Saturday, March 24, 2012

Life in Kuantan


ok. salam semua. sementara cuti ni nak cerita la sikit pasal keadaan kat Kuantan.
memang bila dah berpindah ke tempat baru ni macam-macam la benda baru yang ada.
nak ke tak nak kena jugak adapt dengan environment baru kan. fuuh.

semuanya agak susah sebab takde transport. tapi sekarang alhamdulillah boleh kata dah ramai kawan-kawan yang dah bawak transport. Hanis dengan Alif dah ada motor. Safwan, Shaqir dengan aku ada kereta. yang lain pun ada je transport masing-masing. so agak senang la untuk bergerak ke sana ke mari. takyah la risau dah nak balik dan pegi ke kelas macam mana.

pasal study aku rasa biasa saje. kenapa entah aku rasa lagi relax sem ni compare dengan kat CFS. macam tak banyak sangat belajar tengok-tengok dah midsem. tapi quiz hambek kau, markah kureng daripada target la. huhu. alahai mathematics. kenapa la aku jumpa kau? Calculus, Analytic Geometry, Number Theory! arggghhh.

muka boring dan mengantok dalam kelas yang tak paham hape.

aktiviti kat sini macam agak pack jugak la. aku pun tak tau kenapa. padahal kelas takde la pack sangat sampai ke petang ke apa. tapi mungkin aktiviti yang tak penting pun dah jadi macam rutin kitorang kat sini. ini antaranya la.

Isnin - petang/malam - swimming
Selasa - malam - aikido
Rabu - malam - Faciteam/swimming
Khamis - malam - aikido
Jumaat - pagi - futsal
- petang/malam - swimming
Sabtu&Ahad - random

ini tak termasuk jadual kelas, solat dan makan, study dan revision, masa untuk main Dota, layan Running Man, buat assignment, borak-borak, main bola, buat kerja-kerja kelab, tidur dan segala tanggungjawab yang lain. macam pack kan? macam jela.

biasa weekend kitorang akan keluar. saje release tension sambil pekena McValue Lunch yang best. murah la katakan. kadang-kadang saje je cakap mengidam A&W la, Burger King la. padahal memang dah boring sepanjang minggu asyik makan benda yang sama je. so weekend jela nak keluar duit lebih sikit. kadang-kadang untuk reward ourselves. haa. macam mana kitorang reward? pernah diceritkan di post yang lepas. hehe.

gambar masa makan kat Mokna. Hanis pun ada.

tu saje kot yang aku boleh cerita pasal life aku kat sini. life bebudak lain, life korang tak tahu la kan. kalau nak best, jom la share. :D

yours truly,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Truly Stars