Thursday, May 17, 2012

Vanila Coklat


salam semua

okay. aku tahu korang tengok tajuk pun korang dah tahu aku nak cerita pasal apa kan. haila korang ni. yela yela. memang la aku tak up-to-date macam korang pasal drama-drama gini. ish ish.

Vanila Coklat
 
aku tahu dah lama sangat dah drama ni ditayangkan di lot Lestary kat TV3 tu ha. aku saje je malas nak follow drama ni sebab masa tu kena sambung study dah. takkan tiap-tiap Selasa malam aku nak pegi warung kat depan surau tu semata-mata nak tengok drama ni. aiseh. *eleh. macam kau pernah follow je drama Adamaya, Nora Elena, Juvana, Tentang Dhiya ke sebelum ni. cehh.*

so ada la kawan aku yang rajin download drama ni. oleh kerana ramai yang membawa mulut mengatakan drama ni best la shuweet sangat la, maka aku pun mengambil insiatif untuk sedut drama ni untuk menonton sendiri. macam best je kan. jadi beberapa minggu sebelum exam gua dah start tengok drama ni. 

 

gua fikirkan hanya gua sorang je yang layan drama melayu sebegini, tetiba gua terperasan ada orang kat belakang gua. tengok-tengok Hilmi join sekali. so okeh jela tengok berdua. beberapa minit kemudian, Ipin pulak join. aik? then Bai pulak join. pastu memang 4 5 orang jugak la duduk sekali tengok drama ni. pelik betul. sebelum ni gua layan drama Korea takde sape pulak nak join gua. ish ish.

lepas aku tengok drama ni, baru aku tau kenapa ramai sangat suka dengan drama ni. okeh. meh aku ringkaskan je la sebab-sebab tu ye. firstly, memang sebab si heroin, Izara Aishah yang cun melecun cantik menawan kut miut. seriously. itu sebab yang utama. kau bayangkan setiap kali dia marah dan membebel, muka dia mesti cute je. memang sebab tu lelaki terpaksa layan jugak drama ni. pastu memang selamba habes dan sangat sempoi. secondly, mesti la sebab si hero, Amir. bukan nak cakap la. mamat ni takde poyo sangat la bagi aku. sempoi jugak. pandai untuk masuk line, banyak bersabar dan tahu bila nak jadi sweet dan romantik. so kredit kepada dia jugak.

diorang ni pelakon yang naturally memang selamba dan sempoi. sebab tu la kot macam serasi bersama je. ditambah pulak dengan jalan cerita yang macam tu, memang nampak sweet together la. 


aku malas la nak cakap pasal heroin ni sebab aku rasa ramai je yang dah chop dia awal-awal. so tak nak la walaupun dia memang *ehem* eh apa tadi? hee. aku tetap setia dengan Ha Ji Won dan Kim Tae Hee. jadi kepada sesiapa yang belum tengok drama ni, sila la tengok bila anda bosan ke tak tahu nak buat apa ke. layan saje. lawak, romantik, semua ada. ^^

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars