Thursday, June 28, 2012

Ouran High School Host Club


salam semua.
okeh. ni review sikit pasal drama Jepun pulak. asyik Korea je kan.
cerita ni bukan drama cinta sangat la. ada sikit je episod dia.
drama ni pun Fara yang suggest aku tengok so layan jela.
jom kita tengok ~


Ouran High School Host Club

ok. ni sebenarnya drama lawak. drama ke? takde drama sangat pun la. mengisahkan tentang sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah ni yang diberi nama Host Club. tapi serius sekolah ni memang banyak kelab pelik pelik. Host Club la, Newspaper Club la, Wrestling Club la, Black Magic Club la. entah hape hape entah.


Host Club ni pulak terdiri daripada 6 orang lelaki terhangat masa kini iaitu, Suou Tamaki (president), Ootori Kyoya (vice president), Morinozuka Takashi, Haninozuka Mitsukuni, dan pasangan kembar; Hitachiin Hikaru dan Hitachiin Kaoru. tapi oleh kerana sebab yang tak dapat dielak, seorang perempuan yang menyamar sebagai lelaki terpaksa join kelab ini. beliau adalah Fujioka Haruhi. setiap seorang ahli Host Club ni ada charm masing masing yang membuatkan semua perempuan konpom cair la wa cakap lu. dan tugas diorang pun memang mengambil customer perempuan untuk diorang layan. bisnes beb.


banyak la masalah yang terjadi dalam Host Club ni. dan yang bestnya sebab ada la lawak-lawak bodoh yang diorang. reaction yang sememangnya over gila. macam hampehh. adegan yang macam macam. tak logik pun ada jugak. memang lawak la. senang cerita drama ni lebih kurang drama Hana Kimi dengan My Boss My Hero la. amacam? lawak kan?


drama ni ada dalam 11 episod je. satu episod tak sampai sejam pun. 
so kepada mereka yang nak jimat masa boleh la layan drama ni sambil bergelak ketawa. jom jom. :D

yours truly,

Saturday, June 23, 2012

Dream High 2



salam semua
seperti tajuk diatas, yeahh saya mau cerita sikit pasal satu drama tahun ini.
memang cukup popular dengan drama season yang lepas - Dream High 1.
jom kita tengok aa yang menarik dengan drama kedua ni pulak.

Dream High 2

seperti Dream High 1, diorang sebenarnya takde watak utama. tak tahu mana satu first hero mana satu second hero. macam tu jugak la dengan heroin. tu yang aku suka bila tengok Dream High. setiap sorang tu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. so takde la macam hero tu sentiasa perfect dan confirm akan dapt heroin. haa. menarik kan.dibintangi oleh Jin Woon sebagai Jin Yoo Jin, Kang So Ra sebagai Shin Hye Sung, JB as JB, dan Park Ji Yeon sebagai Rian. ini watak utama. watak sampingan tu korang tengok sendiri la nanti ye.


kalau dah nama Dream High tu, mesti la cerita pasal students kat Kirin Art School neh. sekolah yang terdapat student yang sangat bercita-cita tinggi untuk menjadi penyanyi, penari, komposer dan sewaktu dengannya. macam biasa, aku kurang suka watak yang terlampau menunjukkan dia hero. watak ni dibawa oleh JB. boring betul la mamat ni. nak cakap semua dia terrer la. nyanyi boleh, menari best, dah debut pulak. fuuh. tapi mesti ada kekurangan punya. untuk heroin pulak, aku tak tahu la mana satu heroin. mungkin Shin Hye Sung kot. boleh la kot nak jadi heroin. hati suci baik budi pekerti. lain la daripada Rian. so boleh laa.

dan character paling favaourite adalah Jin Yoo Jin! mamat ni memang selamba, sempoi habes. walaupun tak cool tapi lawak jugak. dia power tapi tak berlagak sangat. dia tau apa yang dia nak dan dia kejar apa yang dia nak. tak terpengaruh langsung dengan orang lain dan faktor lain. berpendirian tetap. so bagi aku dia la hero yang sebenar. memang terbaek la mamat ni.

so pape pun korang tengok la drama ni, bagi aku lagi best daripada season 1. memang character yang dulu takde la dalam season ni. takde macam sambungan sangat tapi not bad la. feeling jugak la. so enjoy! ^^


macam biasa. favourite and always. :)
Park Ji Yeon - Rian

"dreams is not only for those with talents, dreams are for everyone"

yours truly,

Thursday, June 21, 2012

Jalan Kembali : Bohsia 2


salam semua. 

aku macam banyak je benda nak update. tapi bila duduk rumah ni macam malas pulak. aiseh. sebab focus kat Euro la kot. *alasan* aku nak cerita pasal satu filem ni. tengok tajuk pun dah tau kan.

aku ingat lagi masa form 5. masa tu kat KISAS. aku pun tak tahu entah macam mana boleh ada filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam kat dalam CPU dalam bilik MMU tu, entah siapa la yang download tu. habis tu, takkan gua nak biarkan saje filem tersebut dalam tu, gua pun ajak la budak2 LI stay back lepas prep kat bilik MMU untuk tonton bersama filem tersebut. ok. kepada mereka yang tidak tahu, filem sebegini adalah totally HARAM kepada budak KISAS. apetah lagi tengok dalam KISAS pulak. ish ish. *kantoi*

cerita tu takde la lucah ke apa. tapi ada la adegan yang kurang sopan ataupun budaya yang tidak sihat yang tidak patut ditunjukkan kepada remaja seperti kami ini. eceh. kitorang pun layan jela. best jugak sebenarnya cerita tu. ada la lawak-lawak jugak dengan kehadiran Shaheizy Sam dan lagi best, Aaron Aziz. yang lain pun boleh la. walaupun filem tu macam tu, tapi ada jugak pengajaran yang boleh diambik oleh mereka yang berfikir secara positif. yang berfikiran negatif tu gua malas cakap la. ingatkan filem ni setel kat situ je, tengok-tengok ada yang kedua pulak.

Filem Jalan Kembali Bohsia 2
Jalan Kembali : Bohsia 2

gua macam curious pulak nak tahu apa abang Syamsul nak ketengahkan dalam filem yang kedua pulak. filem ni okay jugak la. seperti filem pertama, ada aksi, ada adegan kurang sopan dan ada lawak-lawak jugak dengan kehadiran Zizan. jalan cerita bagi aku okay la. takde merepek sangat macam filem lain. dan seriously filem kedua ni ada lebih banyak pengajaran berbanding filem pertama. tak percaya korang tengok la sendiri nanti. tapi yang berumur 13 tahun ke atas ye.


gua taknak cakap pasal kontroversi yang timbul pasal filem ni. filem ni dah keluar dah pun. so gua ambik jela pengajaran yang baik. harap filem ni boleh menyedarkan mereka yang belum sedar-sedar lagi. pujian diberikan kepada Sofi Jikan atas lakonan beliau yang mantap. aku tak tau kenapa lakonan dia aku suka. natural la kira. kalau beliau jadi hantu pun aku rasa gua cuak jugak. ni jadi mat rempit takyah cakap la. beliau selalu berjaya menghidupkan watak beliau dengan berjaya. tahniah.


"Pintu taubat masih terbuka. Belum terlambat untuk kembali. 
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat"

itu saje la eh. yang baik jadikan pengajaran, salah silap harap dimaafi. teguran yang membina sangat dialuk-alukan. nak share apa-apa pendapat pun boleh. best jugak. :)

yours truly,

Wednesday, June 20, 2012

Heartstrings


salam semua
seperti tajuk di atas - kalau tak tahu apa itu Hearstrings, ia adalah tajuk sebuah drama korea yang famous tapi aku je yang lambat baru nak tengok. takpe. aku dah habes tengok dah. baru sekarang nak cerita. so layan saje ~
 
Heartstrings

cerita ni pasal budak-budak belajar music la senang cerita, Jung Yong Hwa sebagai Lee Shin, pelajar applied music yang menganggotai band The Stupid yang sememangnya sudah gempak. dibantu oleh si heroin, Park Shin Hye sebagai Lee Gyu Won, pelajar traditional music yang menganggotai team Windflower yang takde la power mana. haa. boleh bayangkan tak? traditional music lawan modern music. tu baru lawan, tapi bila bergabung? fuuh. music yang sangat mantap terbentuk.
 
 
apa yang best pasal drama ni yang kecoh sangat orang cakap-cakap. semestinya sebab si hero dan si heroin. Jung Yong Hwa dengan Park Shin Hye kot! ok over. sebab diorang dah pernah popular dengan drama You're Beautiful dulu kot, so sebab tu ramai yang nak tengok lakonan diorang dalam drama yang baru pulak. paling best sebab Yong Hwa banyak tunjukkan skill beliau bermain gitar yang cukup mantop. terpaku gua dengar beb. power betul mamat ni. dan tak sangka pulak Park Shin Hye boleh main gayageum (alat muzik tradisional korea) dengan baik. tak tau la kan. tapi macam terrer la jugak. 
 
 
jalan cerita bagi aku biasa je kot. tapi best sebab takde focus kat cinta sangat sangat. tapi cintan cintun tu tetap ada la. aku suka bila fokus kat music. best bila diorang gabungkan traditional music dengan modern music. gempak kot. advantage kat situ la. lain sikit daripada drama korea yang lain. dan kalau dah nama drama korea tu, memang banyak la scene yang terharu ni. haish. menguji jiwa betul la.
 
 
macam mana pun, drama ni best la bagi aku. patut la roommate aku sanggup stay up sampai Subuh untuk habiskan drama ni. aku paling suka OST dia. memang sangat kena dengan situasi dalam drama tu. sampai setiap kali aku dengar aku boleh dapat feel lagu ni. eceh. ni antara lagu yang aku suka dalam drama ni:

Jung Yong Hwa - Because I Miss You
Jung Yong Hwa - You've Fallen For Me
Park Shin Hye - The Day We Fall In Love

korang dengar la sendiri. lagi best kalau korang tengok sekali drama ni. baru dapat feel yang aku cakap tu. haha. apa-apa pun aku tabik abang Yong Hwa ni. aku tak tau kenapa dia je hero lelaki yang control macho dan cool yang aku boleh terima. kalau Kim Hyun Joong aku kureng sikit la. tak tau kenapa. so memang daebak la Yong Hwa. *bias bias* tengok la eh drama ni kalau anda free. :D

yours truly,

Monday, June 18, 2012

Kitab Terfaktab 2


salam semua.
aku memang tak tahu pun Kitab Terfaktab yang kedua sudah keluar di pasaran.
mungkin sebab agak busy, sampai takde masa nak bukak blog-blog yang best. 
*eceh. padahal kau bukak twitter dengan facebook boleh saje*
lepas kawan aku bagitau, baru la aku tau. terus order la satu nak try baca.

Kitab Terfaktab 2
Nakal Tapi Halal

memang agak curious bila tahu ada Kitab Terfaktab 2 ni. sebab tu aku terus order online daripada blog Terfaktab sendiri. dalam 2 hari je dah sampai rumah. hebat. tapi lepas final baru aku boleh baca. mungkinkah skuad Terfaktab membawa konsep yang sama macam dalam Kitab Terfaktab 1 untuk kitab kali ini. adakah masih cinta tipikal remaja zaman sekarang? itu yang aku nak tahu sangat. 

seperti yang dijangkakan, skuad Terfaktab memang best dengan setiap penulisan diorang. tak boleh disangkalkan. masing-masing ada cara tersendiri untuk menyampaikan pendapat diorang dan mencurahkan ilmu serta pengalaman diorang. bukan senang tau. memang menarik. good job kepada skuad Terfaktab: Bukan Penggoda, Shahirah Khairudin, Isaac Ismael, Mr. K, Sofia Nin, Penulis Sahaja, Lord Zara, Ulii Azman, The Bent Pencil, Alexia Aqram, Brader Leplep, Hellioz, Amoi, Elena Reeney, Nami dan Husky Pusky. 

okay. ni pendapat aku pulak tentang Kitab Terfaktab 2. memang best! seriously. konsep yang dibawa memang lain daripada Kitab Terfaktab 1. kitab ni menceritakan lebih kepada real life, realiti kehidupan dan mengajak kita berpijak di dunia yang nyata. bukan khayalan cinta semata-mata. bukannya macam "cinta adalah segala-galanya" dan "hidup aku hanya untuk cinta". kitab kali ni membuka mata kita tentang bagaimana nak deal dengan cinta. apa cara yang betul untuk handle cinta dalam beberapa situasi tertentu. bukan senang sebenarnya. silap cara, kau binasa. sebab tu orang cakap cinta boleh membunuh.

aku suka apabila skuad Terfaktab ketengahkan bagaimana nak jadikan cinta itu bermakna. ada banyak cara bagaimana kau nak handle perasaan cinta tu dalam setiap situasi. ada cara baik, ada cara tak. terpulang pada kau untuk memilih. kalau nak cinta yang halal, maka pilih la cara yang terbaik, secara rasional. bukannya memilih ikut nafsu dan perasaan saja. memang aku rasa ramai orang perlukan guide sebegini dalam alam percintaan yang sebenar. baru aku faham kenapa tajuk yang digunakan aadalah "Nakal Tapi Halal".

aku minat dengan artikel-artikel ni dan aku rasa aku nak dedikasi artikel ni kepada kawan-kawan aku. firstly, Rebound Relationship by Mr. K - aku dedicate kepada Hafiz Yazid. serious hang kena baca artikel ni weh. haha. secondly, Kawan Baik Menjadi Kekasih by Bukan Penggoda - dedicated to Azyan Aziz. kau kena baca jugak. baru tambah seram kau tu. haha.

"menikahi orang yang kita cintai ialah satu kemungkinan. 
tapi mencintai orang yang kita nikahi adalah satu kewajipan."

so overall kitab ni semakin baik. well done kepada semua yang terlibat dalam pembikinan kitab ni. aku tak sabar pulak nak tengok Kitab Terfaktab 3. semoga isi kandungan dan ilmu yang diberi adalah lebih baik insyaAllah. all the best, Terfaktab!

yours truly,

Saturday, June 16, 2012

Semester 1


salam semua

alhamdulillah. sekarang dah habis semester 1 kat main campus UIA, Kuantan. 
fuuh. tempat baru, macam-macam benda baru yang kitorang dapat. 
ni serba sikit la apa yang aku dapat masa sem 1 kat UIA ni.

ok. batch kitorang sebenarnya batch yang paling ramai. kau bayangkan satu batch dah lebih kurang 130 orang. batch lain dalam 50 ke 60 orang je. sempoi kan kitorang? kitorang lelaki yang ramai ni ditempatkan di 5 buah bilik la kat IM2 tu. memang bilik pun dekat-dekat je. pape hal info ke ada pape ke memang senang sampai la. kau bayangkan dulu kat CFS tak pernah nampak pun, tapi bila kat sini semua jadi rapat. 

Hostel - aku duduk bilik T8 1.7. datang la bila free. bilik tu dipecahkan ikut compartment. best jugak. ada privacy sikit. roommates : Amirullah, Metoi, Baihaqi, Ejat, Paan, Hanis, Ehsan dengan Ipin. semua memang terbaek. lagu tema bilik kitorang adalah : Najwa Latif - Kosong, Sleeq feat Najwa Latif - Untuk Dia, BIGBANG - Haru Haru. perkataan palik popular : "Lekkk, tetiba camtu pulak ekkk"

Aktiviti - antara aktiviti yang kira wajib la kitorang kat sini adalah futsal, bola, dan swimming. seriously. tempat futsal kat area ni sangat banyak. dan biasanya kitorang akan main kat BIM Futsal. dekat sangat dengan hostel, jalan kaki pun boleh. dan masa main futsal biasanya dijadualkan pada pagi Jumaat pukul 10 setiap minggu. maklum la Jumaat takde kelas. bola pulak setiap petang dekat padang berdekatan. swimming pulak setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. boleh pergi masa petang atau malam. bergantung kepada masa lapang dan ramai orang ke tak. haa. itu la antara aktiviti wajib kitorang kat sini. tapi petang kadang-kadang aku pegi main volleyball jugak kat campus.

Study - ada 7 subjek. biasa kelas pagi je. petang jarang ada kelas. agak heaven dan free. Jumaat takde kelas. yang lain biasa. buku untuk Calculus dengan Number Theory memang aku tak beli. sebab aku tau memang aku takkan guna pun. buku MGT agak menyesal jugak beli. tak guna pun. aish.

Society - mula berkecimpung dengan SCIENCESS lepas midsem la lebih kurang. Faciteam macam susah nak jalan je. setakat ni program yang aku join adalah SICCA, ABC Talk dengan SCIENCESS Ukhuwah Day. semua dalam biro Pub Info. naseb baik dah biasa. fuuh. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, kerja pun setel. 

Weekend - biasanya ke Teluk Chempedak. untuk makan-makan je sambil lepak tepi pantai dan release tension. masa awal, tiap tiap minggu pergi. kadang-kadang akan ada aktiviti midnight movie beramai-ramai. bergantung kepada movie best yang ada. best jugak. ada sekali tu pergi main bowling dan snooker ramai-ramai. memang kebanyakan aktiviti weekend akan dibuat beramai-ramai.

 main bowling dan snooker!

  makan ikan bakar mehhh

Conclusion

- sebenarnya bila dah rapat ni, memang macam-macam perangai la yang kau akan jumpa. mungkin biasa, mungkin pelik, mungkin luar biasa. kadang-kadang sakit hati, sentap, kecewa, happy, excited, enjoy. semua ada. itu la yang menjadi menarik bila ada personaliti yang berbeza.
- bila dah rapat ni pulak, kalau nak buat aktiviti pape, atau nak pegi mana-mana ke, kena ajak semua sekali. kalau tak ajak, nanti ada la yang nak sentap la, terasa la. aiseh. lawak pulak. haha.
- bila dah hidup macam keluarga camni pulak, memang senang segala info nak dapat. segala gosip terkini yang keluar, mesti akan sampai kat semua. so jangan risau la. kalau ada yang ketinggalan jugak memang tak tau la nak cakap apa. 

still the best drink - collection selama satu sem :D

so overall, sem 1 ni best jugak. macam-macam suka duka ada. harap yang terbaik untum sem 2 kalau masih ada rezeki kat sana. insyaAllah. :)

yours truly,

Friday, June 15, 2012

Cherating - 09&100612


YEAY!

 exam is over. OVER! fuuh. habes dah pun. takyah nak tension-tension dah. 
last payyper adalah Number Theory. subjek yang paling susah. examnya hari Sabtu - 9 Jun 2012.
kau bayangkan, malam 8 Jun tu Panjang ajak aku turun volleyball sebab UIA buat friendly dengan Hospital Seremban. aiseh. aku pun turun saje la. dari pukul 8 sampai 11 jugak la baru aku balik. balik tu baru nak makan kat belakang, pastu nak rehat la, nak mandi la apa la.then pukul 1 pagi jugak la nak selak-selak balik nota semua. Hanis pulak datang nak study sekali. at last aku tido pukul 4 pagi jugak lepas study dengan Hanis. esoknya exam pukul 9. memang chantek. 

esok lepas exam kitorang balik dulu sebelum bertolak untuk bercuti. balik tu baru la proses pack bermula. banyak jugak barang aku sebenarnya. satu sem je pun. apa la naseb takleh nak tinggal kat sini. semua kena bawak balik jugak. lepas zohor, baru kitorang bertolak ke Cherating - Pak Itam Inn.

 
memang terbaek. terletak di tepi pantai. kitorang konvoi 3 kereta. aku, Mohsen dengan Shaqir. dalam 14 orang kesemuanya. sampai kat chalet tu memang dah excited dah. sebelah laut je kot wehh. lepas letak barang, terus pegi tepi pantai. wahhh. tak sabar dah. lepas Asar, tukar baju dan terus lompat mandi laut. pastu siap main volleyball pantai kat hotel sebelah lagi. best best.  

 
malam tu, aktiviti yang best - BBQ. yup. diorang sediakan bahan. kitorang bakar ramai-ramai. sambil ditemani pelbagai lagu, lagu Siti Nurhaliza pun ada. lepas dah bakar segala ayam, sotong, sosej dengan udang, kitorang pun makan ramai-ramai. sambil tu ikan masih lagi dibakar. lepas dah habis, semua dah kenyang. so tinggal la berapa orang je untuk habiskan ikan bakar. ratah saje la. sedap jugak. hee. malam tu tengok Euro - Netherland VS Denmark. tapi aku sebab kepenatan yang amat angakara semalam lagi, memang terus tertido la dalam pukul 1 lebih. 

 


 
 

bangun-bangun je dah Subuh. semua solat berjemaah. lepas Subuh terus siap-siap untuk mandi lagi. 

 
main volleyball dalam 2 set. lepas tu terjun kolam hotel sebelah. main volleyball dalam kolam pulak. haha. then lepas dah habis semua, dalam pukul 10 kitorang bertolak balik ke IM2 dan singgah breakfast di tengah jalan. lepas sampai, terus hantar mereka yang naik bas ke terminal dan bertolak ke KL bersama 3 kereta - aku, Mohsen dan Safwan. barang semua penuh je dalam tiga-tiga kereta.

sampai UM dalam pukul 6. lepas Maghrib, dinner kat Murni bersama-sama. malam tu tengok Italy VS Spain. esok pagi dalam pukul 11 pagi aku dengan Hafiz bertolak balik ke Penang. sampai dalam pukul 3 petang. akhirnya . . .

HOME SWEET HOME! :)

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars