Monday, April 30, 2012

Avengers!


 salam semuaaa.

alhamdulillah. balik balik saje daripada trip 4 hari tu, ada hadiah menanti kat bilik. hadiah apekah?
pertandingan poster sempena Integrative Sciences Challenge (ISC) under SCIENCESS. masa registration tu memang takde orang nak masuk pertandingan poster. so aku pun masuk jela sebab katanya nak sorang wakil at least untuk setiap batch. so buat jela poster ni.


alhamdulillah menang jugak. sungguh tidak ku sangka. rezeki la kot. entah entah berapa orang sangat la yang masuk pun. kebetulan pulak aku punya design okay sikit. tu yang boleh dapat first place. huhu. rezeki rezeki. :D

meeting untuk Family Day diteruskan. kerja-kerja distribute poster dengan registration form sedang giat dijalankan. urusan banner dan sebagainya pun sama jugak. meeting pun seperti biasa. setiap committee sedang handle urusan masing-masing. setakat ni semuanya ok saje la. kot. fuuh.
dipamerkan kat Wackoss sekarang. :)

aku ingat lagi masa dalam kelas, Itom boring dan mengantuk masa Analytic Geometry. dah la duduk sebelah aku je. tiba-tiba mintak gambar. aku pun bagi jela gambar Bigbang satu kat dia. maka start la melukis kat kertas pinky dia tu. dia cakap masa kelas UNGS nanti dia sambung. tengok-tengok memang betul siap lepas kelas. pastu dia bagi kat aku sebagai hadiah birthday. konon la. padahal birthday aku lambat lagi. haha. apa-apa aja la kamu ni, Itom. pape pun thanks a lot. lawa sangat. :D


aku dah pernah cakap belum? sekarang kat IM2 malam-malam dah ada usrah budak2 CTS. lepak kat belakang sambil berkongsi segala cerita sampai 2 3 pagi depends on the situation. so kalau nak tahu gosip-gosip terbaru lepak la dalam usrah ni. kuang kuang kuang.

 weekend tu, seperti yang telah dirancang - The Avengers

 

seramai 20 orang tengok midnight. memang terbaik laa. bila selalu keluar ramai-ramai camni, terasa la ukhuwah yang dibina semakin erat. eceh ayat ~

yours truly,

Thursday, April 19, 2012

ABC : A Fresh View Of Life


salam semua.

ok. sambung pulak kat sini. nak cerita pasal event yang satu ni - ABC Talk.
ni boleh kata event pertama aku terlibat. tak juga kot. ada jugak terlibat jadi subcom untuk SICCA. banyak jugak kerja sebenarnya walaupun event malam tu aku tak dapat hadir. 

untuk ABC Talk ni, sebenarnya Fatin sebagai subcom Pub Info inform Ahnaf yang dia jadi Head Com Pub Info. pastu Ahnaf macam malas pulak, lagipun tak biasa. maka ditolak la kepada aku. aku pun hentam ambik saje la. so Ahnaf dengan Fatin pulak yang jadi subcom. setel. dan aku pulak selalu contact dengan kak Huwaida sebagai assistant head com. 

memang tak pernah jumpa pun kak Huwaida ni. contact through sms je. kerja semua dia bagi, aku buat. sebab aku memang tak pernah pegi meeting. malas ke? tak jugak. ada la program lain yang aku kena buat sampai takleh pegi. so kak Huwaida dengan subcom lain jela yang pergi. lepas meeting baru diorang inform aku semua update. macam senang je kan? haha. sebab aku pada masa yang sama handle SCIENCESS Family Day jugak. huhu. at last final touch jela yang aku pegi pun. masa tu baru kenal kak Huwaida ni yang mana. committee lain pun baru kenal masa tu jugak.


18 April - hari kejadian. ABC Talk. 
petang tu datang untuk rehearsal. masa tu jugak nak gantung banner sebab bahagian kaunseling bagi banner lambat. so letak jela. kitorang handle bahagian registration. aku memang tak sangka ramai jugak yang datang talk ni. alhamdulillah. semua berjalan dengan sangat lancar. walaupun ada masalah sikit-sikit, tapi memang tak nampak pun la. memang best. sepanjang event tu, kitorang happy je handle. makan pun dapat. lebih banyak pulak tu. memang best la. hee. 

dan yang paling best adalah masa post mortem. yup. seriously aku tak pernah rasa post mortem yang macam ni. santai giler laaa. masa PRESSS dulu, kalau dengar post mortem je semua dah macam "aisehh". masa post mortem tu pulak semua orang tunduk bawah je. huhu. tapi kat sini lain. segala komen dan nasihat pun diberi dengan santai. so teguran tu senang la untuk diterima. dan pujian takyah cakap la. semua biro dipuji sebab event tu sangat lancar. alhamdulillah. tahniah kepada PM dang semua committe. memag best kerja dengan korang! :D

settle satu event. alhamdulillah. next, projek dekat tempat lain selama 4 hari. 
apa projek tu? akan diceritakan lambat sikit. insyaAllah. hehe.

p/s: gambar masa event akan diupload nanti. takde dalam simpanan pulak. aisehh. 

yours truly,

Tuesday, April 17, 2012

Updated!

salam semua.
maaf sangat sangat sebab tak update lama. nak dekat sebulan lebih kot.
lepas cuti midsem, kebusyan terus melanda secara mendadak. huhu.
ok la. aku nak update sikit-sikit balik. korang kalau rajin, baca la ye. :D

1 April tu balik hostel dah. diteruskan dua paper untuk midsem. setel. 7 April tu pulak aku ada Ujian Munsyi USM dekat SMK Tengku Panglima Perang. dekat sangat dengan hostel. yes. ujian untuk masuk ke USM. jumpa Faten Nabila jugak kat sana. aku tak tau la dapat ke tak. kalau dapat pun aku tak tau nak pegi ke tak. so jangan tanya aku pape pasal ni. sekian terimakaseh.

minggu lepas tu, tak settle dengan event ABC Talk tu, dah dapat offer untuk jadi committe SCIENCESS Family Day. dapat la Head Com untuk Pub Info. ok je la kot. kalau setakat handle dua event, insyaAllah mampu lagi. maka malam-malam yang biasa dipenuhi meeting la. sampai tak sempat nak swimming, tak sempat pegi aikido. huhu.

13 April. Amir datang Kuantan sebab ada pertandingan ping pong. malam tu kitorang ajak lepak kat Jungle. lepak sambil makan-makan. walaupun aku teruk kena bantai, aku apa kesah. tade hal punya. cerita lama. lagipun dah settle dah pun. hee. esoknya, kami budak budak study circle dengan abang Hazwan ni kena jaga booth Islamic Relief Malaysia untuk IIUM Fiesta dekat Berjaya Megamall. dari pukul 6 petang sampai 10 malam. aku dengan Ahnaf berjalan satu Megamall edar brochure dan explain kat orang ramai. fuuh. Amir datang lepas Maghrib pun join saje. then pegi makan kat Teluk Chempedak. lepas hantar balik, kitorang teruskan dengan midnight movie - Battleship. terbaek punya. lepas tu baru balik hostel. esoknya Amir balik dah. kitorang rest habis-habisan. fuuh.

16 April pulak ada meeting untuk final touch ABC Talk. bayangkan aku tak pernah pegi sekali pun meeting ABC tu. apa punya Head Com Pub Info daa. tapi ok la dah buat kerja semua. lagipun assistant aku, kak Huwaida pun best je. so semua kerja settle. alhamdulillah. final touch pun takde pape sangat. semua dah ready. lepas meeting tu kitorang reward diri sendiri laa - Tutti Fruiti! walaupun esoknya ada meeting Family Day. tak kesah. yang penting hati happy ~ :)


ok. jangan tanya la berapa harga ni semua. hee ~

lagi sekali, mintak maaf kepada semua readers. memang agak busy. sampai terlupa langsung untuk update blog. bila teringat nak update, ada pulak kerja yang menanti. huhu. thanks kepada semua pembaca. aku tulis je la apa yang boleh ye. :D

yours truly,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars