Thursday, June 21, 2012

Jalan Kembali : Bohsia 2


salam semua. 

aku macam banyak je benda nak update. tapi bila duduk rumah ni macam malas pulak. aiseh. sebab focus kat Euro la kot. *alasan* aku nak cerita pasal satu filem ni. tengok tajuk pun dah tau kan.

aku ingat lagi masa form 5. masa tu kat KISAS. aku pun tak tahu entah macam mana boleh ada filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam kat dalam CPU dalam bilik MMU tu, entah siapa la yang download tu. habis tu, takkan gua nak biarkan saje filem tersebut dalam tu, gua pun ajak la budak2 LI stay back lepas prep kat bilik MMU untuk tonton bersama filem tersebut. ok. kepada mereka yang tidak tahu, filem sebegini adalah totally HARAM kepada budak KISAS. apetah lagi tengok dalam KISAS pulak. ish ish. *kantoi*

cerita tu takde la lucah ke apa. tapi ada la adegan yang kurang sopan ataupun budaya yang tidak sihat yang tidak patut ditunjukkan kepada remaja seperti kami ini. eceh. kitorang pun layan jela. best jugak sebenarnya cerita tu. ada la lawak-lawak jugak dengan kehadiran Shaheizy Sam dan lagi best, Aaron Aziz. yang lain pun boleh la. walaupun filem tu macam tu, tapi ada jugak pengajaran yang boleh diambik oleh mereka yang berfikir secara positif. yang berfikiran negatif tu gua malas cakap la. ingatkan filem ni setel kat situ je, tengok-tengok ada yang kedua pulak.

Filem Jalan Kembali Bohsia 2
Jalan Kembali : Bohsia 2

gua macam curious pulak nak tahu apa abang Syamsul nak ketengahkan dalam filem yang kedua pulak. filem ni okay jugak la. seperti filem pertama, ada aksi, ada adegan kurang sopan dan ada lawak-lawak jugak dengan kehadiran Zizan. jalan cerita bagi aku okay la. takde merepek sangat macam filem lain. dan seriously filem kedua ni ada lebih banyak pengajaran berbanding filem pertama. tak percaya korang tengok la sendiri nanti. tapi yang berumur 13 tahun ke atas ye.


gua taknak cakap pasal kontroversi yang timbul pasal filem ni. filem ni dah keluar dah pun. so gua ambik jela pengajaran yang baik. harap filem ni boleh menyedarkan mereka yang belum sedar-sedar lagi. pujian diberikan kepada Sofi Jikan atas lakonan beliau yang mantap. aku tak tau kenapa lakonan dia aku suka. natural la kira. kalau beliau jadi hantu pun aku rasa gua cuak jugak. ni jadi mat rempit takyah cakap la. beliau selalu berjaya menghidupkan watak beliau dengan berjaya. tahniah.


"Pintu taubat masih terbuka. Belum terlambat untuk kembali. 
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat"

itu saje la eh. yang baik jadikan pengajaran, salah silap harap dimaafi. teguran yang membina sangat dialuk-alukan. nak share apa-apa pendapat pun boleh. best jugak. :)

yours truly,

2 comments:

una nabilah said...

wah! una jadi semakin teruja nk tgk cete ni. tp smpai skrg x dpt tgk lagi.. huhuhuhu

Akif said...

haha. takpe. ada peluang tengok la nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars