Friday, June 15, 2012

Cherating - 09&100612


YEAY!

 exam is over. OVER! fuuh. habes dah pun. takyah nak tension-tension dah. 
last payyper adalah Number Theory. subjek yang paling susah. examnya hari Sabtu - 9 Jun 2012.
kau bayangkan, malam 8 Jun tu Panjang ajak aku turun volleyball sebab UIA buat friendly dengan Hospital Seremban. aiseh. aku pun turun saje la. dari pukul 8 sampai 11 jugak la baru aku balik. balik tu baru nak makan kat belakang, pastu nak rehat la, nak mandi la apa la.then pukul 1 pagi jugak la nak selak-selak balik nota semua. Hanis pulak datang nak study sekali. at last aku tido pukul 4 pagi jugak lepas study dengan Hanis. esoknya exam pukul 9. memang chantek. 

esok lepas exam kitorang balik dulu sebelum bertolak untuk bercuti. balik tu baru la proses pack bermula. banyak jugak barang aku sebenarnya. satu sem je pun. apa la naseb takleh nak tinggal kat sini. semua kena bawak balik jugak. lepas zohor, baru kitorang bertolak ke Cherating - Pak Itam Inn.

 
memang terbaek. terletak di tepi pantai. kitorang konvoi 3 kereta. aku, Mohsen dengan Shaqir. dalam 14 orang kesemuanya. sampai kat chalet tu memang dah excited dah. sebelah laut je kot wehh. lepas letak barang, terus pegi tepi pantai. wahhh. tak sabar dah. lepas Asar, tukar baju dan terus lompat mandi laut. pastu siap main volleyball pantai kat hotel sebelah lagi. best best.  

 
malam tu, aktiviti yang best - BBQ. yup. diorang sediakan bahan. kitorang bakar ramai-ramai. sambil ditemani pelbagai lagu, lagu Siti Nurhaliza pun ada. lepas dah bakar segala ayam, sotong, sosej dengan udang, kitorang pun makan ramai-ramai. sambil tu ikan masih lagi dibakar. lepas dah habis, semua dah kenyang. so tinggal la berapa orang je untuk habiskan ikan bakar. ratah saje la. sedap jugak. hee. malam tu tengok Euro - Netherland VS Denmark. tapi aku sebab kepenatan yang amat angakara semalam lagi, memang terus tertido la dalam pukul 1 lebih. 

 


 
 

bangun-bangun je dah Subuh. semua solat berjemaah. lepas Subuh terus siap-siap untuk mandi lagi. 

 
main volleyball dalam 2 set. lepas tu terjun kolam hotel sebelah. main volleyball dalam kolam pulak. haha. then lepas dah habis semua, dalam pukul 10 kitorang bertolak balik ke IM2 dan singgah breakfast di tengah jalan. lepas sampai, terus hantar mereka yang naik bas ke terminal dan bertolak ke KL bersama 3 kereta - aku, Mohsen dan Safwan. barang semua penuh je dalam tiga-tiga kereta.

sampai UM dalam pukul 6. lepas Maghrib, dinner kat Murni bersama-sama. malam tu tengok Italy VS Spain. esok pagi dalam pukul 11 pagi aku dengan Hafiz bertolak balik ke Penang. sampai dalam pukul 3 petang. akhirnya . . .

HOME SWEET HOME! :)

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars