Saturday, May 12, 2012

Cruzar 2602


salam semua

kali ni saje aku nak cerita pasal aktiviti santai kitorang. lepas aku dah habis segala quiz, presentation dengan event tu, memang lega sangat dan free habes lah. untuk melepaskan tension yang dulu terbeban, kitorang decide untuk pergi memancing. 6 May 2012. yes. Hanis punya plan la ni. first thing - cari joran dan alat kelengkapan.

satu Kuantan kitorang pusing cari kedai joran. ada kedai yang mahal macam apa entah. adoyai. dah la kitorang ni amatur je. takkan nak terus beli joran ratus-ratus. gi-la. at last jumpa jugak kedai jorang yang memang menarik. yang RM18 punya joran pun ada. terbaek. maka aku pun pilih la joran aku. 

introducing;
Cruzar 2602 :)

aku dengan Hanis ingatkan esok tu baru nak pegi memancing sebab pagi tu hujan sampai tengah hari. tapi Ejat, Ahnaf dengan Ansari naik semangat pulak nak try joran baru ni. aiseh. group P pun teruja yang amat dan terus mencari lokasi. nampak Pantai Sepa, terus kitorang masuk. tengok port dulu baru pegi beli umpan - sotong dengan udang. then, terus campak joran dan tunggu rezeki. 

 aku dengan Ejat
Hanis, Ahnaf dan Ansari

lepas memancing tu, pegi solat semua. then special dinner kat Tanjung Lumpur - Ana Ikan Bakar Petai. mula-mula tu bajet tak nak order banyak-banyak takut mahal. tapi bila tuntutan perut meminta lebih, kitorang tak kesah dah. pakai order je apa yang rasa best. haha. ikan siakap 3 rasa seekor, sotong masak tepung satu, kangkung belacan 2 pinggan, telur bistik satu, nasi putih 9 pinggan, jus tembikai. perghh. enjoy lah.





jangan tanya berapa harga semua tu. tapi alhamdulillah bawah bajet kitorang la. tu yang happy balik. haha. lepas makan, teruskan dengan memancing. tukar port pulak. kitorang pegi try kat Tanjung Api. ramai jugak orang memancing kat situ. air kat situ dalam sikit. kat sini ada taman untuk family lepak-lepak. patut ramai pun. kitorang pancing sampai tersangkut banyak kali tali pancing orang. ramai sangat. arus kuat pulak. dan alhamdulillah dapat la seekor ikan kecik kat situ. pastu bagi la kat pak cik kat situ untuk buat umpan. kitorang balik la sebab dah pukul 1.00 pagi kan.

pantai kat Kuantan ni kurang best sikit la. sebab banyak tempat landai. air tak dalam. ikan pun tak banyak. takpe la. kitorang pun dalam proses mencari port yang terbaik untuk aktiviti kitorang ni. nanti dah jumpa baru best. yosh!

yours truly,
ikit

3 comments:

Shazlia Razali said...

ana ikan bakar petai ? best ! best ! :D

Akif said...

sedap oh. haha

Anonymous said...

[url=http://www.sarvajal.com]viagra[/url]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars