Thursday, May 10, 2012

SCIENCESS Ukhuwah Day



SCIENCESS Ukhuwah Day

aku lagi suka panggil SCIENCESS Family Day. macam lagi best je. haha. tapi tak kesah pun. mana-mana pun boleh sajaa. sama jugak. dianjurkan bawah Sport & Recreation Bureau of SCIENCESS. diketuai oleh Abdul Ghafar dengan Maslin. senior yang bagi aku sempoi habes dan memang best.

diberi tanggungjawab sebagai Head Com Pub&Pro. nasib baik dapat biro yang aku dah biasa. kalau dapat biro lain mau kelam kabut jugak aku nanti. alhamdulillah. aku digandingkan dengan Assistant Head Com yang memang baik hati dan manis orangnya, Sharmeen Nellisa. kitorang diketuai oleh seorang PM segak bergaya, Hakimi disertai oleh committee yang lain. budak first year yang ada hanyalah aku, Acap dengan Chord je. yang lain semua akak dan abang senior. 
 
sebenarnya pelbagai masalah jugak yang timbul. first sekali masalah tarikh yang clash dengan macam-macam dan at last decide nak buat pada 5 May 2012. setelah mendapat persetujuan semua, segala proses diteruskan. kitorang meeting hanya 5 kali termasuk post-mortem. seminggu sekali je. so preparation memang dibuat lebih kurang sebulan sebelum event lagi. senang sikit la kan. fuuh.

aku pun best je kerja dengan Sharmeen. walaupun dia ada jugak tak dapat datang meeting sebab kelas tapi dia sentiasa update dengan aku. kerja yang dia boleh buat dia akan buat. cepat dan efficient gitu. eceh. baik jugak la. senang nak contact dan communicate. takde la rasa macam awkward sangat. ok saje. semua kerja kitorang alhamdulillah berjalan dengan lancar. :D
 
5 May - hari yang sama aku ada presentation untuk MGT. memang tak bestt. aduhai. ingatkan boleh la handle masa event tu. tolong-tolong yang lain jugak. Pub&Pro kena handle bahagian registration dan 2 games yang lain masa event. dan Sharmeen pun tak dapat datang jugak sebab ada hal. so kitorang hanyalah mengharap kepada subcom yang ada - Hafizuddin, Fatin, Adlin dengan Husna. huhu. beribu terima kasih la diucapkan kepada subcom kitorang dan committee lain yang tolong back-up semasa ketiadaan kitorang.

aku sangat senang kerja dengan semua committee lain. PM sempoi je. Ghafar dengan Maslin pun terbaik selamber habes. yang lain pun sama. masa meeting takde langsung keadaan tegang. relax saje. post mortem pun memang santai. best je. memang semua bagi kerjasama dan komitmen yang baik. so bagi aku team commitee untuk Family Day adalah antara yang best. alhamdulillah event ni berjaya dengan cemerlang. tahniah semua! :D

dan ini hadiah daripada Sharmeen. hee ~ :)
 
my fav - Pokka Blueberry!

p/s: Coral menang. aku Dodge Blue. malas upload gambar masa event, aku bukan ada pun. huhu.

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars