Tuesday, April 17, 2012

Updated!

salam semua.
maaf sangat sangat sebab tak update lama. nak dekat sebulan lebih kot.
lepas cuti midsem, kebusyan terus melanda secara mendadak. huhu.
ok la. aku nak update sikit-sikit balik. korang kalau rajin, baca la ye. :D

1 April tu balik hostel dah. diteruskan dua paper untuk midsem. setel. 7 April tu pulak aku ada Ujian Munsyi USM dekat SMK Tengku Panglima Perang. dekat sangat dengan hostel. yes. ujian untuk masuk ke USM. jumpa Faten Nabila jugak kat sana. aku tak tau la dapat ke tak. kalau dapat pun aku tak tau nak pegi ke tak. so jangan tanya aku pape pasal ni. sekian terimakaseh.

minggu lepas tu, tak settle dengan event ABC Talk tu, dah dapat offer untuk jadi committe SCIENCESS Family Day. dapat la Head Com untuk Pub Info. ok je la kot. kalau setakat handle dua event, insyaAllah mampu lagi. maka malam-malam yang biasa dipenuhi meeting la. sampai tak sempat nak swimming, tak sempat pegi aikido. huhu.

13 April. Amir datang Kuantan sebab ada pertandingan ping pong. malam tu kitorang ajak lepak kat Jungle. lepak sambil makan-makan. walaupun aku teruk kena bantai, aku apa kesah. tade hal punya. cerita lama. lagipun dah settle dah pun. hee. esoknya, kami budak budak study circle dengan abang Hazwan ni kena jaga booth Islamic Relief Malaysia untuk IIUM Fiesta dekat Berjaya Megamall. dari pukul 6 petang sampai 10 malam. aku dengan Ahnaf berjalan satu Megamall edar brochure dan explain kat orang ramai. fuuh. Amir datang lepas Maghrib pun join saje. then pegi makan kat Teluk Chempedak. lepas hantar balik, kitorang teruskan dengan midnight movie - Battleship. terbaek punya. lepas tu baru balik hostel. esoknya Amir balik dah. kitorang rest habis-habisan. fuuh.

16 April pulak ada meeting untuk final touch ABC Talk. bayangkan aku tak pernah pegi sekali pun meeting ABC tu. apa punya Head Com Pub Info daa. tapi ok la dah buat kerja semua. lagipun assistant aku, kak Huwaida pun best je. so semua kerja settle. alhamdulillah. final touch pun takde pape sangat. semua dah ready. lepas meeting tu kitorang reward diri sendiri laa - Tutti Fruiti! walaupun esoknya ada meeting Family Day. tak kesah. yang penting hati happy ~ :)


ok. jangan tanya la berapa harga ni semua. hee ~

lagi sekali, mintak maaf kepada semua readers. memang agak busy. sampai terlupa langsung untuk update blog. bila teringat nak update, ada pulak kerja yang menanti. huhu. thanks kepada semua pembaca. aku tulis je la apa yang boleh ye. :D

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars