Tuesday, May 15, 2012

Iryu Team Medical Dragon


salam semua.
fuuh. setelah agak lama jugak tak update. sekarang aku dah free.
exam dah habis. satu sem dah settle. focus kat blog la pulak.
kali ni nak cerita pasal satu drama yang aku tengok. sangat best!

Iryu Team Medical Dragon

drama ni ada 3 seasons. sangat terbaik. mengisahkan pasal seorang doktor ataupun hero la dalam drama ni, Asada Ryutaro. yang gambar paling besar kat atas tu. yang atas ni masa season 1. mengisahkan pasal kisah di sebuah hospital tentang doktor-doktor dalam Cardiac Department. lebih fokus kepada cardiac surgery la. fuuh. pegang jatung orang relax je. ini pasal hidup mati seorang pesakit kot. 


Team Medical Dragon ditubuhkan oleh Asada Ryutaro sendiri untuk mencari satu team yang terbaik supaya dapat menyelamatkan ramai pesakit di hospital tersebut. banyak la operation yang nampak mustahil, berjaya dilakukan oleh mereka jika mereka bekerjasama. serius gempak. skills dengan kebijaksanaan serta semangat diorang memang sangat inspirational. dan ini adalah ahli dalam Team Medical Dragon :

Asada Ryutaro - Head Surgeon
Kato Akira - Assistant Surgeon 1
Ijyuuin Noboru - Assistant Surgeon 2
Satohara Miki - Surgical Nurse
Arase Monji - Anesthetist
Fujiyoshi Keisuke - Clinician

ini normal posisi diorang la. tapi kadang-kadang akan bertukar jugak posisi surgeon biasanya bergantung kepada situasi. masing-masing memang ada skills yang tinggi. malas nak cakap. korang tengok sendiri nanti.


 untuk season kedua pulak, ada beberapa orang lagi yang join team ni :

Toyama Seiji - Vascular Surgeon
Kodaka Nanami - Anesthetist
Nomura Hirohito - ME
Matsudaira Kotaro - Gastroenterological Surgeon

bayangkan. cardiac surgeon bergabung dengan surgeon yang lain daripada vascular dengan gastroenterological surgeon. digabungkan dengan dua anesthetists yang terbaek sepanjang zaman - Arase Monji & Kodaka Nanami. memang gempak habes la! seriously.

 

season 3 lagi gempak. kenapa? ishh. aku malas betul la spoil-spoil nih. eceh. ada watak-watak baru jugak yang masuk. memang feeling touching habes la kalau layan drama ni. 

Magara Fuyumi - New Houseman
Kuroki Keijiro - Cardiac Catheter

kau bayangkan season ni la yang banyak gila kejutan. apa yang jadi kat Asada. segala masalah yang datang daripada orang atasan lagi. the coming of Asada's strongest rival. banyak cabaran. memang saspen. fuuh.


okay. aku suka posisi ni. masa season 1. bila Asada bergabung dengan Arase dan dibantu oleh Kato dengan Ijyuuin serta Miki - the best team ever!
 
seriously lepas tengok drama ni aku rasa nak tinggalkan Mathematics dan nak jadi surgeon. HAHA. aku tau memang agak gila. thanks to Amir la sebab suggest aku tengok drama ni. mula-mula cuak jugak dengan operation, darah, bagai. tapi lama-lama macam gempak jugak. macam coolio gila diorang. diorang la harapan dan usaha terakhir seorang manusia untuk terus hidup.


tapi macam mana pun, doktor ataupun pakar bedah tetap manusia. bukan ada kuasa menghidupkan atau mematikan nyawa seseorang. diorang hanya berusaha sebaik mungkin dengan pengetahuan dan kebolehan yang diorang ada untuk menyelamatkan. tapi takdir tetap di tangan Tuhan. jadi macam mana pun kau rasa diorang hebat, jangan pernah lupa kepada Pencipta diorang ni - Allah swt. Subhanallah. Allahuakbar. :)

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars