Sunday, May 20, 2012

Chelsea!


CHELSEA!


Chelsea 2 - 0 Leverkusen
Valencia 1 - 1 Chelsea
Chelsea 5 - 0 Genk
Genk 1 - 1 Chelsea
Leverkusen 2 - 1 Chelsea
Chelsea 3 - 0 Valencia
Napoli 3 - 1 Chelsea
Chelsea 4 - 1 Napoli
Quarter-Final
Benfica 0 - 1 Chelsea
Chelsea 2 - 1 Benfica
Semi-Final
Chelsea 1 - 0 Barcelona
Barcelona 2 -2 Chelsea
Final
Bayern 1 - 1 Chelsea
(Chelsea win 4-3 on penalties)

kau bayangkan, sebab Astro kat hostel tak berbayar, maka tak boleh nak tengok final LIVE. aiseh. maka kitorang ramai-ramai keluar ke Jungle untuk menyaksikan perlawanan tersebut. berapa kereta entah pegi tak termasuk motor-motor yang lain. fuuh. kat sana pulak memang ramai yang support Bayern. tak tahu kenapa. mungkin anti-Chelsea kot. tak kesah la yang tu.

paling best - dulu aku bet dengan Achai masa EPL. kalau Manchester United menang, aku akan pergi ke kuliah berjalan tanpa pakaian. tapi kalau Manchester City menang, Achai la yang kena buat sebegitu. ditakdirkan aku menang! wahaha. kali ni kitorang bet lagi. kalau Chelsea menang, Achai yang kena buat benda yang sama. amacam? ada berani? :P


kau bayangkan bila Bayern leading masa dah nak habes tu, betapa Achai memberi tekanan kepada aku, sampai dah tarik nak bukak baju aku. hampeh punya budak. ceh. tapi bila Drogba score last minute tu, memang terdiam jugak beliau. kahkah. tu belum kutukan orang-orang lain yang bising kutuk Chelsea lagi. aish. tekanan. tapi bila penalti last yang diambil oleh Drogba tu menerjah masuk ke dalam gol, aku melompat daripada kerusi. terdiam semua yang lain mencari fans Chelsea yang lain - Paan, Hafiz, dan yang lain. Achai dah lari dah. HAHA.

yes. maybe it's too late. but I don't care. 
I just wanna say . . .

CONGRATULATIONS!

yours truly,

Thursday, May 17, 2012

Vanila Coklat


salam semua

okay. aku tahu korang tengok tajuk pun korang dah tahu aku nak cerita pasal apa kan. haila korang ni. yela yela. memang la aku tak up-to-date macam korang pasal drama-drama gini. ish ish.

Vanila Coklat
 
aku tahu dah lama sangat dah drama ni ditayangkan di lot Lestary kat TV3 tu ha. aku saje je malas nak follow drama ni sebab masa tu kena sambung study dah. takkan tiap-tiap Selasa malam aku nak pegi warung kat depan surau tu semata-mata nak tengok drama ni. aiseh. *eleh. macam kau pernah follow je drama Adamaya, Nora Elena, Juvana, Tentang Dhiya ke sebelum ni. cehh.*

so ada la kawan aku yang rajin download drama ni. oleh kerana ramai yang membawa mulut mengatakan drama ni best la shuweet sangat la, maka aku pun mengambil insiatif untuk sedut drama ni untuk menonton sendiri. macam best je kan. jadi beberapa minggu sebelum exam gua dah start tengok drama ni. 

 

gua fikirkan hanya gua sorang je yang layan drama melayu sebegini, tetiba gua terperasan ada orang kat belakang gua. tengok-tengok Hilmi join sekali. so okeh jela tengok berdua. beberapa minit kemudian, Ipin pulak join. aik? then Bai pulak join. pastu memang 4 5 orang jugak la duduk sekali tengok drama ni. pelik betul. sebelum ni gua layan drama Korea takde sape pulak nak join gua. ish ish.

lepas aku tengok drama ni, baru aku tau kenapa ramai sangat suka dengan drama ni. okeh. meh aku ringkaskan je la sebab-sebab tu ye. firstly, memang sebab si heroin, Izara Aishah yang cun melecun cantik menawan kut miut. seriously. itu sebab yang utama. kau bayangkan setiap kali dia marah dan membebel, muka dia mesti cute je. memang sebab tu lelaki terpaksa layan jugak drama ni. pastu memang selamba habes dan sangat sempoi. secondly, mesti la sebab si hero, Amir. bukan nak cakap la. mamat ni takde poyo sangat la bagi aku. sempoi jugak. pandai untuk masuk line, banyak bersabar dan tahu bila nak jadi sweet dan romantik. so kredit kepada dia jugak.

diorang ni pelakon yang naturally memang selamba dan sempoi. sebab tu la kot macam serasi bersama je. ditambah pulak dengan jalan cerita yang macam tu, memang nampak sweet together la. 


aku malas la nak cakap pasal heroin ni sebab aku rasa ramai je yang dah chop dia awal-awal. so tak nak la walaupun dia memang *ehem* eh apa tadi? hee. aku tetap setia dengan Ha Ji Won dan Kim Tae Hee. jadi kepada sesiapa yang belum tengok drama ni, sila la tengok bila anda bosan ke tak tahu nak buat apa ke. layan saje. lawak, romantik, semua ada. ^^

yours truly,

Tuesday, May 15, 2012

Iryu Team Medical Dragon


salam semua.
fuuh. setelah agak lama jugak tak update. sekarang aku dah free.
exam dah habis. satu sem dah settle. focus kat blog la pulak.
kali ni nak cerita pasal satu drama yang aku tengok. sangat best!

Iryu Team Medical Dragon

drama ni ada 3 seasons. sangat terbaik. mengisahkan pasal seorang doktor ataupun hero la dalam drama ni, Asada Ryutaro. yang gambar paling besar kat atas tu. yang atas ni masa season 1. mengisahkan pasal kisah di sebuah hospital tentang doktor-doktor dalam Cardiac Department. lebih fokus kepada cardiac surgery la. fuuh. pegang jatung orang relax je. ini pasal hidup mati seorang pesakit kot. 


Team Medical Dragon ditubuhkan oleh Asada Ryutaro sendiri untuk mencari satu team yang terbaik supaya dapat menyelamatkan ramai pesakit di hospital tersebut. banyak la operation yang nampak mustahil, berjaya dilakukan oleh mereka jika mereka bekerjasama. serius gempak. skills dengan kebijaksanaan serta semangat diorang memang sangat inspirational. dan ini adalah ahli dalam Team Medical Dragon :

Asada Ryutaro - Head Surgeon
Kato Akira - Assistant Surgeon 1
Ijyuuin Noboru - Assistant Surgeon 2
Satohara Miki - Surgical Nurse
Arase Monji - Anesthetist
Fujiyoshi Keisuke - Clinician

ini normal posisi diorang la. tapi kadang-kadang akan bertukar jugak posisi surgeon biasanya bergantung kepada situasi. masing-masing memang ada skills yang tinggi. malas nak cakap. korang tengok sendiri nanti.


 untuk season kedua pulak, ada beberapa orang lagi yang join team ni :

Toyama Seiji - Vascular Surgeon
Kodaka Nanami - Anesthetist
Nomura Hirohito - ME
Matsudaira Kotaro - Gastroenterological Surgeon

bayangkan. cardiac surgeon bergabung dengan surgeon yang lain daripada vascular dengan gastroenterological surgeon. digabungkan dengan dua anesthetists yang terbaek sepanjang zaman - Arase Monji & Kodaka Nanami. memang gempak habes la! seriously.

 

season 3 lagi gempak. kenapa? ishh. aku malas betul la spoil-spoil nih. eceh. ada watak-watak baru jugak yang masuk. memang feeling touching habes la kalau layan drama ni. 

Magara Fuyumi - New Houseman
Kuroki Keijiro - Cardiac Catheter

kau bayangkan season ni la yang banyak gila kejutan. apa yang jadi kat Asada. segala masalah yang datang daripada orang atasan lagi. the coming of Asada's strongest rival. banyak cabaran. memang saspen. fuuh.


okay. aku suka posisi ni. masa season 1. bila Asada bergabung dengan Arase dan dibantu oleh Kato dengan Ijyuuin serta Miki - the best team ever!
 
seriously lepas tengok drama ni aku rasa nak tinggalkan Mathematics dan nak jadi surgeon. HAHA. aku tau memang agak gila. thanks to Amir la sebab suggest aku tengok drama ni. mula-mula cuak jugak dengan operation, darah, bagai. tapi lama-lama macam gempak jugak. macam coolio gila diorang. diorang la harapan dan usaha terakhir seorang manusia untuk terus hidup.


tapi macam mana pun, doktor ataupun pakar bedah tetap manusia. bukan ada kuasa menghidupkan atau mematikan nyawa seseorang. diorang hanya berusaha sebaik mungkin dengan pengetahuan dan kebolehan yang diorang ada untuk menyelamatkan. tapi takdir tetap di tangan Tuhan. jadi macam mana pun kau rasa diorang hebat, jangan pernah lupa kepada Pencipta diorang ni - Allah swt. Subhanallah. Allahuakbar. :)

yours truly,

Sunday, May 13, 2012

Joran Bersama


salam semua.

minggu lepas pegi memancing. minggu ni pun tiba-tiba diorang ajak pegi mancing lepas kelas. 10 May 2012. hari Khamis kot. sebab boring tak tahu nak buatpe petang tu kan. nak swimming, bukan hari lelaki. nak main bola, penat la pulak sebab puasa. so pegi jela memancing untuk rehatkan otak ni.

first kitorang pegi try kat Pantai Sepat yang sebelah lagi satu. macam best je. lepas beli umpan, terus masuk ke dalam. jauh jugak rupanya tempat ni. pantai dia sangat lawa. jernih je. tapi macam yang dijangka, pantai landai. so memang susah la nak dapat ikan. 

kali ni geng Apit ikut. Apit, Baihaqi, Ipin dengan Metoi join. Apit la excited nak memancing jugak. so kitorang pun ajar la sikit-sikit, bagi diorang try macam mana feeling memancing tu. bergembira la kitorang kat tepi pantai ni haa. macam kami yang punya daaa.







ingatkan lepas Asar nak sambung memancing, tapi penat yang amat. nak baling joran pun tak larat. puasa terlebih la kot ni. adeh. so kitorang terus balik la. tak jadi nak diner ikan bakar malam tu. aish. balik je terus terlentang. bangun-bangun dah Maghrib, terus bukak puasa. pastu dengar cerita budak-budak lain nak pegi makan ikan bakar. waaa. kitorang penat la pulak. so tak join la 16 orang yang lain pegi makan. takpe la. lain kali pulak kot. 

p/s: tetap tak dapat lagi port yang best untuk memancing. siapa orang Kuantan yang tau?

yours truly,

Saturday, May 12, 2012

Cruzar 2602


salam semua

kali ni saje aku nak cerita pasal aktiviti santai kitorang. lepas aku dah habis segala quiz, presentation dengan event tu, memang lega sangat dan free habes lah. untuk melepaskan tension yang dulu terbeban, kitorang decide untuk pergi memancing. 6 May 2012. yes. Hanis punya plan la ni. first thing - cari joran dan alat kelengkapan.

satu Kuantan kitorang pusing cari kedai joran. ada kedai yang mahal macam apa entah. adoyai. dah la kitorang ni amatur je. takkan nak terus beli joran ratus-ratus. gi-la. at last jumpa jugak kedai jorang yang memang menarik. yang RM18 punya joran pun ada. terbaek. maka aku pun pilih la joran aku. 

introducing;
Cruzar 2602 :)

aku dengan Hanis ingatkan esok tu baru nak pegi memancing sebab pagi tu hujan sampai tengah hari. tapi Ejat, Ahnaf dengan Ansari naik semangat pulak nak try joran baru ni. aiseh. group P pun teruja yang amat dan terus mencari lokasi. nampak Pantai Sepa, terus kitorang masuk. tengok port dulu baru pegi beli umpan - sotong dengan udang. then, terus campak joran dan tunggu rezeki. 

 aku dengan Ejat
Hanis, Ahnaf dan Ansari

lepas memancing tu, pegi solat semua. then special dinner kat Tanjung Lumpur - Ana Ikan Bakar Petai. mula-mula tu bajet tak nak order banyak-banyak takut mahal. tapi bila tuntutan perut meminta lebih, kitorang tak kesah dah. pakai order je apa yang rasa best. haha. ikan siakap 3 rasa seekor, sotong masak tepung satu, kangkung belacan 2 pinggan, telur bistik satu, nasi putih 9 pinggan, jus tembikai. perghh. enjoy lah.





jangan tanya berapa harga semua tu. tapi alhamdulillah bawah bajet kitorang la. tu yang happy balik. haha. lepas makan, teruskan dengan memancing. tukar port pulak. kitorang pegi try kat Tanjung Api. ramai jugak orang memancing kat situ. air kat situ dalam sikit. kat sini ada taman untuk family lepak-lepak. patut ramai pun. kitorang pancing sampai tersangkut banyak kali tali pancing orang. ramai sangat. arus kuat pulak. dan alhamdulillah dapat la seekor ikan kecik kat situ. pastu bagi la kat pak cik kat situ untuk buat umpan. kitorang balik la sebab dah pukul 1.00 pagi kan.

pantai kat Kuantan ni kurang best sikit la. sebab banyak tempat landai. air tak dalam. ikan pun tak banyak. takpe la. kitorang pun dalam proses mencari port yang terbaik untuk aktiviti kitorang ni. nanti dah jumpa baru best. yosh!

yours truly,
ikit

Thursday, May 10, 2012

SCIENCESS Ukhuwah Day



SCIENCESS Ukhuwah Day

aku lagi suka panggil SCIENCESS Family Day. macam lagi best je. haha. tapi tak kesah pun. mana-mana pun boleh sajaa. sama jugak. dianjurkan bawah Sport & Recreation Bureau of SCIENCESS. diketuai oleh Abdul Ghafar dengan Maslin. senior yang bagi aku sempoi habes dan memang best.

diberi tanggungjawab sebagai Head Com Pub&Pro. nasib baik dapat biro yang aku dah biasa. kalau dapat biro lain mau kelam kabut jugak aku nanti. alhamdulillah. aku digandingkan dengan Assistant Head Com yang memang baik hati dan manis orangnya, Sharmeen Nellisa. kitorang diketuai oleh seorang PM segak bergaya, Hakimi disertai oleh committee yang lain. budak first year yang ada hanyalah aku, Acap dengan Chord je. yang lain semua akak dan abang senior. 
 
sebenarnya pelbagai masalah jugak yang timbul. first sekali masalah tarikh yang clash dengan macam-macam dan at last decide nak buat pada 5 May 2012. setelah mendapat persetujuan semua, segala proses diteruskan. kitorang meeting hanya 5 kali termasuk post-mortem. seminggu sekali je. so preparation memang dibuat lebih kurang sebulan sebelum event lagi. senang sikit la kan. fuuh.

aku pun best je kerja dengan Sharmeen. walaupun dia ada jugak tak dapat datang meeting sebab kelas tapi dia sentiasa update dengan aku. kerja yang dia boleh buat dia akan buat. cepat dan efficient gitu. eceh. baik jugak la. senang nak contact dan communicate. takde la rasa macam awkward sangat. ok saje. semua kerja kitorang alhamdulillah berjalan dengan lancar. :D
 
5 May - hari yang sama aku ada presentation untuk MGT. memang tak bestt. aduhai. ingatkan boleh la handle masa event tu. tolong-tolong yang lain jugak. Pub&Pro kena handle bahagian registration dan 2 games yang lain masa event. dan Sharmeen pun tak dapat datang jugak sebab ada hal. so kitorang hanyalah mengharap kepada subcom yang ada - Hafizuddin, Fatin, Adlin dengan Husna. huhu. beribu terima kasih la diucapkan kepada subcom kitorang dan committee lain yang tolong back-up semasa ketiadaan kitorang.

aku sangat senang kerja dengan semua committee lain. PM sempoi je. Ghafar dengan Maslin pun terbaik selamber habes. yang lain pun sama. masa meeting takde langsung keadaan tegang. relax saje. post mortem pun memang santai. best je. memang semua bagi kerjasama dan komitmen yang baik. so bagi aku team commitee untuk Family Day adalah antara yang best. alhamdulillah event ni berjaya dengan cemerlang. tahniah semua! :D

dan ini hadiah daripada Sharmeen. hee ~ :)
 
my fav - Pokka Blueberry!

p/s: Coral menang. aku Dodge Blue. malas upload gambar masa event, aku bukan ada pun. huhu.

yours truly,

Sunday, May 6, 2012

MGT Presentation


MGT 2010K

subject Management by Dr Zainurin Dahari aka Dr Rain. seriously kelas dia walaupun sem ni hanya 5 kali, tapi best kot. enjoy giler dengan lawak selamba dia dan cerita-cerita yang menarik. kelas daripada 9 pagi sampai 5 petang pun kitorang relax je. dan semestinya ada presentation yang menanti masa final class.

Group 4
Team Leader - Hafiz
Assistant Leader - Hanis
Members - Akif, Ahnaf, Qayyum

kitorang kena present case study pasal Panera Bread. pernah dengar? kalau pernah memang best la. kalau tak pernah Google saje la ye. maka dengan itu kitorang buat la logo untuk group kitorang. 

untuk group 1 dengan group 2 yang dah lepas presentation, tekanan yang agak kuat jugak kepada kami, group 4. dah la kitorang progress untuk presentation takde pape sangat. memang aisehh. apa nak buat ni haaa. so lepas tu memang serius habes la. macam-macam la kitorang plan untuk menggempakkan presentation kitorang.

plan kitorang nak buat gimik sikit masa intro tu dan perkuatkan cara presentation kitorang supaya semua orang faham dengan apa yang kitorang nak sampaikan. tiba-tiba ada idea untuk buat video untuk mengukuhkan presentation kitorang dan sedikit gimik sebelum video. heee.

5 May 2012 - the day. yes! memang 5 May. tarikh sama untuk SCIENCESS Family Day. gila kecewa tak dapat pegi sebab ada presentation. dah la takleh handle sendiri event tu, nak enjoy masa event tu pun takleh. harap kat subcom jela yang ada. huhu.


gimik untuk intro takyah cakap la. memang gempak seperti yang dirancang. presentation alhamdulillah berjalan dengan lancar dengan aksi-aksi spontan yang tak disangka. Q&A pun ok saje, soalan takde killer sangat. fuuh. takyah cakap pasal gimik last yang agak lawak. memang hampeh. haha.

 
setelah berdebar-debar menanti markah, at last alhamdulillah 100 markah jugak. fuuh. tak sia-sia usaha kitorang bersama. lega sangat lepas present. takde dah rasa nervous segala bagai. so settle segala kerja yang agak penat sepanjang minggu. tahniah la Group 4! :D

p/s: Panera Bread hanya ada di US dan Canada. nak tengok video kitorang pegi Panera? bawah sini haa.

5 May 1992 - Akif was born. Happy birthday, twin. :D

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars