terfaktab membawa konsep yang sama macam dalam Kitab Terfaktab 1 untuk kitab kali ini. adakah masih cinta tipikal remaja zaman sekarang? itu yang aku nak tahu sangat. 

seperti yang dijangkakan, skuad Terfaktab memang best dengan setiap penulisan diorang. tak boleh disangkalkan. masing-masing ada cara tersendiri untuk menyampaikan pendapat diorang dan mencurahkan ilmu serta pengalaman diorang. bukan senang tau. memang menarik. good job kepada skuad Terfaktab: Bukan Penggoda, Shahirah Khairudin, Isaac Ismael, Mr. K, Sofia Nin, Penulis Sahaja, Lord Zara, Ulii Azman, The Bent Pencil, Alexia Aqram, Brader Leplep, Hellioz, Amoi, Elena Reeney, Nami dan Husky Pusky. 

okay. ni pendapat aku pulak tentang Kitab Terfaktab 2. memang best! seriously. konsep yang dibawa memang lain daripada Kitab Terfaktab 1. kitab ni menceritakan lebih kepada real life, realiti kehidupan dan mengajak kita berpijak di dunia yang nyata. bukan khayalan cinta semata-mata. bukannya macam "cinta adalah segala-galanya" dan "hidup aku hanya untuk cinta". kitab kali ni membuka mata kita tentang bagaimana nak deal dengan cinta. apa cara yang betul untuk handle cinta dalam beberapa situasi tertentu. bukan senang sebenarnya. silap cara, kau binasa. sebab tu orang cakap cinta boleh membunuh.

aku suka apabila skuad Terfaktab ketengahkan bagaimana nak jadikan cinta itu bermakna. ada banyak cara bagaimana kau nak handle perasaan cinta tu dalam setiap situasi. ada cara baik, ada cara tak. terpulang pada kau untuk memilih. kalau nak cinta yang halal, maka pilih la cara yang terbaik, secara rasional. bukannya memilih ikut nafsu dan perasaan saja. memang aku rasa ramai orang perlukan guide sebegini dalam alam percintaan yang sebenar. baru aku faham kenapa tajuk yang digunakan aadalah "Nakal Tapi Halal".

aku minat dengan artikel-artikel ni dan aku rasa aku nak dedikasi artikel ni kepada kawan-kawan aku. firstly, Rebound Relationship by Mr. K - aku dedicate kepada Hafiz Yazid. serious hang kena baca artikel ni weh. haha. secondly, Kawan Baik Menjadi Kekasih by Bukan Penggoda - dedicated to Azyan Aziz. kau kena baca jugak. baru tambah seram kau tu. haha.

"menikahi orang yang kita cintai ialah satu kemungkinan. 
tapi mencintai orang yang kita nikahi adalah satu kewajipan."

so overall kitab ni semakin baik. well done kepada semua yang terlibat dalam pembikinan kitab ni. aku tak sabar pulak nak tengok Kitab Terfaktab 3. semoga isi kandungan dan ilmu yang diberi adalah lebih baik insyaAllah. all the best, Terfaktab!

yours truly,

5 comments:

Nur Rashidah Muhamad said...

baca jugak blog terfaktab?dulu selalu follow but lately busy, jarang dah bukak. susah nak cari budak kisas yang baca blog tu..haha :P

bagus dibaca untuk diambil pengajaran & aplikasi dalam kehidupan rite..

Akif said...

aah. baca jugak. eh. ada je budak kisas lain yg baca blog tu. haha. yup2. exactly.

AlexiaAqram said...

wahhhh. terima kasih ya. :D

Hafiz Yazid said...

thanx ea sbb boldkn nama ak... hahaha...

Akif said...

AlexiaAqram - woah. sama-sama. keep it up!

Hafiz - memang aku saje. haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars