Wednesday, June 20, 2012

Heartstrings


salam semua
seperti tajuk di atas - kalau tak tahu apa itu Hearstrings, ia adalah tajuk sebuah drama korea yang famous tapi aku je yang lambat baru nak tengok. takpe. aku dah habes tengok dah. baru sekarang nak cerita. so layan saje ~
 
Heartstrings

cerita ni pasal budak-budak belajar music la senang cerita, Jung Yong Hwa sebagai Lee Shin, pelajar applied music yang menganggotai band The Stupid yang sememangnya sudah gempak. dibantu oleh si heroin, Park Shin Hye sebagai Lee Gyu Won, pelajar traditional music yang menganggotai team Windflower yang takde la power mana. haa. boleh bayangkan tak? traditional music lawan modern music. tu baru lawan, tapi bila bergabung? fuuh. music yang sangat mantap terbentuk.
 
 
apa yang best pasal drama ni yang kecoh sangat orang cakap-cakap. semestinya sebab si hero dan si heroin. Jung Yong Hwa dengan Park Shin Hye kot! ok over. sebab diorang dah pernah popular dengan drama You're Beautiful dulu kot, so sebab tu ramai yang nak tengok lakonan diorang dalam drama yang baru pulak. paling best sebab Yong Hwa banyak tunjukkan skill beliau bermain gitar yang cukup mantop. terpaku gua dengar beb. power betul mamat ni. dan tak sangka pulak Park Shin Hye boleh main gayageum (alat muzik tradisional korea) dengan baik. tak tau la kan. tapi macam terrer la jugak. 
 
 
jalan cerita bagi aku biasa je kot. tapi best sebab takde focus kat cinta sangat sangat. tapi cintan cintun tu tetap ada la. aku suka bila fokus kat music. best bila diorang gabungkan traditional music dengan modern music. gempak kot. advantage kat situ la. lain sikit daripada drama korea yang lain. dan kalau dah nama drama korea tu, memang banyak la scene yang terharu ni. haish. menguji jiwa betul la.
 
 
macam mana pun, drama ni best la bagi aku. patut la roommate aku sanggup stay up sampai Subuh untuk habiskan drama ni. aku paling suka OST dia. memang sangat kena dengan situasi dalam drama tu. sampai setiap kali aku dengar aku boleh dapat feel lagu ni. eceh. ni antara lagu yang aku suka dalam drama ni:

Jung Yong Hwa - Because I Miss You
Jung Yong Hwa - You've Fallen For Me
Park Shin Hye - The Day We Fall In Love

korang dengar la sendiri. lagi best kalau korang tengok sekali drama ni. baru dapat feel yang aku cakap tu. haha. apa-apa pun aku tabik abang Yong Hwa ni. aku tak tau kenapa dia je hero lelaki yang control macho dan cool yang aku boleh terima. kalau Kim Hyun Joong aku kureng sikit la. tak tau kenapa. so memang daebak la Yong Hwa. *bias bias* tengok la eh drama ni kalau anda free. :D

yours truly,

3 comments:

iejah said...

betol2.. cerita ni antara cerita cinta yg tak berapa cintan (snpai tak maksud??) drama ni lebeh kepada muzik & seni.. Bgaimana org korea cuba menaikkan nama alat2 muzik tradisional mereka melalui drama..sekadar berkongsi pendapat ^__^

Nurzaty said...

Agreeddd! cerita ni best sebab banyak pasal music. Yonghwa main gitar power giler. sungguh power! *lepas tengok heartstrings terus rasa nak belajar guitar kekeke :P*

Akif said...

yup. tau takpe. memang best cerita ni. terbaek la korang. ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars