Thursday, April 19, 2012

ABC : A Fresh View Of Life


salam semua.

ok. sambung pulak kat sini. nak cerita pasal event yang satu ni - ABC Talk.
ni boleh kata event pertama aku terlibat. tak juga kot. ada jugak terlibat jadi subcom untuk SICCA. banyak jugak kerja sebenarnya walaupun event malam tu aku tak dapat hadir. 

untuk ABC Talk ni, sebenarnya Fatin sebagai subcom Pub Info inform Ahnaf yang dia jadi Head Com Pub Info. pastu Ahnaf macam malas pulak, lagipun tak biasa. maka ditolak la kepada aku. aku pun hentam ambik saje la. so Ahnaf dengan Fatin pulak yang jadi subcom. setel. dan aku pulak selalu contact dengan kak Huwaida sebagai assistant head com. 

memang tak pernah jumpa pun kak Huwaida ni. contact through sms je. kerja semua dia bagi, aku buat. sebab aku memang tak pernah pegi meeting. malas ke? tak jugak. ada la program lain yang aku kena buat sampai takleh pegi. so kak Huwaida dengan subcom lain jela yang pergi. lepas meeting baru diorang inform aku semua update. macam senang je kan? haha. sebab aku pada masa yang sama handle SCIENCESS Family Day jugak. huhu. at last final touch jela yang aku pegi pun. masa tu baru kenal kak Huwaida ni yang mana. committee lain pun baru kenal masa tu jugak.


18 April - hari kejadian. ABC Talk. 
petang tu datang untuk rehearsal. masa tu jugak nak gantung banner sebab bahagian kaunseling bagi banner lambat. so letak jela. kitorang handle bahagian registration. aku memang tak sangka ramai jugak yang datang talk ni. alhamdulillah. semua berjalan dengan sangat lancar. walaupun ada masalah sikit-sikit, tapi memang tak nampak pun la. memang best. sepanjang event tu, kitorang happy je handle. makan pun dapat. lebih banyak pulak tu. memang best la. hee. 

dan yang paling best adalah masa post mortem. yup. seriously aku tak pernah rasa post mortem yang macam ni. santai giler laaa. masa PRESSS dulu, kalau dengar post mortem je semua dah macam "aisehh". masa post mortem tu pulak semua orang tunduk bawah je. huhu. tapi kat sini lain. segala komen dan nasihat pun diberi dengan santai. so teguran tu senang la untuk diterima. dan pujian takyah cakap la. semua biro dipuji sebab event tu sangat lancar. alhamdulillah. tahniah kepada PM dang semua committe. memag best kerja dengan korang! :D

settle satu event. alhamdulillah. next, projek dekat tempat lain selama 4 hari. 
apa projek tu? akan diceritakan lambat sikit. insyaAllah. hehe.

p/s: gambar masa event akan diupload nanti. takde dalam simpanan pulak. aisehh. 

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars